Pt. 88

356 34 65
                                    

Selepas Hansol tukar telefon dengan Jinna. Mereka terus balik, dalam perjalanan pulang. Chenle pula terlanggar bahu seseorang.

"Maaf" Kata mereka serentak. Chenle tunduk untuk ambil telefon yang terjatuh dan terpandang wajah orang yang baru dilanggar tadi.

"Eh eh, kakak idola" Ujar Chenle kerana kenal. Hansol sudah lain macam kerana Chenle yang tegur dulu.

"Lee Chenle rupanya, tak sangka pula kita akan berjumpa kat sini" Balasnya. Chenle sudah tersenyum malu dan menggaru telinga.

"Hyung kenal dengan dia ni ke? " Soal Hansol kerana pelik. Chenle mengganguk.

"Nama kita Bae Yeoreum lah, bukan kakak idola. " Ujar Yeoreum kepada Chenle. Chenle hanya senyum saja apabila Yeoreum membalas.

"Yeoreum-shi, nak pergi mana? " Chenle memulakan perbualan. Hansol di tepi sudah mengulingkan mata kerana menyampah.

"Saya baru beli barang untuk rumah. Ayah saya suruh belikan" Ujar Yeoreum sambil mengalihkan rambut ke belakang.

"Mula-mula beli barang rumah, kemudian beli barang perkahwinan kita pula " Kata Chenle selamba. Hansol tepuk dahi dengar kata abangnya.

Muka Yeoreum kemerahan kerana malu. Tetapi Yeoreum cuba kawal riak muka.

"Ah-haha, kalau kita berjodoh kan? Haha, awak pula dari mana? " Yeoreum berpura-pura ketawa.

"Saya temankan adik saya tukar telefon. Semalam dia terlanggar orang, kemudian telefon diorang pun terjatuh sekali. Diorang main ambil tak tengok dulu. Nasib baik telefon je yang tertukar, identiti tak tertukar" Balas Chenle lagi.

"Ss-saya dah lambat nak balik rumah ni. Selamat tinggal Chenle-shi ~" Yeoreum melambai-lambai pada Chenle dan berlari dengan laju seperti Naruto.

Chenle senyum sehingga ke telinga melihat Yeoreum sehinggalah Yeoreum hilang dari pandangan.

Hansol menepuk bahu Chenle untuk sedarkan Chenle ke alam realiti.

"Dah pandai mengayat eh? Bagitahu mama dengan daddy. Biar diorang rotan Chenle hyung" Hansol menyilang tangan di dada.

"Suka hati hyung lah, hyung pun teringin nak berumahtangga sama macam Jisung tu. Dah nak dapat anak pun diorang tu" Balas Chenle lalu periksa telefon yang terjatuh ke tanah tadi.

"Nasib baik phone hyung tak rosak. Kalau tidak, kena jual buah pinggang lah nak beli yang baru" Chenle masukkan telefon dalam poket seluar.

"Telefon hyung tertukar tak? Check dulu sebelum balik" Perli Hansol.

Kepala Hansol terus kena ketuk dengan Chenle.

"Mestilah telefon hyung. Bukan macam kau, telefon tertukar mengadu menangis teruk kat mama dengan daddy" Ujar Chenle dengan pedas, lalu menarik tangan Hansol untuk Pulang by Insomniacks tiber.

"Memang patutlah Hansolie menangis, sebab dalam telefon tu tersimpan 1001 kenangan keluarga kita" Hansol cubit tangan Chenle sehingga merah.

Chenle terjerit kesakitan dan terus lepaskan tangan Hansol.

"Tapi kenapa 1001 je? Kenapa tak billion ke? Trillion ke??" Soal Chenle setelah kesakitannya berkurangan.

"Hyung nak berapa banyak? Memori telefon Hansol cuma 64GB je! 1001 tu gambar!" Marah Hansol.

"Bapak noob gila kau, telefon mahal-mahal tapi cuma 64GB je. Orang lain dah pakai sampai 1TB" Chenle memperli semula dan lari untuk selamatkan diri.

"CHENLE HYUNG!!!! BAGITAHU DADDY YANG HYUNG KUTUK DADDY TU NOOB!" Hansol terus mengejar Chenle sepantas kilat.

"Kenapa kau pembaris sangat dik? Mama dulu masa mengandungkan kau makan nasi lauk pembaris ke?! Ataupun masa mama tergelincir dulu tu menyebabkan kepala kau bergegar!!" Chenle tolak semua orang ke tepi sehingga buat ramai orang memaki hamun.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now