Pt. 7

347 47 11
                                    

Winwin masuk ke dalam bilik yang menempatkan Yujun. Dia menghampiri isterinya yang sedang menahan rasa sakit di perut.

"Sakit ke sayang? " Winwin mengusap rambutnya dan beri ciuman di dahi. Yujun hanya menggeleng kepala perlahan dan menangis kerana rasa makin sakit.

Winwin yang melihat keadaan itu terus keluar panggil doktor. Mereka usung katilnya masuk kedalam bilik bersalin dan bernasib baik Winwin dibenarkan masuk.

"Sakit sayang, sakit sangat" Yujun pegang tangan Winwin dengan erat dan menangis kesakitan.

"Tahu, tahan sikit lagi ya? " Winwin mencium tangannya supaya bersabar dan bertahan demi anak mereka.

"Tak boleh ARGHHHHH! " Jeritan Yujun semakin kuat kerana perutnya rasa sakit. Winwin yang dari tadi cuma diam akhirnya menangis melihat Yujun selamat melahirkan anak mereka walaupun tidak cukup bulan.

"Walaupun dia lahir ketika kandungan 7 bulan lebih. Tapi dia tidak perlukan sebarang bantuan oksigen dan dia boleh bernafas sendiri" Doktor menyerahkan bayi kepada Winwin untuk dilihat.

"Annyeong Sungjae-ah" Winwin mencium pipinya berkali-kali dan beri kepada Yujun untuk dukung pula.

"Muka dia ikut awak lah" Yujun pandang Winwin disebelah kemudian mengusap rambut nipis anaknya dan berikan ciuman.

Selepas menjahit luka, doktor mengusung katil Yujun masuk kedalam bilik semula. Winwin membuka langsir tingkap dan baru perasan telah pagi kerana matahari telah muncul.

Maknanya Sungjae lahir masa subuh. Winwin duduk di kerusi semula dan genggam tangan isterinya lagi.

"Terima kasih sebab lahirkan zuriat untuk saya. Sekarang berehat lah" Winwin senyum melihat isterinya yang sedang mendukung anak mereka.

"Awak pun kena berehat juga, awak belum tidur lagi dari tadi. Macamana nak daftar kelahiran Sungjae nanti" Yujun bangun dan betulkan kedudukan.

"Takpe, saya boleh tahan mengantuk tu" Balas Winwin dan kemudian menguap.

"Ish, bahayalah tak tidur. Kalau awak terkena microsleep tu bahaya. Bukan nak mendoakan tapi awak boleh kemalangan kalau tertidur" Yujun tepuk badan Sungjae dan letak di peha.
"Okay lah kalau awak suruh saya tidur" Winwin ambil lebihan bantal yang dibagi Yujun dan baring di lantas setelah lampirkan tuala.

Yujun tidak sampai hati tengok Winwin tidur seperti itu. Dia turun dari katil dan ambil selimut dalam beg dan bagi kepada suaminya.

++++

Yuta buka pintu rumah dan letakkan Alessia yang telah dibenarkan keluar dari hospital. Johnny letak barang-barang mereka didalam bilik dan Haera panggil dari bilik sebelah.

"Ya sayang, kenapa panggil abang?" Johnny duduk di tepi katil dan membelai wajahnya yang merah kerana menangis tanpa henti.

"Saya jumpa doktor tadi pagi, saya dah tak boleh mengandung lagi selepas lahirkan Younghee" Haera berikan surat doktor dan menangis di dada Johnny.

"Tak mengapa, kita bahagia walaupun kita cuma ada satu anak je" Johnny mencium dahinya dan tepuk belakang badannya supaya berhenti menangis.

"Tapi Younghee teringin sangat nak adik. Saya rasa bersalah dengan dia, dulu saya ingatkan saya cuma susah mengandung tapi kita dapat Younghee selepas tu, saya ingatkan kita boleh dapat anak lagi" Haera beralih dan ambil tisu untuk hembuskan hingus.

"Takpe, kita boleh jelaskan dengan Younghee nanti. Memang  sekarang dia tak boleh terima nanti lama-lama okay lah tu" Johnny memujuk isterinya yang sedang hembus hingus tanpa henti.

"Maafkan saya" Haera menunduk dan lap airmata dengan sapu tangan.

"Mungkin rezeki kita cuma mampu satu anak je. Jangan sedih-sedih lagi ya sayang? " Johnny peluknya dengan erat dan menitiskan airmata tanpa sedar.

Dia tak suka Haera sentiasa salahkan diri sendiri. Dah memang mereka hanya dikurniakan satu anak.

Mereka tidak boleh salahkan sesiapa pun. Itu takdir mereka.

Yuta pandang sekeliling rumah dan pelik kerana terlalu sunyi. Oh, hari ni mereka semua kerja kecuali Johnny dan Yuta.

Johnny keluar dari bilik selepas memujuk Haera dan menghampiri Yuta yang sedang tengok tv sambil memangku Alessia.

"Aku tengok kau macam serabut je, hal kau dengan Haera ke? " Soal Yuta dan Johnny hanya mengganguk perlahan.

"Dia cakap tadi pagi dia pergi jumpa doktor. Dan doktor cakap dia dah tak boleh mengandung lagi kemudian Haera asyik salahkan diri sendiri" Johnny kusutkan rambut kerana pening dengan isterinya.

"Sekurang-kurangnya ada anak satu pun dah cukup. Kalau ada lain,rezeki kau lah dapat anak lagi" Balas Yuta dan menukar siaran tv.

"Aku pun kesian Younghee nak adik tapi nak buat macam mana. Aku pun sedih tengok bini aku sedih" Johnny termenung jauh dan tidak mampu fikir hal lain.

"Pujuk lah anak kau, aku pasti yang dia akan faham suatu hari nanti. Cuma cepat atau lambat je, biasalah budak-budak ni memberontak kalau tak dapat apa yang diingini" Yuta letakkan di kepala Alessia dengan berhati-hati bila perasan dia telah tidur.

Johnny mengganguk perlahan dan menundukkan kepala memikirkan hal mereka.

"Yuta, aku nak tanya sesuatu boleh. Harap kau tak marah aku eh?" Johnny lap airmata yang jatuh.

Yuta mengganguk perlahan dan menguap kerana mengantuk tidak cukup tidur.

"Kau tak rancang nak carikan mak baru untuk Alessia ke? Aku kesian tengok dia asyik teringat mak dia je" Ujar Johnny dan mengejutkan Yuta.

"Cuma Shannon je dalam hati aku, tiada siapa boleh jadi pengganti dia. Isteri korang semua boleh jadi mak dia" Balas Yuta dan letakkan Alessia didalam bilik. Johnny hanya menghela nafas dan hanya tengok tv.

-TBC

Weh.

Takde apa hahahahaha. *hambar sia*

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now