Pt. 6

355 45 16
                                    

Yuta pegang tangan anaknya yang masih belum bangun.

Dia menangis semahu-mahunya melihat anaknya terlantar dan sakit. Johnny masuk dan berikan baju baru kepada Yuta.

"Ini, aku ada belikan baju baharu untuk kau" Johnny menghulur satu beg kepadanya.

"Ada ke kedai buka lagi pada waktu ni?" Yuta ambil dan letakkan di bawah.

"Ada lagi yang masih beroperasi waktu ni. Jangan risau kalau takut aku terbeli dengan benda tak sepatutnya" Johnny letakkan tangan di bahu Yuta supaya bersabar.

"Anak aku sakit, Alessia tak sedarkan diri" Yuta menangis dengan teresak-esak.

"Aku tahu, kau kena mandi sebab bau muntah tu masih ada lagi walaupun kau dah cuba bersihkan" Johnny duduk di kerusi yang lain kerana kaki mula lenguh.

"Siapa nak jaga Alessia kalau aku mandi. Aku taknak tinggalkan dia walau sesaat pun" Yuta pandang Johnny yang telah duduk.

"Aku boleh jagakan dia, pergilah mandi. Aku ada beli seluar sekali, nasib baik doktor faham yang Yoonra muntahkan baju kau" Balas Johnny dan Yuta terus masuk bilik air yang berada dalam bilik.

Doktor ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Dia menghampiri Johnny yang sedang jaga Alessia.

"Encik, saya ada sesuatu untuk cakap" Ujarnya dengan pegang keputusan ujian darah.

"Kita kena tunggu ayah dia. Saya cuma pakcik dia je" Balas Johnny dan doktor itu menunduk kerana malu.

"Baiklah kalau begitu, kita tunggu sekejap"

Yuta keluar dari bilik air dan terus datang ke doktor.

"Macam mana dengan anak saya? " Yuta pandang mukanya dengan sayu.

"Keputusan darah menunjukkan yang dia cuma demam biasa je. Tiada apa-apa selain itu, mungkin dia terlalu rindu dengan seseorang sampai memudaratkan diri sendiri" Ujarnya dan keluar dari bilik selepas menjelaskan kepada mereka berdua.

Yuta duduk semula dan pegang tangan anaknya dengan erat. Johnny garu kepala kerana pening.

"Aku dah hantar dia pergi hospital banyak kali tapi doktor asyik cakap dia cuma demam biasa je. Dia dah makan ubat ikut masa, tak banyak gerak pun tapi kenapa dia masih lagi belum sembuh" Yuta meletakkan tangan Alessia dipipinya.

"Mungkin sebab dia lahir pra-matang. Kau pun tahu yang bayi lahir pra-matang sistem badan diorang tak berapa kuat macam budak biasa kan? " Johnny mengusap badannya supaya kuat.

"Aku tahu tapi aku banyak kali baca tentang budak pra-matang selalu.. meninggal awal. Aku tak mahu Alessia tinggalkan aku, dia jelah satu-satunya harta yang Shannon tinggalkan untuk aku. Sebab tu, aku cuba sedaya upaya jaga dan pertahankan dia" Yuta tidak mampu menangis lagi dan tundukkan kepala.

"Jangan cakap macam tu, Alessia ni kuat budaknya. Aku pasti yang dia takde apa-apa tapi cuma demam sebab rindu sangat dengan mak dia" Balas Johnny yang kesian tengok Yuta yang sedang susah hati.

"Aku takut.." Balas Yuta dengan perlahan. Jari-jemarinya bergerak perlahan-lahan dan Alessia membuka mata dengan perlahan dan pandang Yuta serta Johnny di sebelah.

"Papa, Yoon kat mana?" Alessia mengerlipkan(?) mata beberapa kali kerana silau dengan lampu yang berada di atas kepala.

