Pt. 78

285 34 30
                                    

Pukul 10 malam, Taeil memanggil semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu. Ada yang mengantuk, yang tiada pun ada. Jaehyun, Mara dan Jeno, Siyeun telah masuk tidur lebih awal.

"Tujuan Taeil panggil sebab nak cakap sesuatu " Ujar Taeil kepada mereka semua.

"Cepatlah, kamu nak cakap apa? " soal Minyoo pada anak sulungnya.

"Esok Johnny dah boleh keluar hospital. Taeil rancang nak buat makan-makan untuk keluarga besar kita. Taeil nak buat shellout, ketam, sotong, udang, kekapis, kepah semualah. Apa salahnya, bukan selalu kita makan mahal-mahal macam ni" Balas Taeil yang mengejutkan mereka semua.

"Banyak belanja tu hyung!" Balas Haechan.

"Kamu nak order je atau kita masak beramai-ramai? " Soal Saera pula.

"Kalau kita order, kita kena tempah dua hari sebelum. Tapi keluarga kita ramai, memasak pun jadi sekejap. Nanti Taeil beli barang-barang basah, makanan laut dengan yang lain. Tapi satu kereta mana cukup, Taeil pun nak ajak eomma dengan ummi. " Taeil memicit batang hidung dan memikir lagi.

"Ingatkan kamu taknak ajak diorang" Sooman memerli.

"Apalah daddy ni, mestilah ajak. Eomma dengan ummi isteri daddy juga. Nak ajak Kun, Jungwoo, Lucas dan lain-lain. " Taeil senyum dan menggeleng perlahan.

"Okay, macam ni. Aku,Yuta,Mark beli sayur-sayuran. Kau, Doyoung, Ten, Winwin beli makanan laut kat pasar pagi. Hansol, Jaemin dengan Chenle kemas rumah. Yang perempuan semua siap sedia untuk memasak. Kuali,pinggan, sudu, garpu semua ada banyak kan? Selesai" Taeyong memberi rancangan dan mereka setuju.

"Baik kau punya perancangan, lagipun kita kena cepat. Johnny balik pukul 8. Kita kena siap masak dalam pukul 6 petang. Hidangkan pukul 7" Taeil menyambung lagi.

"Urmm, weh. Nak buat bunting (banner) menyambut kepulangan Johnny tak? Kita tulis 'Welcome Home Youngho' lepastu pasang kat dinding. Okay? " Yuta memberi cadangan.

"Bagus juga tu, mesti Johnny terharu nanti" Sooman menepuk tangan kerana suka.

"Serahkan kat isteri Winwin pasal bunting tu. Dia pandai seni. Dapat A+ lagi" Ujar Winwin sambil menepuk bahu Yujun.

Yujun mengganguk perlahan dan cubit tangan Winwin kerana melebih-lebih.

"SIAPA TAK BAYAR, TAK BOLEH MAKAN! HAHAHA! " Taeil ketawa terbahak-bahak melihat mereka membulatkan mata.

"Kitaorang boleh je bayar, nanti kalau semua Taeil hyung bayar. Takut boleh bankrap pula" Balas Jaehyun yang baru buka mulut.

Taeil membetulkan suara dan mengguna ton biasa semula.

"Hyung bergurau je, ikut suka hati korang lah nak bayar ke tidak. Sebab hyung yang nak buat makan-makan ni semua. Tapi kalau tak bayar pun, menyumbang tenaga lah walaupun sikit. Kalau orang kurang upaya bolehlah tak buat apa-apa" Ujar Taeil kepada mereka.

Mereka semua menguap, kerana mengantuk dan berbincang pada tengah malam.

"Goodnight hyung, jaljayo" Haechan bangun dari kerusi dan melambai pada Taeil.

"Sleep well" Jaehyun pun ikut bangun.

Di tingkat tiga, Taehan dan Yong saling berpandangan dan tersenyum sinis.

"Kau dengar tak tadi? Appa aku cakap, kalau tak bayar. Tak boleh makan?" Taehan memukul bahu Yong perlahan.

"Ya, aku pun dengar tadi" Balas Yong.

"Jom kita kenakan Pakcik Jeno dengan Makcik Siyeun. Kita pergi bilik diorang selepas semua tidur. Kita ketuk pintu dan minta duit. Mesti diorang cakap diorang takde duit" Taehan senyum sinis, mereka dapat idea untuk kenakan orang yang mereka benci.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now