Pt. 85

384 39 41
                                    

Doyoung termenung seorang diri, Yeri telah masuk tidur selepas balik dari hospital. Doyoung masih belum percaya apa yang doktor katakan tadi.

"Tahniah, isteri encik mengandung 3 minggu"

Doyoung menggeleng perlahan dan mencerna kata-katanya tadi. Doyoung mengurut kepala yang tidak pening.

"Ya Allah, aku bukannya tak gembira isteri aku mengandung. Tapi aku taktahu macam mana nak luahkan perasaan ini" Doyoung menarik selimut dan menyelimuti Yeri yang sedang tidur nyenyak.

Doyoung meletakkan tangan di perut Yeri dan mengusapnya perlahan. Doyoung menitiskan airmata kerana perasaan gembira mula muncul.

Doyoung tidak tahu kenapa dia tak rasa gembira masa doktor beritahu Yeri mengandung ketika di hospital.

"Eh, Hyejin 3minggu, Yeri pun tiga minggu. Yang lain pula berapa minggu?" Doyoung berfikir sejenak kemudian berhenti berfikir dan baring untuk tidur.

"Selamat malam isteriku, berehat baik-baik. Dan untuk anak appa, duduk elok-elok ya kat dalam perut eomma. Nanti pagi kita beritahu abang dan kakak-kakak kamu tentang kehadiran kamu ya?"  Doyoung mengucup dahi Yeri dan memeluk pinggang Yeri dengan erat sebelum masuk tidur.

Yeri mengukir senyuman apabila mendengar Doyoung mengucapkan kata-kata yang manis kepadanya. Sudah lama Doyoung tak macam ni.

Jangan buang tabiat ya abang arnab?

++++

Taeyong mengesat airmata yang tidak berhenti mengalir sejak mendapat tahu Yesung mengandung 2 minggu.

Taeyong gembira sebaik saja doktor menyebut perkataan 'tahniah'. Yang tadi muka mereka muram kerana takut Haechan akan perli mereka.

"Awak, sudah-sudah lah tu. Saya okay je, tak muntah-muntah teruk pun macam tadi" Yesung menepuk bahu Taeyong supaya berhenti menangis.

"Yelah, sebab kita dah lama tunggu awak mengandung lagi. Saya nak buat hajat, kalau ini anak perempuan, saya nak buat majlis makan-makan besar-besaran dan saya akan menyumbang pada rumah anak yatim juga " Ujar Taeyong dan memegang tangan Yesung.

"Baguslah tu, tapi kalau kali ni lelaki juga? Awak nak mengamuk kemudian buang anak kita? " Soal Yesung.

Taeyong menggeleng kepala laju-laju sehingga pening.

"Ani (tak), lelaki pun lelaki lah. Saya tak kisah tapi kalau tuhan kurniakan anak perempuan. Mesti saya suka sangat sebab dua-dua anak kita lelaki" Ujar Taeyong.

"Tapi sayang, macam mana dengan reaksi Yong dan Taehyeong kalau tahu tentang berita kehamilan saya ni? Adakah mereka akan cemburu kerana selepas ni kita akan fokus pada adik mereka? " Soal Yesung yang membimbangkan mereka.

"Betul juga tu, tapi kita kena cakap yang kita takkan berat sebelah selepas aegi kita lahir. Mereka pun kena faham juga, mereka berdua dah besar panjang. Cemburu dengan adik? Alasan paling tak bernas pada abad ni"  Balas Taeyong dan mengajak Yesung duduk di katil.

"Sekarang kita tidur ya? Doktor cakap awak kena rehat sekarang ni, aegi kita perlukan rehat yang cukup" Taeyong membaringkan Yesung dan menyelimuti badan Yesung supaya tidak kesejukan.

"Selamat malam aegi-ah~ Appa dan eomma sayang kamu ketat-ketat. Semoga jadi anak yang baik ya selepas lahir nanti? " Taeyong mengucup perut Yesung sekilas dan baring di sebelah Yesung.

"Sayang, Junghee eonnie pun mengandung juga. Taeil oppa kan kata dia teringin nak anak perempuan macam kita. Awak rasa Junghee eonnie pun berharap anak perempuan juga? " Yesung memandang Taeyong dan tongkatkan kepala dengan tangan.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now