Jisung membawa semangkuk sup ayam dan nasi didalam dulang dan membawa ke bilik Mark. Mark belum makan lagi sejak balik dari kubur.
"Busyuknya anak appa, appa tukar baeyak shayang appa ya" Mark mencium Munhyeon dan Minlee dan menukar lampin mereka.
Jisung mengetuk daun pintu berkali-kali. Mark cepat-cepat menukar lampin anak kembarnya lalu bangun dari katil untuk membuka pintu.
"Jisung, kenapa susah-susah bawa makan sampai ke ni? Menyusahkan Jisung je" Mark membuka pintu dengan luas dan Jisung segera masuk dan letakkan dulang di atas meja.
"Mama kata hyung belum makan lagi dan mama minta Jisung hantarkan makanan. Lagipun hyung nak kena jaga anak " Balas Jisung dan duduk sebelah Mark.
"Terima kasih Jisung, hyung tak berselera sebab baru kehilangan orang tersayang. Tapi nak buat macam mana, tuhan lebih sayangkan isteri hyung" Balas Mark dan mengambil makanan tadi dan menjamah sedikit.
"Hyung, Jisung masih tak dapat cam lah anak-anak hyung. Mana satu abang, mana satu adik?" Jisung memberi jari kepada mereka dan digenggam erat.
Mark yang sedang makan ketawa kecil apabila Jisung tidak dapat mengecam anak buah lagi.
"Sung, hyung dah pasang gelang berlainan warna kat tangan diorang siap ada nama pula. Yang keluar dulu namanya Lee Munhyeong, yang kedua Lee Minlee" Balas Mark dengan tersembur kerana mulut penuh dengan makanan kemudian mengambil air untuk membasahi tekak yang kering.
"Hyung.. Hyung tahu kan Jisung akan berkahwin tak lama lagi? Semua dah dirancang tapi orang kata patut ditangguh sebab Charli noona kan baru meninggal. Orang kata patut ditangguh selama setahun. Nanti ada bala kalau kahwin juga" Jisung bangun dan menghampiri Mark yang telah menghabiskan makanan yang dibawa tadi.
"Kahwin jelah, itu semua kepercayaan kolot orang zaman dulu-dulu. Karut marut tahyul semua. Orang mati mana boleh mengacau kita lagi. Yang mengacau kita tu syaitan menyerupai manusia! ITU SEMUA SYIKIN!!" Mark membantah-sebantahnya.
"Yelah, orang kata kubur Charli noona tu masih merah lagi. Jasad pun belum terurai sepenuhnya-eh. Tak hormat kematian orang " Balas Jisung lagi.
"Kahwin jelah, hyung bagi izin. Itu semua kepercayaan karut yang mendiang akan mengacau" Mark masuk bilik air dan membasuh tangan.
"Sebenarnya Jisung datang ni pun nak minta izin kat hyung untuk jalankan majlis kahwin Jisung bulan depan. Lagi sebulan ni, mommy kata kena tanya hyung dulu takut hyung marah sebab tak menghormati Charli noona" Jisung mengambil dulang yang berada di atas meja dan keluar.
"Hyung dah bagi izin tadi. Kahwin jelah, takkan nak bersedih lama-lama. Hyung memang sedih sebab isteri hyung pergi tiba-tiba tapi tak baik bersedih lama-lama. Tak elok untuk kesihatan" Ujar Mark dengan positif.
"Terima kasih hyung, Jisung basuh pinggan mangkuk ni ya" Jisung keluar dari bilik dan menutup. Mark bangun dari kerusi dan melihat anak kembarnya yang sedang tidur di atas katil.
Tiba-tiba si abang, Munhyeong muntah susu dan keluar dari hidung serentak.
"Kenapa dengan anak appa ni? " Mark mengangkatnya dengan perlahan dan memanggil Yuta di bilik sebelah.
"Anak kau tersedak susu sebab kau tak sendawakan lepas dia habis susu" Kata Yuta sambil menepuk belakang badan Munhyeong.
"Nasib baik ada hyung untuk tolong Mark" Mark menarik nafas lega apabila anaknya masih lagi bernafas.
Selepas menepuk badan Munhyeong, Yuta letakkan di sebelah adik kembarnya. Yuta memegang tangan Mark yang luka kerana memukul dinding sebelum ini untuk melepaskan amarah.

YOU ARE READING
[S3] Keluarga Lee - NCT
FanfictionNampaknya Keluarga Lee masih lagi mempunyai cerita kerana bilangan ahli keluarga yang makin bertambah. Apakah yang berlaku? Semuanya akan terbongkar setelah membaca Keluarga Lee Musim ke 3!