Pt. 71

303 30 33
                                    

"Renjun, mari makan sup sarang burung yang eomma belikan kat kedai herba ni. Bagus untuk kandungan kamu" Jisung membuka pintu bilik Renjun sambil semangkuk sup yang baru dimasak.

Renjun bangun dan bersandar pada kepala katil. Kandungannya telah masuk 2 bulan dan morning sickness Renjun lebih teruk daripada sebelum ini sehingga setiap masa dia akan muntah-muntah.

"Eomma tak payah lah susah-susah masak untuk saya. Mahal sup sarang burung, bukannya murah" Renjun memegang kepala lalu memicit perlahan. Dia baru muntah 30 minit yang lalu.

"Eomma kena pastikan kamu makan makanan yang berkhasiat. Eomma nanti akan bawakan sup ayam ginseng. Kamu nak nasi sekali?" Jisung meletakkan sup tadi di atas meja dan duduk di katil bersebelahan dengan menantu tunggalnya.

"Saya tak tahu lah saya boleh makan ke tidak. Belum masuk perut dah termuntah balik. Agaknya sebab diorang nak baba diorang agaknya. Oh ya, eomma tak beritahu Jihoon kan tentang saya mengandung baru selepas gugur? " Renjun mengambil tiger balm di meja lalu menghidu sedikit supaya peningnya hilang sekejap.

"Kami tak beritahu langsung, sebab kamu dah cakap yang kamu nak beri kejutan bukan? " Jisung mengambil sup sarang burung tadi dan suapkan kepada Renjun. Renjun memakan sedikit dengan harapan dia tidak akan muntah buat sementara waktu.

Baru sesuap masuk dalam mulut, Renjun telah menolak kerana tidak ada selera langsung.

"Kamu kena bedah kan? Sebabnya ini bukan kembar dua. Malah lebih. Eomma gembira tapi pada masa yang sama eomma takut. Sebab doktor kata kandungan ni berisiko tinggi, kelahiran pramatang, cacat, mati dalam kandungan dan sebagainya. Eomma bukan nak kata jahat'" Jisung menepuk-nepuk bahu Renjun.

"Betul saya kena jalani pembedahan caesarean untuk keluarkan mereka tapi saya sanggup sebab saya dah gugur 2 kali. Saya hilang 3 anak. Memang doktor cakap kandungan saya berisiko tinggi tapi kita kena doa baik-baik semuanya akan berjalan lancar. Eomma pun mesti suka kalau dapat cucu lelaki kan? " Renjun mengusap perutnya, lalu mengesat airmata yang terkeluar.

"Eomma harap begitu lah, eomma suka cucu lelaki. Dapat jaga ibubapa berbanding anak perempuan" Kata Jisung. Hek eleh, kau pun perempuan.

Kalau takde perempuan macam mana nak hasilkan bayi? Sperma dengan sperma takkan terjadi lah. Makcik ni banyak baca ff mpreg ni.

Renjun terdiam, tapi dalam hatinya mula mengutuk ibu mentuanya yang berada didepan. Renjun selalu berpura-pura yang dia dan Jisung berbaik tapi sebenarnya tidak.

"Hina sangat ke anak cucu perempuan? Dahlah nama sama dengan adik aku " Renjun mengutuk sekeras-kerasnya dalam hati tapi diluar dia boleh senyum dengan Jisung.

Renjun juga tidak akan lupa yang Jisung adalah punca dia alami masalah mental semasa gugur kali pertama dulu.

Setiap hari Jisung akan mengungkit dan memarahi Renjun tanpa sebab. Renjun tertekan, setiap kali balik rumah lama. Renjun akan membuat perangai yang aneh.

Mujur Jihoon sempat bawa Renjun pergi doktor sebelum menjadi lebih teruk.

"Renjun, renjun ?" Jisung melambai di muka Renjun yang kelihatan sedang termenung jauh.

"Ya eomma? " Renjun mula sedar semula dan pandang ibu mentuanya.

"Eomma nak bawa makanan ke dalam bilik ni" Jisung keluar dan membiarkan pintu tidak tertutup kerana dia akan datang semula dengan membawa makanan.

Renjun menjenguk luar dan meletakkan tangan di perutnya. Renjun mengambil buku warna hijau didalam beg tangan (buku kehamilan di korea, malaysia punya pink)

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now