Pt. 8

338 41 51
                                    

Jungwoo keluar dari bilik selepas siap pakai baju sekolah. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas dan tak diikat.

Pfttt imagine lah macamana.

"Goodmorning eomma" Jungwoo mencium pipi Manda yang sedang makan sarapan.

"Selamat pagi sayang" Manda cubit pipi Jungwoo yang sedang ambil pinggan.

"Jungwoo, cantiknya kau hari ni. Nak pergi mana cantik-cantik ni?" Kun sengaja mengacau dan dapat pandangan tajam dari Jungwoo.

"Nak pergi mana lagi, pergi sekolah lah. Ingat macam Kun oppa ke mengorat je kerjanya" Jungwoo mendengus geram dan makan nasi goreng yang dimasak oleh selimut Ji Ran tetangga.

"Ummi, boleh tak kitaorang pergi rumah daddy? Kami rindukan adik-beradik kat sana" Xiaojun mengangkat tangan sebagai wakil yang lain.

"Aku rindukan Mark weh. Apa khabar pakcik tua tu sekarang. Dah mati ke belum orang tu" Ujar Lucas dan sambung makan. Hendery yang mulut sedang penuh hanya mengganguk setuju.

"Kalau eomma bagi izin baru lah ummi bagi pergi sana" Balas Ji Ran selepas selesai makan.

"Nak pergi sana bila-bila pun eomma bagi. Nak balik lambat pun boleh tapi kena bagitahu" Manda tambah nasi dalam pinggan Jungwoo.

Jungwoo pula susah mahu makan kerana rambutnya yang panjang.

Yangyang yang duduk di sebelah hanya menggeleng perlahan dan ikat rambut Jungwoo dengan getah warna pink yang dijumpai semasa bersihkan bilik.

"Kenapa tak ikat rambut ke atas sebelum makan? Susah nak makan tu, nasib baik Yangyang ikatkan rambut kamu" Ujar Manda yang juga hanya mampu menggeleng kepala.

"Jungwoo malas lah nak ikat rambut. Oh ya, nanti Jungwoo belajar kat perpustakaan sekolah sebab exam kan dah nak dekat. Tak lama kot, pukul berapa nanti Jungwoo balik jalan kaki. Tak payah jemput balik nanti" Jungwoo minum air milo dalam cawan besar.

"Jangan balik lambat sangat tahu? Kalau ada apa-apa telefon abang-abang kamu semua" Ujar Ji Ran yang bimbang kerana sekarang banyak kes penculikan remaja.

"Nanti Jungwoo call, nanti korang pergi rumah daddy. Jangan lupa bagitahu Renjun eonnie tentang Jungwoo tahu? Itu pun kalau dia ada kat sana"

Jungwoo bangun dan cium pipi Manda dan Ji Ran sebelum pergi ke sekolah dengan berjalan kaki kerana dekat dengan rumah.

"Belajar rajin-rajin adikku" Hendery melambai kepada Jungwoo yang sedang pakai kasut. Jungwoo senyum dan tutup pintu.

"Kita nak pergi bila? " Soal Lucas.
"Sekarang lah, tapi jangan lupa kemas ni dulu" Balas Ji Ran dan kumpulkan pinggan mangkuk dan bagi kepada Xiaojun dan Yangyang untuk basuh.

Kun pula bangun dan ambil kunci kereta kerana dia yang akan bawa kereta. Hendery pegang beg Ji Ran manakala Lucas pula beg tangan Manda.

"OOHHH BALIK KAMPUNGGG OHHH BALIK KAMPUNGG!" Kun buka radio dengan kuat dan buka tingkap. Seorang pakcik yang sedang bawa motor hanya pandang mereka yang pelik dan menggilai macam orang gila.

"Ingin ku berjumpa adik-beradik ku. Yang sudah lama tak jumpa, OHHHHH BALIK KAMPUNGGG!" Xiaojun ambil mikrofon mini dan buka dengan volume tinggi.

Manda dan Ji Ran tutup kedua belah telinga kerana bunyi bingit yang mereka hasilkan.

"TERUJA BEBENOR KAMU SEMUA NI" Ji Ran terpaksa menjerit kerana tidak boleh bercakap perlahan. Kun letakkan kereta diluar rumah dan ketuk pintu berkali-kali.

Sarasorn membuka pintu dan menjengah kepala sedikit untuk lihat siapa yang datang ke rumah.

"Eh, Nenek Manda dengan Nenek Ji Ran datang lah! " Sarasorn buka pintu dengan lebih luas dan mencium tangan mereka berdua.
Mark yang baru gigit peha ayam terus berlari pergi ke depan kerana dia tahu Lucas mesti datang kalau Manda ada.

"WOOKHEE!! " Mark terus peluknya dan ayam yang digigit dibagi kepada Sarasorn. Euwwww.

"MINHYEONG! HIDUP LAGI KAU RUPANYA YA!? " Lucas membalas pelukkan Mark dan melompat-lompat bersama.

Geleng kepala Sooman dibuatnya melihat kerenah mereka berdua.

"Kau kerja apa sekarang? Macam tak boleh hidup je aku tengok sekarang ni" Mark meleraikan pelukan dan suruh Lucas duduk di sofa untuk berborak kerana lama dah tak jumpa.

"Aku kerja part time je kat kedai buka 24 jam. Bolehlah gaji yang aku dapat tu, lepas nak bayar hutang kerja juga" Lucas membalas.

"Eh, jomlah makan sekali dengan kami" Saera bangun dari kerusi dan peluk Manda serta Ji Ran dan suruh mereka duduk dulu.

Minyoo keluar dari dapur sambil membawa satu jag dan cawan untuk mereka minum.

"Takpelah, kami dah makan kat rumah. Datang sini pun sebab dah lama tak melawat korang semua" Balas Manda sambil senyum lebar.

"Kenapa tak bagitahu awal-awal nak datang rumah? Boleh kami sediakan apa-apa" Minyoo menuang air dalam cawan dan  duduk disebelah Saera.

"Tak payah susah-susah. Jungwoo ada cakap kirim salam dekat Renjun kalau dia datang rumah hari ni " Manda menyelak rambut ke belakang.

"Jungwoo pergi sekolah ya hari ni? Semoga dia lulus dalam exam yang akan datang" Saera senyum sambil tutup dengan tangan. Hmm sopan sungguh, mak mertua siapakah?

"Renjun dah lama ke tak balik rumah ni? " Ji Ran letakkan cawan di meja semula.

"Dia sibuk sikit kebelakangan ni, yelah anak-anak dia dah besar. Kemudian suami dia sibuk dengan kerja" Balas Saera lagi sekali.

Mak-mak biasalah berborak tentang anak, masakkan dan lain-lain. Kun pula main lego dan mengamuk bila bangunan yang dibina runtuh.

Lucas dan Mark pula membawang tak henti-henti. Xiaojun dan Hendery pula bermain dengan anak buah mereka.

-TBC

Fuhh, mesti korang semua rindu taknak gila dengan chinese line ni.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now