"Yoon dekat hospital sekarang ni. Badan panas sangat kemudian Yoon termuntahkan baju papa tadi masa perjalanan ke hospital" Johnny mengusap rambutnya dengan perlahan. Yuta serta-merta lap airmata kerana tidak Alessia tanya.

"Papa kenapa menangis?" Alessia gagahkan diri untuk bangun. Topeng oksigen dibuka dan dia pegang muka Yuta.

"Takde apa-apa lah, cuma habuk masuk mata je" Yuta lap airmatanya lagi dan tersenyum gembira.

"Alessia lapar" Dia mengusap perutnya yang asyik berbunyi.

"Kita pergi makan tahu? Appa Youngho belanja kita makan" Yuta angkat dia dari katil dan mencubit Alessia.

"Eh eh, suka-suka hati je suruh aku belanja. Takpelah, Appa Youngho belanja sebab Alessia kena makan banyak supaya cepat sihat" Johnny ambil beg dan tutup pintu. Mereka berjalan melalui lorong jalan yang sunyi kerana masih lagi pagi.

"Papa, Appa Youngho. Nak makan roti coklat dengan susu strawberi boleh tak? " Ujar Alessia yang melingkar tangan pada leher Yuta.

"Boleh je, Alessia nak dinosour pun Appa Youngho boleh carikan asal kamu sihat semula kemudian main dengan Younghee eonnie" Johnny cubit pipi tembamnya dengan perlahan kemudian mereka masuk kedai serbaneka 24 jam.

Yuta pergi ke bahagian makanan dan ambil yang dipilih oleh Alessia. Johnny duduk di kerusi yang disediakan dan terpandang seseorang yang seperti dikenali.

"Yuta, muka macam Winwin je tu. Buat apa dia kat hospital ni? " Johnny tarik baju Yuta dan dia terus terpandang.

"Kembar dia kot, buat apa kat hospital malam-malam ni. Bini dia pun baru 7 bulan, belum lagi nak bersalin" Balas Yuta dan sambung cari barang lain.

Johnny musykil dan bangun dari kerusi kemudian menghampiri orang yang dikatakan sama dengan Winwin.

"Eh, Johnny hyung! Buat apa kat hospital ni?" Winwin letakkan sandwich dan bangun peluk Johnny.

"Kau pula buat kat sini? Hyung temankan Yuta sebab badan Alessia panas sangat kemudian dia muntah dalam kereta. " Balas Johnny dan duduk didepan Winwin.

"Lupa nak hantar mesej, nak cepat sangat punya pasal. Yujun dah tunjuk tanda nak bersalin tadi kemudian terus bergegas pergi sini" Winwin capai air dan teguk dengan laju.

"Tapi isteri kau bukan ke baru 7 bulan? Kenapa cepat sangat dah nak bersalin ni? " Johnny meletakkan tangan di dagu. Winwin letak cawan dan sambung cerita.

"Tulah pasal, doktor cakap baby tak sabar nak keluar. Yujun terpaksa kena tahan" Winwin habiskan air dan sandwich di tangan kemudian dia sapa Yuta yang datang kepada mereka.

"Asal? Yujun dah tunjuk tanda nak bersalin ke?" Yuta letakkan Alessia di kerusi kanak-kanak selepas selesai bayar barang.

Winwin mengganguk dan keluar kerana mahu temankan Yujun yang keseorangan di bilik.

"Alessia nak makan sini atau dekat bilik? " Soal Yuta dan dia mahu makan di bilik.

"Papa, doktor tak marah ke keluar bilik? " Ujar Alessia yang kini didukung oleh Johnny kerana Yuta bawa barang.

"Papa dah minta izin kat nurse tadi. Nasib baik dia bagi izin" Yuta melangkah masuk kedalam lif dan tekan tingkat mana mereka mahu pergi.

Alessia tutup mata dan tidur kerana mengantuk. Johnny yang perasan terus tepuk badannya supaya tidur dengan nyenyak.

-TBC

nasib baik dah nak selesai tulis. mak aku minta masakkan maggie untuk adik aku -_-

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now