Pt. 95

313 28 251
                                    

"Kenapa Chenle ajak berbincang ni? Kan dah kahwin dengan Yeoreum tu, buat apa nak bincang lagi? Hyung tahu, mesti nak bincang pasal hal malam---" Kata-kata Johnny dipotong oleh Chenle.

"Chenle takde masa lah nak melawak, Chenle memang betul-betul nak berbincang sesuatu dengan hyung" Chenle menyilangkan tangan dan menjeling Johnny dengan tajam.

Johnny menggeleng kepala kerana tidak faham apa berlaku sehingga Chenle datang ke biliknya.

"Tentang apa? " Soal Johnny dan keluar daripada bilik lalu menutup pintu bilik.

"Let me show you something" Chenle menarik tangan Johnny dan bawa ke bilik yang pernah dihuni oleh Betty iaitu bilik tidur Chenle dan Yeoreum sekarang.

Johnny masuk ke dalam bilik Chenle dan duduk di katil, Chenle berikan nota yang dijumpai kepada Johnny.

"Macam mana korang jumpa nota ni? Hyung tak tau pun mendiang Betty tulis nota macam ni" Soal Johnny kepada mereka berdua.

"Yeoreum kemas bilik dan terjumpa buku nota ni kat tepi katil. Yeoreum ambil sebab ingatkan sampah terselit kat katil " Balas Yeoreom dengan tidak jujur, kerana dia takut Johnny akan marah kerana kacau barang pribadinya dengan mendiang isterinya.

"Sebelum hyung baca nota tu, Chenle nak tanya sesuatu kat hyung. Hyung ada kenal Betty ke sebelum dia bekerja dengan daddy? " Soal Chenle kepada Johnny.

"Hyung langsung tak kenal dia sebelum dia masuk kerja. Hyung kenal Betty pun sebagai pekerja je" Balas Johnny dengan jujur.

"Hyung baca lah nota tu" Arah Chenle, Johnny membuka nota tersebut dan baca.

Johnny membuka nota tersebut dan baca satu persatu yang ditulis oleh mendiang Betty.

"Suamiku,saya tak tahu bila saya saya akan meninggalkan awak. Saya tak kuat nak jelaskan pada awak, saya tulis surat ni khas untuk awak. Saya berharap awak jumpa nota yang saya tulis

"Youngho, saya mahu awak tahu yang  sebenarnya kita pernah berjumpa sebelum saya bekerja di syarikat ayah awak. Kita berjumpa di Hotel M, pada waktu itu, daddy dan appa bertemu untuk bincangkan hal syarikat, awak dan saya masa tu sebagai pembantu peribadi. Saya jatuh cinta pandang pertama pada awak. Saya tak tahu awak dah berkahwin pada masa itu.

Hari tu, awak dengan daddy tak balik tapi sebaliknya menginap kerana hotel tersebut jauh dari rumah awak. Pada malam itu, awak minum sampai mabuk kemudian awak sapa saya, saya mabuk pada masa tu,saya nampak muka awak samar-samar. Keesokkan harinya, bila saya bangun daripada tidur, saya tidak lagi berpakaian, saya lihat semula cctv dan ternyata, awak dah perkosa saya dalam keadaan mabuk. Awak tinggalkan saya dan balik ke rumah awak.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now