Pt. 39

312 37 19
                                    

Jaehyun tersenyum bahagia dan menatap zuriatnya yang baru lahir. Dia bersyukur kedua-dua selamat dan dalam keadaan sihat, siang malam dia berdoa supaya tiada perkara buruk berlaku dan akhirnya doa dia ditunaikan.

"Jaehyunnie.. " Mara memanggilnya dengan suara serak dan cuba bangun untuk melihat anak mereka.

"Ya sayang" Jaehyun datang kepadanya dan berikan ciuman pada dahi Mara sebagai tanda berterima kasih.

"Anak kita lelaki atau perempuan? " Mara mengambilnya dari Jaehyun dan berikan susu.

"Lelaki, sekarang kita nak bagi nama apa dekat dia? " Jaehyun mengusap kepala anak lelakinya dan pandang isterinya.

"Mari kita beri nama dia Lee Jeonglin. Sempena nama atok saya" Mara pandang suaminya kerana takut Jaehyun tidak suka dengan nama yang diberikan.

Jaehyun mengganguk perlahan dan lihat Jeonglin berada dalam dakapan isterinya. Mereka begitu bahagia dengan cahaya mata yang baru lahir.

"Saya janji takkan cari perempuan lain selain awak." Jaehyun pegang wajahnya dan keluar dari bilik.

Mara senyum lalu tepuk badan anaknya kerana baru selesai menyusu badan.

++++

Betty tersenyum gembira melihat benda yang dipegang tadi. Iaitu prenancy test dan dia positif mengandung kerana dua garis merah muncul walaupun agak lambat keluar.

"Tak sangka yang aku akan mengandung dalam masa terdekat. Tak sia-sia aku goda dia tiga hari berterusan" Betty masukkan dalam baju dan keluar dari bilik air.

Dia tercari-cari suaminya iaitu Johnny untuk beritahu gembira kepada dia.

"Betty cari siapa? " Haera datang dekat dan sambung minum susu di cawan yang dipegang.

"Cari Youngho, baru nak beritahu sesuatu dekat dia tapi tak nampak pula" Betty menggaru kepala dan prenancy test dalam baju terjatuh.

Haera merendahkan badan dan ambil benda yang jatuh tadi. Dia pandang Betty kerana tidak percaya.

"Tahniah, tak sangka tenaga suami kita kuat sampai boleh mengandungkan dua orang serentak" Haera mengusap perutnya yang mula membuncit dan pandang perut Betty yang masih lagi kempis.

"Akak pun kena jaga kandungan baik-baik juga. Mesti dia gembira kalau dengar sebab ini anak pertama kami. Oh ya, Youngho mana? " Betty ambil prenancy test itu dari Haera dan masukkan semula dalam baju untuk beritahu Johnny nanti.

"Dia pergi melawat Mara kat hospital, dia kan baru bersalin kemudian kita menyusul tak lama lagi. Jungwoo pun sama juga" Haera duduk kerusi kerana penat berdiri lama.

Baru saja disebut, Johnny dah balik dari hospital dengan Younghee. Mereka buka pintu dan terus pergi ke arah Haera yang sedang duduk dengan Betty sebab menunggu mereka balik.

"Mommy, baby Pakcik Jaehyun comel sangat-sangat. Mungkin adik-adik Younghee nanti macam tu" Younghee peluk ibunya dan beri ciuman pada perut Haera serta berborak dengan adik kembarnya didalam.

"Awak dah makan belum?" Johnny duduk diantara Haera dan Betty kerana takut akan berlaku pergaduhan.

"Takde selera, makan bubur pun satu-dua suap je kemudian bagi dekat Haechan suruh tolong habiskan. Anak-anak kita belum rasa lapar kot" Haera menggengam tangan suaminya dan letakkan kepala di bahu Johnny.

Betty keluarkan prenancy test dari baju dan berikan kepada Johnny dengan harapan suaminya akan gembira kerana akan timang cahaya mata lagi.

"Jadi, apa yang aku kena buat dengan prenancy test ni? Kena tengok je lepastu makan?" Johnny lempar ke meja berdekatan dan pandang Betty kerana tidak puas hati.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now