Pt. 81

287 39 43
                                    

Renjun memegang perutnya yang asyik mengeras. Renjun hanya mampu baring di katil kerana tidak larat disebabkan morning sickness.

"Kenapa ya anak-anak mama ni? Kamu lapar ke? Mama kan dah makan tadi" Renjun mengusap perutnya seperti memujuk anak kembarnya didalam.

Dug!

Ketiga-tiganya tendang serentak!

Renjun tersenyum, ada balasan yang diterima. Renjun mengambil remote TV di meja sebelah lalu membuka televisyen.

Sambil menonton televisyen, sambil berborak dengan anak-anaknya yang masih dalam perut. Renjun bangun lalu sandarkan kepala pada kepala katil.

"Sayang, mama rindukan baba lah. Apa yang baba buat sekarang ni ya? " Renjun menukar siaran apabila telah bosan.

*ringtone IPhone*

Renjun mengambil telefon di sebelah kiri dan menjawab panggilan tersebut. Jihoon membuat video call dan melambai-lambai didalam panggilan tersebut.

"Sayang! " Renjun terjerit kerana terlalu gembira. Renjun segera ambil selimut untuk tutup perutnya yang mula membesar.

"Hai isteri abang yang cantik. Abang rindulah kat sayang" Jihoon memulakan perbualan. Renjun tersenyum lalu menitiskan airmata.

"Kenapa sayang menangis? Janganlah menangis, abang rasa lemah lah" Jihoon menggeleng supaya Renjun tidak menangis.

"Rindu awak~" Renjun mengambil tisu lalu mengesat sisa airmata di tepi mata. Jihoon senyum lebar kerana dapat melihat wajah yang amat dirinduinya.

"Anak-anak kita macam mana ya? Diorang ada rindukan saya juga? Eomma dengan appa pun. Eomma masih marah-marah pada awak tak?" Jihoon mengigit bibir menunggu jawapan daripada Renjun.

"Anak-anak kita okay, mereka takde masalah. Appa pergi kerja. Eomma dah tak marah-marah dekat saya" Balas Renjun yang membuat hati Jihoom sedikit lega.

"Sayang, awak makin gemuk lah. Pipi awak makin tembam. Betul, saya tak tipu langsung. Ada sesuatu ke yang awak tak beritahu pada saya? " Soal Jihoon yang seperti syak sesuatu.

Renjun terkejut, Jihoon syak yang dia mengandung. Renjun berfikir sebentar untuk cari alasan.

"Sayang? " Suara Jihoon membuatkan Renjun makin takut.

"Ya abang? " Renjun membalas.

"Kenapa tak jawab pertanyaan abang? Sayang gemuk bila mengandung je. Itu yang abang pelik sebab sayang dah ada dagu berlapis (double chin)" Ujar Jihoon.

"Oh-owh, itu.. Setiap kali Renjun rindukan abang. Renjun makan, sebab itulah Renjun makin gemuk sekarang. Jangan risau lah, takde apa-apa pun Renjun sembunyikan dari abang" Balas Renjun yang telah berpeluh-peluh.

"Patutlah sayang makin gemuk. Takpelah, sekurang-kurangnya sihat. Abang ada hal ni, nanti bila ada masa lagi. Abang call sayang lagi. Bye bye, selamat tinggal. Muah ~" Jihoon mencium skrin dan matikan panggilan.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now