Pt. 5

354 46 45
                                    

Jaehyun baring dan tarik selimut. Rupanya Mara masih lagi belum tidur menunggu Jaehyun dan mahu cakap sesuatu.

"Awak dah tidur ke? " Mara memberanikan diri cucuk-cucuk badan Jaehyun.

"Belum lagi, kenapa yeobo?" Jaehyun jadikan tangan sebagai bantal.

Mara tidak tahu nak mulakan dari mana, lihat tengok muka Jaehyun tahan mengantuk buat dia tidak sanggup hati nak lengahkan lagi.

"Saya nak cakap sesuatu dengan awak. Harap awak tak marah" Mara menggaru kepala manakala mata Jaehyun asyik mahu tertutup.

"Huh apa? " Jaehyun bangun dan tampar muka sendiri berkali-kali supaya tidak tertidur.

"Saya nak anak" Hanya tiga perkataan keluar dari mulutnya. Tapi cukup untuk buat Jaehyun terus segar dan tidak mengantuk.
"Huh? Apaaaaa!!! " Jaehyun tidak sengaja menjerit dan terbangunkan jiran sebelah dan penghuni rumah.

"Janganlah terkejut sangat macan kita rancang nak jual dadah. Saya cuma cakap nak anak je" Mara pegang tangan Jaehyun yang masih lagi dalam keadaan terkejut.

"Hari tu Younghee cakap nak adik. Sekarang awak pula yang nak anak" Jaehyun pelik tengok Mara yang tiba-tiba lain macam.

"Sayang bosan lah, kalau saya kerja dengan awak lagi boleh lah juga tapi sekarang saya dah berhenti. Kita pun kena ada anak juga" Mara memuncungkan mulut memujuk Jaehyun.

"Nantilah saya fikir, nanti pukul 6 pagi jangan lupa bangun" Jaehyun baring dan selubung selimut.

"Buat nak bangun seawal tu? Nak bersenam ke macam mana?" Mara senyum miang tengok Jaehyun yang telah berselubung selimut.

"Nak awak masakkan nasi ayam untuk saya dan ahli keluarga yang lain. Jangan terfikir hal lain lah" Balas Jaehyun yang masih dalam selimut. Mara mendengus geram bangun dari katil untuk matikan lampu.

++++

"Huwarghh"

"Pho ada kat sini, Minnie janganlah menangis lagi. Boleh tak, cuma tidur je sekarang ni? " Ten dari tadi tidak berhenti mendodoikan anaknya supaya tidur semula kerana terbangun dengan jeritan Jaehyun.

Mintty pula telah lama tidur dengan Sarasorn. Tinggal Ten dan Minhae pula yang masih belum tidur.

"Siap kau Jaehyun tak guna" Ten letakkan Minhae di katil bayi dan ambil termos dan botol untuk bancuh susu.

Ten pastikan suhu tidak terlalu panas dulu sebelum suapkan kepada Minhae.

Minhae terus minum dengan laju sedangkan sebelum Mintty tidur dia dah beri minum banyak susu.

"Macam nilah anak pho" Ten mencabut botol susu dari mulut Minhae dan sendawakan sebelum tidur semula.

Yuta pula peluk Alessia yang masih lagi menggigau tentang Shannon. Yuta menitiskan airmata bila setiap kali anaknya akan mimpi tentang maknya.

Alessia tidak pernah jumpa dengan Shannon tapi dia sangat rindukan dengan maknya yang telah tiada.

"Mama.. Alessia nak mama" Sejak demam, setiap hari dia akan mimpi dan menggigau. Yuta mencium dahinya yang telah diletakkan Koolfever khas kanak-kanak.

"Mama takde kat sini sayang" Yuta pegang tangannya dan baru sedar suhu badannya terlalu panas.

"Sayang? Boleh dengar cakap papa tak? " Yuta letakkan kepala Alessia di peha dan goncangkan badan dia dengan perlahan.

"Mama.. " Alessia tidak membalas tapi sebaliknya asyik memanggil ibunya. Yuta pegang badannya lagi dan dukung keluar dari bilik untuk ke hospital.

Johnny keluar untuk pergi dapur mahu minum air dan dia ternampak Yuta cari kunci kereta sambil mendukung Alessia.

"Kenapa Yuta? Ya ampun, panasnya badan anak buah aku ni" Johnny terus ambil Alessia selepas tidak sengaja terpegang tangan dia. Yuta pula masih cari kunci kerana terlalu banyak.

"Badan dia terlalu panas sangat. Aku nak bawa pergi hospital sebab terlalu risau" Yuta jumpa kunci dan masuk bilik semula untuk ambil dompet dan telefon yang terlupa tadi.

"Aku ikut sekali" Balas Johnny sambil mengusap rambut Alessia yang masih lagi belum bangun.

"Haera macam mana? " Balas Yuta dan kelam-kabut untuk siapkan barang Alessia.

"Nanti aku telefon dia bila sampai hospital. Kita bukan hidup dekat zaman paleolitik takde alat komunikasi" Johnny keluar dari rumah dan berikan Alessia kepada Yuta pula dan dia yang akan memandu.

"Sayang kena bertahan sikit, kita dah nak sampai hospital ni" Yuta peluk dan cium mukanya berulang kali. Alessia termuntah dan terkena baju Yuta.

"Muntah je kat baju ni, papa tak kisah" Yuta tepuk belakang badannya supaya dapat keluarkan semua isi perut.

Johnny bawa kereta dengan laju dan langgar lampu merah. Disebabkan pagi, jalan jadi lengang dan lupakan apa itu peraturan.

Sampai di hospital, Yuta letakkan di katil dan doktor terus periksaan keadaannya.

Johnny tunggu di luar dan cari kedai berdekatan kalau ada yang masih lagi buka untuk cari dan beli baju baharu untuk Yuta.

-TBC

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now