Pt. 68

316 34 59
                                    

Setelah beberapa bulan membuat persiapan dan telah bersedia untuk memasuki alam baru iaitu alam perkahwinan.

Jungwoo rela akan berkahwin dengan penculiknya sendiri yang telah merogol dia dua kali sehingga mengandung luar--bukan seorang jejaka tetapi syaitan bertopengkan manusia.

Sebenarnya Jungwoo tidak mahu pun berkahwin dengan seketul Kim Hanbin. Kalau diberi pilihan, dia lebih rela pilih hidup jadi ibu tunggal ataupun dicemuh orang ramai atau kedua-duanya sekali. Tetapi anak-anak perlu kasih sayang dari seorang ayah walaupun sejahat-jahat mana pun seorang itu.

Jungwoo tidak sanggup untuk pisahkan mereka. Mereka ada hak untuk hidup bahagia seperti keluarga yang lain. Mempunyai keluarga yang lengkap.

Sekarang Jungwoo duduk di depan cermin dan mukanya sedap dimekapkan oleh jurumekap yang telah ditempah. Jungwoo yang hanya memakai jubah mandi terdiam tidak mengeluarkan suara.

Tak lama lagi dia akan menjadi seorang isteri kepada seseorang yang sangat dibencinya.

"Puan, mekap puan dah siap" Ujar jurumekap apabila Jungwoo termenung melayan perasaan.

"Hah? Okay" Jungwoo senyum nipis dan mengambil telefonnya untuk melihat gambar anak-anaknya. Sebagai penguat semangat kepada dirinya.

"Tak lama lagi anak-anak eomma akan dapat keluarga yang lengkap. Appa akan duduk dengan kita. Nama kamu berdua pun akan bertukar mengikut undang-undang. Bukan lagi Lee Junghae dan Lee Miyeon. Tetapi Kim Junghae dan Kim Miyeon. Eomma takde kuasa nak halang undang-undang. Eomma memang mahu kekalkan nama keluarga eomma tapi takde apa yang boleh dibuat" Jungwoo menangis dan menatap gambar anak-anaknya yang sedang bermain air didalam kolam kanak-kanak sambil ditemani Hendery sebagai penjaga.

Pada hari itu, Jungwoo tidak boleh menemani mereka berdua kerana terpaksa pergi kursus kahwin. Hendery yang membawa mereka berseronok.

Jungwoo menangis teruk sehingga matanya mula kemerahan. Jurumekap segera seka airmata Jungwoo dengan tisu.

"Puan tak boleh menangis. Nanti mekap jadi buruk dan cair. Puan boleh jumpa anak puan selepas ni" Jurumekap cuba menenangkan Jungwoo dengan menepuk bahu.

"Saya rindu anak-anak saya. Walaupun mereka dengan pakcik mereka sekarang sedang bersiap. Tapi naluri keibuan saya tetap risaukan mereka" Jungwoo mula bertenang dan ambil tisu untuk hembuskan hingus.

"Kita ni sebagai ibu kadang-kadang memang risau bila anak-anak berjauhan. Saya pun ibu juga tapi sekarang saya memang telah berjauhan dengan anak saya buat selamanya" Kata-kata jurumekap membuatkan Jungwoo terkejut.

Bukankah jurumekap yang mereka tempah belum berkahwin lagi?

"Puan mesti nak tahu tentang anak saya kan? Sebenarnya saya pernah mengandung luar nikah semasa sekolah menengah. Orang yang buat saya mengandung tu ayah tiri saya. Mak saya kahwin baru selepas kematian ayah. Saya mengadu kat mak yang ayah tiri selalu meraba saya setiap hari tapi mak saya tak endahkan.
Cikgu kauseling saya tahu yang saya mengandung. Dia yang pujuk supaya jangan gugurkan kandungan dan jaga saya sampai bersalin. Anak saya lelaki dan saya bagi nama dia Lee Taeyeon. Tapi dia meninggal selepas 13 hari hidup di dunia sebab masalah jantung"

Kisah yang diceritakan oleh jurumekap membuatkan mata Jungwoo berpeluh sekali lagi. Ada juga mangsa seperti dia.

"Takziah untuk anak awak. Sekarang dia telah berada di syurga. Dia akan tunggu awak " Balas Jungwoo. Tapi dia berjaya tahan airmata dari keluar kerana dia tidak mahu dimekap sekali lagi.

"Sesungguhnya saya bersyukur ya rabbi lelaki tua kerepot tu dah mati kena jangkitan HIV dari jarum suntik. Padan muka. Nasib baik saya tak kena virus tu" Jurumekap itu membuka ikatan rambut Jungwoo untuk digayakan.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now