Pt. 13

329 40 27
                                    

Manda hanya termenung dan tidak sedar telefon berbunyi banyak kali sedangkan Saera perasan.

"Manda, angkat lah telefon mana tahu penting ke. Telefon banyak kali tu" Tegur Saera dan Manda masih tidak mahu mengangkat.

Minyoo mengambil telefon Manda dan tolong angkat.

"EOMMA! JUNGWOO DAH BALIK TAPI SEKARANG KITAORANG DEKAT HOSPITAL! " Xiaojun menjerit kerana panik dan Minyoo segera bagitahu kepada yang lain.

"Jungwoo dekat hospital! " Minyoo pandang Manda serta Saera.

"Siapa yang bagitahu awak?!" Sooman keluar dari bilik dan sempat bersiap untuk ke hospital.

"JIAJUN! " Balas Minyoo dan beri telefon semula kepada Manda.

Manda tidak tahu macamana mahu gambarkan perasannya sekarang ni. Semuanya bercampur-aduk.

"Awak, saya nak pergi hospital jumpa Jungwoo" Renjun pegang tangan Jihoon dan meminta izin.

"Awak duduk dekat rumah ya? Biar mereka uruskan hal ni" Balas Jihoon kerana tidak mahu Renjun susahkan diri.

"Saya nak pergi sekarang juga! Saya tak kira awak bagi atau tidak!" Renjun menghentakkan kaki dan ambil beg untuk ikut Sooman pergi ke hospital.

"Saya ikut awak sekarang" Jihoon terpaksa ikut dan titipkan anak-anak kepada birasnya.

Hendery sandar pada dinding menunggu kedatangan Manda dan Sooman. Yangyang juga ikut dan tolong bawa beg mak tirinya.

"Lucas! Macamana dengan dia sekarang?  Bagitahu eomma sekarang juga" Manda cengkam kedua belah bahu Lucas.

"Doktor pun tak keluar lagi dari bilik. Kun hyung temankan dia kat dalam" Balas Lucas dan pegang tangan Manda suruh duduk sementara menunggu.

Kun keluar dan tidak memberi apa-apa perkataan pun. Dia hanya memandang bilik yang Jungwoo sedang dirawat.

Doktor keluar dan menghampiri mereka.

"Encik dan puan ni ibubapa pesakit didalam kan? " Doktor buka sarung tangan yang dipakai.

"Betul, kami ibubapa kepada Lee Jungwoo. Apa yang terjadi dengan anak kami? " Balas Sooman yang ingin tahu.

"Encik tidak kisah kan kalau saya beritahu di sini? " Ujar doktor setelah pandang mereka semua.

"Beritahu saja je, kami tak kisah" Balas Renjun di belakang.

"Dia telah dipukul dengan objek keras serta ditampar di muka sehingga lebam dan bibirnya koyak. Kami juga mendapati dia telah dirogol dan mohon awak semua bersabar, dia mengandung. Sekarang puan dan encik ada dua keputusan sama ada mahu gugurkan kandungan atau teruskan saja "

Setelah dia beri penjelasan, Manda terduduk di lantai dan menangis. Mereka semua terkejut dan tidak boleh berganjak walaupun selangkah pun.

"Boleh tak kami masuk tengok dia sekarang? " Ujar Hendery sambil tenangkan Manda dan Sooman.

"Boleh tapi jangan sampai menggangu pesakit kerana dia perlukan rehat yang cukup" Doktor itu pergi kerana ada hal lain pula.

Mereka masuk bilik Jungwoo yang telah dipindahkan selepas selesai diberi rawatan dan ubat.

"Ya tuhan anak aku, siapa lah yang mengandungkan kamu" Manda genggam tangannya dan usap mukanya yang bengkak.

"Jadi, kita patut teruskan kandungan dia atau gugurkan je?" Soal Sooman sambil pegang tangan kanan Jungwoo.

"Dia masih muda lagi nak jadi ibu tapi saya tak sanggup mahu jadi pembunuh. Budak yang dikandungkan anak kita ni tak bersalah dan tak berdosa, ini semua salah orang yang culik dia" Manda mengelap airmata yang bercucuran jatuh.

"Lebih baik kita tak gugurkan kandungan ni. Jungwoo pun boleh ada masalah pada suatu hari nanti kalau kandungan dia digugurkan" Balas Yangyang.

"Kalau Jungwoo tak boleh dan tak mampu jaga bayi ni lepas lahir. Kita semua yang jaga dia" Renjun membalas kerana dia tidak mahu jadi pembunuh walaupun kandungan itu baru berapa minggu.

"JANGAN!!" Jungwoo meronta-ronta dan pejamkan mata dengan rapat.

"Sayang, ini eomma dan daddy nak" Manda kejutkan dia dan kemudian Jungwoo membuka mata dan mereka yang berada didalam bilik.

"Eomma, adik takut diorang cari lagi" Jungwoo peluk Manda dan Sooman kemudian menangis pada mereka.

"Jangan risau, kami semua ada kat sini" Lucas mengusap rambut Jungwoo dengan perlahan.

"Kun oppa, dah bagi telefon tu kepada pihak polis belum? Adik nak diorang kena tangkap dan paling bagus biar kena hukum gantung sampai mati. Jungwoo dah tak suci dah sebab diorang semua!" Jungwoo menangis lagi dan tunjukkan tanda seperti mahu muntah.

Xiaojun segera beri plastik kepada Manda dan tepuk badan Jungwoo supaya semuanya keluar.

Kun keluar untuk buat laporan polis dan beri bahan bukti supaya mereka kena tangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

"Kenapa Jungwoo rasa pening dan loya sangat ni? " Dia mengurut kepala sendiri.

Manda dan Renjun berpandangan dan mengganguk untuk memberi perkara sebenar kepadanya.

"Eomma harap kamu boleh terima apa yang kami beritahu ni. " Manda menunduk kerana tidak sanggup memberitahu.

"Kenapa? Ada sesuatu yang berlaku ke? " Jungwoo mengangkat mukanya dan pandang mereka semua.

"Awak mengandung" Renjun membalas bagi pihak mereka semua.

"Tak mungkin.." Jungwoo menggeleng kepala kerana tidak percaya dan pandang mereka sekali lagi.

"Korang semua bergurau je kan sebab nak kacau Jungwoo. Cakap lah! Jangan nak main-main, mana mungkin saya mengandung! " Jungwoo mahu buka infus di tangan dan sempat dihalang oleh Sooman.

Jihoon panggil doktor untuk tenangkan Jungwoo yang tidak boleh terima kenyataan.

"Tak mungkin! Eomma, cakaplah yang semua ni mimpi" Jungwoo meronta-ronta ketika doktor cuba beri ubat penenang.

"Eomma! " Jungwoo akhirnya tidak melawan kerana doktor berjaya suntik penenang pada tangannya.

Manda duduk semula untuk jaga dia manakala mereka semua balik dan akan datang semula esok hari.

"Maafkan eomma, tapi eomma takkan benarkan kamu gugurkan kandungan ni"

-TBC

KESIAN UWU KITAAAAAA

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now