Pt. 38

308 40 26
                                    

"ISTERI SAYA MENGANDUNG?!" Johnny bangun dari kerusi dan membeliakkan mata dengar kata doktor setelah periksa keadaan Haera.

"Betul, telah 3 minggu dan tahniah saya ucapkan. Buat masa ni, jangan buat kerja berat sangat dan kena banyak berehat" Doktor itu senyum melihat muka terkejut mereka berdua.

"Tta-tapi, dulu saya buat pemeriksaan kesihatan. Macam mana saya boleh mengandung lagi, doktor dah sahkan saya tak boleh.. " Haera menggeleng kepala kerana tidak percaya langsung, Johnny duduk semula di kerusi dan silangkan kaki.

"Saya tidak tahu, mungkin keajaiban atau laporan awak tertukar dengan orang lain disebabkan kecuaian kakitangan hospital"

Doktor suruh mereka berdua bertenang lagi-lagi Haera. Dia masih lagi dalam peringkat awal.

"Ssa-saya tak percaya yang saya mengandung" Haera menangis dalam dakapan Johnny.

Doktor memberikan gambar ultrabunyi tadi lalu berikan kepada Johnny untuk mereka lihat.

"Tengok anak kita ni" Johnny akhirnya mengalirkan airmata kerana terlalu gembira dan tidak tahu bagaimana untuk luahkan.

"Younghee dapat adik lagi" Haera lihat gambar yang diberi oleh Johnny dan mengesat airmata.

"Madu awak dah tak boleh kata yang awak mandul lagi. Terima kasih tuhan untuk hadiah yang tak terhingga ni" Johnny peluk isterinya dengan erat dan lihat gambar dipegang sekali lagi.

"Encik, puan. Cuba lihat gambar dengan teliti lagi"

Johnny dan Haera gembira tidak terhingga dalam gambar itu terdapat dua janin sebesar kacang tanah.

"Saya rasa kandungan ini adalah kembar seiras. Encik dan puan kena sediakan dua nama nampaknya dan buat dua benang untuk bezakan mereka bila lahir" Doktor itu membuka pintu dan mereka berdua melangkah keluar untuk pulang ke rumah.

Johnny suruh Haera duduk di kerusi yang disediakan dan biar dia pergi farmasi ambil ubat untuk isterinya.

Haera mengusap perutnya dan bercakap dengan kedua anak-anaknya dalam perut.

"Daddy tengah ambilkan ubat untuk mommy. Nanti balik rumah, mommy nak bagitahu kakak dan abang kamu" Haera sekali lagi mengusap sebelum berhenti dan pandang seseorang yang dia kenal.

"Renjun! "

Renjun yang dengar namanya dipanggil terus menoleh dan berpelukan dengan kakak iparnya.

"Eonnie buat apa kat sini, Johnny oppa buasir ke?" Renjun duduk di kerusi dan terjerit sedikit kerana infus di tangan terkena kerusi.

"Takdelah, dia yang bawa eonnie datang sini sebab dia risau sangat eonnie muntah-muntah dari tadi. Renjun kenapa masuk hospital? Kena apendiks ke? " Haera pegang kedua tangannya dan Renjun menunduk kerana terlalu sedih untuk beritahu.

"Renjun keguguran" Matanya mula berkaca-kaca sebaik saja beritahu berita sedih itu dan peluk Haera kerana kehilangan anak keempatnya.

"Eonnie tak tahu, sabar ya nanti tuhan akan ganti yang lebih baik. Berapa kandungan masa gugur tu? " Haera tepuk belakang badannya dan beri tisu dalam beg kepada Renjun untuk lap airmata yang keluar.

"Baru tiga bulan, Renjun tak tahu yang Renjun mengandung sebab takde tanda-tanda pun kecuali dah lama tak period  kemudian Renjun tergelincir dalam bilik air. Doktor paksa keluar sebab dah nak membusuk dalam rahim tu"

Renjun letakkan kepala pada bahu Haera dan menangis lagi dan terpandang Johnny yang baru sampai dari beli ubat.

"Renjun? Kenapa masuk hospital ni? Laki kau si Jihoon tu pun mana juga?" Johnny duduk dan pandang Haera untuk beri penjelasan.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now