Pt. 42

374 36 22
                                    

Doktor keluarkan darah beku dalam otak dengan berhati-hati kerana takut akan kacau saraf otak. Mereka jalankan pembedahan serentak pada otak dan tangan kanannya untuk jimatkan masa.

Seorang doktor potong sedikit kulit dan pasang besi pada tulang yang patah. Jururawat sentiasa periksa oksigen dan pandang mesin nadi kerana takut akan berbunyi dengan lebih kuat.

"Berikan saya kapas, serta jarum dan benang" Doktor itu tidak boleh lega terlebih dahulu sebelum selesai keseluruhan pembedahan.

"Aku kat mana ni? " Jeno membuka mata dan pelik kerana sekarang dia berada di satu tempat yang sangat asing. Dia juga pakai baju serba putih dan tidak lagi pakaian bedah tadi.

"Hai Pakcik Jeno"

Jeno pelik kerana ada seorang budak berdiri didepannya dan hanya ada mereka berdua saja di situ.

"Kau ni siapa? Kenapa ada kita je kat sini? " Jeno menghampiri kanak-kanak lelaki dan dia hanya senyum kerana pakcik dia sendiri tidak dapat cam.

"Saya ni Miseo lah, anak saudara pakcik yang tak sempat lahir. Mama keguguran"

"Kenapa pakcik ada kat sini? " Jeno pandang sekitar lagi dan memang hanya ada mereka berdua saja.

"Saya nak jemput pakcik lah" Dia pegang tangan pakciknya.

"DOKTOR! OKSIGEN PESAKIT NI MAKIN MENURUN!" Jururawat semakin cemas dan bunyi mesin nadi makin kuat dari kebiasaan.

"Kamu semua sediakan defibrilator dan caj 100 joule serta jangan berhenti selagi saya tidak suruh! "

Mereka lakukan seperti yang disuruh dan letakkan pada badan Jeno. Mereka telah letak cecair khas sebelum letakkan defibrilator supaya kesan tidak terlalu kuat.

Katil yang Jeno baring turut bergegar kerana kesan tadi. Mesin nadi disebelahnya tidak lagi berbunyi dan hanya ada satu garis sahaja yang menandakan pesakit telah tiada.

"Tak mungkin.. " Doktor menggeleng kepala kerana tidak percaya. Mereka mahu buka semua wayar dan bantuan oksigen di badan tapi doktor melarang dan lakukan CPR tanpa henti kerana percaya masih lagi ada masa untuk selamatkan.

"Kita kena beritahu ahli keluarga dia dan hantar jasad ini ke bilik mayat" Seorang jururawat cuba menghalang tapi doktor masih lagi lakukan CPR tanpa henti.

"Kalau pakcik ikut kamu, macam mana dengan ahli keluarga kita?" Jeno berhenti melangkah dan mesin nadi kembali berbunyi lagi.

"Dia stabil! " Jerit jururawat yang lain. Doktor itu menarik nafas dan jatuh kerana terlalu penat.

Mereka mengusung katil keluar dari bilik. Ahli keluarga yang setia menunggu diluar terus berlari kearah katil Jeno.

"Sayang.." Siyeun menangis kerana gembira suaminya kuat semangat dan juga sedih kepala Jeno berbalut dan luka ada di seluruh badannya.

Salah seorang doktor yang jalankan pembedahan tadi pergi kearah mereka dan buka topeng muka yang tidak ditanggalkan tadi.

"Hyung! " Haechan peluk doktor tadi dan menangis teresak-esak serta berterima kasih telah selamatkan Jeno.

"Lucas! " Taeyong dan Taeil turut peluknya. Saera pelik dan pandang Sooman disebelah.

"Bb-bukan ke kamu bekerja dekat kedai 24jam. Macam mana kamu jadi doktor ni? " Saera membelek wajahnya dan memang betul itu adalah anak tirinya.

"Itu cerita dah lama masa saya masih lagi belajar. Saya kerja part time untuk cari duit tambahan dan ini adalah pembedahan pertama yang saya kendalikan setelah jadi pembantu doktor" Lucas senyum melihat muka terkejut mereka semua dan peluk Sooman.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now