Pt. 44

351 39 17
                                    

Johnny genggam kedua tangan isterinya dan tengok monitor bersilih ganti. Seorang jururawat ditugaskan periksa kandungan Betty dan Haera pula dengan doktor.

"Baby angkat kepala! " Johnny terjerit kerana teruja sangat, Haera dah tepuk dahi tapi Betty hanya menggeleng kepala.

Johnny jadi teruja kerana bayi kembar Haera bergerak aktif dan tendang walaupun berapa bulan tapi kandungan Betty pula tidak banyak gerak.

"Ukuran bayi Puan Haera besar sikit, tapi Puan Betty kecil. Tak cukup makan ke?" Doktor kembali ke meja kerja dan tuliskan ubat untuk mereka makan.

"Morning sickness saya teruk, setiap kali makan mesti keluarkan balik. Selalu minum air je" Betty turunkan baju dan turun dari katil dengan bantuan Johnny.

"Eh, kalau teruk pun makan secubit pun takpe. Kesian baby kelaparan tu, patut lah kecil dari ukuran sepatutnya" Jururawat itu menggeleng kepala.

"Doktor, macam mana dengan kandungan saya pula?" Haera duduk di kerusi, Betty juga duduk. Johnny hanya berdiri disebelah.

"Janin dalam keadaan baik dan sihat, tentang jantina pula. Saya dapat agak yang ia adalah 60% lelaki" Doktor berikan surat ubat kepada Haera. Johnny senyum dan bersyukur kalau apa-apa jantina asalkan anak mereka sihat.

"Kenapa awak rasa anak ni lelaki? " Haera mengusap perutnya yang semakin besar.

"Sebab bila perempuan hamil anak lelaki, muka mereka berseri-seri dan awak adalah satu darinya" Doktor itu senyum lagi.

"Anak saya pula?" Betty menyilangkan tangan dan doktor itu lihat gambar ultrabunyi semula.

"Kandungan puan masih lagi kecil dan saya tak boleh nampak jantina dia. Datang klinik lagi pada berapa bulan nanti, baru kita tahu jantina dia" Doktor menjelaskan dan mereka hanya angguk faham dan keluar dari bilik.

"Loya pula" Betty mengurut tekak dan tahan untuk muntah depan orang ramai.

"Awal-awal memang teruk tapi dah pertengahan dah kurang sikit. Kemudian bila dah nak bersalin kena makan banyak sebab nak guna tenaga" Haera gosok belakangnya dan beri minyak angin untuk hilangkan loya.

"Bagi kertas tu, biar abang ambil dekat farmasi" Johnny berikan beg tangan mereka dan ambil kertas untuk beli ubat.

"Uwek! " Haera pula yang loya dan ada orang pandang kerana menyampah. Korang kena tahu bila orang mengandung ni.

"Akak okay? Nak saya urutkan belakang badan? " Betty pegang bahunya, Haera menggeleng perlahan dan ambil sapu tangan untuk tutup mulut bila rasa loya semula.

"Tak payah lah, akak okay je" Haera ambil semula minyak angin tadi dan lega bila dapat bau.

"Akak ada banyak angin ni, dah makan belum? " Betty tepuk badannya perlahan bila asyik loya tanpa henti.

"Belum, akak belum sarapan lagi sebelum datang klinik" Haera menunduk kerana tiba-tiba rasa loya yang amat. Johnny datang semula dengan bawa ubat yang telah dibeli kat farmasi tadi.

"Kenapa dengan kakak?" Johnny duduk sebelah mereka dan beri ubat yang telah ditulis nama masing-masing.

"Masuk angin sebab tak makan lagi, sayang pun tak tanya pun yang kami belum makan lagi atau tak! " Betty mencebik bibir dan Johnny tepuk dahi kerana lupa yang mereka belum makan, mereka berdua tiada selera masa sarapan tadi.

"Jom kita makan kat luar, nak makan apa?" Johnny sempat tengok duit dalam dompet tadi dan masih ada banyak lagi.

"Teringin nak makan kek tiramisu kat Resipi Rahsia" Haera bangun dari kerusi bersama Betty.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now