I'm back babe.
Tapi mohon persiapkan diri sebab chapter ni panjang. Tapi masih belum habis lagi :)Ketika matahari mulai memunculkan diri, burung mula berkicauan, ayam jantan berkokok tokok kokobop dan semua mikroorganisma hidup sama ada besar mahupun kecil mula bangun dari tidur termasuk lah kuman untuk memulakan aktiviti harian masing-masing.
Pebenda aku merepek ni.
Winwin membuka matanya perlahan-lahan cuba menyesuaikan diri dengan cahaya yang masuk melalui tingkap. Angin sepoi-sepoi bahasa masuk melalui tingkap membuatkan Winwin sedikit kesejukkan sehingga menarik selimut dari isterinya.
Yujun menendang Winwin sehingga jatuh dari katil dan sambung tidur semula dengan selimut yang telah berjaya dirampas.
Winwin bangun dan menggosok mata melihat waktu di jam. Winwin bingkas bangun dan mencapai tuala berwarna kelabu untuk mandi dan bersiap-siap pergi ke kerja kerana cuti telah habis.
Mari kita berhuhu bersama habang Winwin.
Setelah Winwin mandi bush bush (mandi kerbau). Winwin mengambil baju kerja didalam almari dan duduk di atas katil untuk pakai seluar.
Yujun bangun dan tersenyum melihat suami kesayangannya sedang bersiap-siap untuk mencari rezeki untuk keluarga kecil mereka.
"Sayang~" Yujun bangun dari katil dan memeluk Winwin dari belakang.
Winwin yang sedang pakai boxer separuh jalan menoleh ke belakang dan cium pipi isterinya lalu sambung memakai seluar.
"Selamat pagi Dong Yujun, nyenyak tidur tadi sampai sepak saya jatuh dari katil" Winwin hanya membiarkan Yujun memeluk pinggangnya dari belakang walaupun dia tidak boleh pakai baju dalam.
"Lepas, saya nak pakai baju" Beritahu Winwin dan Yujun melepaskan walaupun berat hati.
Yujun diam memerhatikan Winwin bersiap dan ikat tali leher dengan kemas.
Winwin pergi ke katil bayi dan mengangkat anak terunanya keluar dari katil.
"Selamat pagi Lee Sungjae kesayangan baba! Tidur nyenyak? Hari ni anak baba mimpi apa? Mimpi baba ke?" Winwin mencium seluruh mukanya dengan penuh kasih sayang.
Yujun memeluk pinggang Winwin sekali lagi ketika Winwin sedang agah anak mereka.
"Awak, saya tak sangka kita masih bersama sampai sekarang. Saya rasa macam tak percaya. Rasanya macam baru semalam awak terlanggar tong sampah yang saya baru sapu sebab awak kejar masa" Yujun mengingatkan kembali saat-saat pertama mereka bertemu di tempat kerja.
"Awak memaki hamun sebab awak baru nak rehat tapi kena kerja lagi sebab saya" Winwin tersenyum juga sebab teringat saat itu. Sungjae sudah ketawa seperti dia faham dengan kata-kata ibubapanya.
Winwin letakkan Sungjae dibawah dan baring di katil semula. Yujun tepuk peha Winwin kerana sepatutnya Winwin kena makan sarapan dan pergi kerja bersama yang lain.
"saya rasa malas nak kerja. Boleh tak saya skip sementara waktu? " Winwin pandang Yujun meminta izin.
Dengan cepat, Yujun terus pukul peha Winwin dengan kuat sehingga Winwin terus bangun dari katil.
"Aduhh sakit lah, dah lah kuat awak pukul" Winwin bangun dan tepuk pehanya untuk hilangkan rasa sakit sedikit.
"Awak ni, ramai yang nak kerja tapi tak dapat-dapat sehingga hutang sekeliling pinggang. Ada juga orang oku yang berkeras nak bekerja walaupun dia dah tak mampu pun buat apa-apa. Tengok adik awak tu. Dia teringin sangat nak bekerja semula tapi dia tak boleh sebab dia lumpuh satu badan. Tapi saya bersyukur kepada tuhan sangat-sangat, sejak kebelakangan ni dia dah boleh angkat kepala, tangan dia dah boleh bergerak. " Yujun membebel tak henti-henti untuk memberi peringatan kepada Winwin supaya tidak bermalasan.

YOU ARE READING
[S3] Keluarga Lee - NCT
FanfictionNampaknya Keluarga Lee masih lagi mempunyai cerita kerana bilangan ahli keluarga yang makin bertambah. Apakah yang berlaku? Semuanya akan terbongkar setelah membaca Keluarga Lee Musim ke 3!