Pt. 10

302 38 28
                                    

Jungwoo membuka mata dengan perlahan-lahan dan kepala sangat sakit. Penglihatannya mula jelas dan badannya diikat pada kerusi dan melihat pemandangan yang asing bagi dia.

"Aku kat mana.. " Jungwoo pandang sekeliling dan seorang lelaki yang sedang menghisap rokok datang menghampirinya.

Dia memegang muka Jungwoo yang jelas ketakutan dan menangis kerana teringat ahli keluarganya yang berada di rumah.

"Dah bangun dah budak cantik ni. Nyenyak tidur semalam? "

Jungwoo mengalihkan muka kerana tak mahu tangan kotor lelaki itu dari terus pegang mukanya.

"Lepaskan saya, saya nak keluarga saya" Jungwoo menunduk tidak mahu pandang lelaki yang telah menculik dia.

"Tak payahlah balik ke pangkuan keluarga. Teman je abang kat sini dengan kawan-kawan abang" Lelaki itu tunjuk dua orang yang sedap hisap rokok di depan pintu.

"Abang nak apa, duit? Abang cuma telefon keluarga saya dan minta je duit tebusan!" Jungwoo cuba membuka ikatan tangan tapi semakin ketat dan menyakitkan.

"Comel lah muka adik ni bila takut. Abang suka tengok" Lelaki itu senyum sinis melihat Jungwoo semakin ketakutan.

"TELEFON AHLI KELUARGA SAYA DAN MINTA DUIT TEBUSAN! MEREKA BOLEH BAGI BERAPA JE YANG ABANG MAHUKAN! " Jungwoo menendang alat sulit lelaki tersebut dan berjaya buka ikatan tangan.

"TAK GUNA! TAHAN DIA! " Lelaki itu terbaring menahan kesakitan dan kawan-kawannya mengejar Jungwoo.

Jungwoo hanya lari tanpa tahu arah tuju kerana dia tidak tahu dia dilarikan ke mana.

"Woi jangan lari! " Jerit salah seorang pengejar. Jungwoo terus berlari dengan laju dan terlanggar tiang elektrik.

"Dapat juga kau ni" Mereka pegang Jungwoo dan tutup mulutnya supaya tidak keluarkan suara.

Jungwoo meronta-ronta minta dilepaskan dan menangis ketakutan kerana takut sesuatu yang buruk akan berlaku pada dirinya.

"Baringkan dia dekat katil dan pegang tangan dia! " Lelaki yang jadi ketua mereka cuba untuk bangun dan tahan sakit di tengah.

Mereka baringkan Jungwoo di satu katil yang usang dan pegang tangannya supaya tidak banyak bergerak.

"Kau buat aku hilang sabar" Lelaki itu menghampiri Jungwoo dan pegang mukanya.

"HMMM HMM! (Lepaskan aku) " Jungwoo cuba melawan tapi tidak boleh kerana tenaga mereka amat kuat.

"Shuhh, jangan menangis ya sayang? Nice body, I like it" Lelaki itu tersenyum dan membuka butang baju satu persatu.

Jungwoo menangis semahu-mahunya kerana tidak boleh melawan walaupun dia belajar seni pertahanan diri.

++++

"Adik aku hilang, hiks hiks adik noona hilang" Renjun menangis tanpa henti bila dapat berita Jungwoo hilang kerana tahu dari Sooman.

"Kita doakan dia dijumpai dalam keadaan selamat ya? Bawa bertenang, nanti noona sakit kalau macam ni" Jisung cuba menenangkan Renjun yang sangat risau.

"Dia kata nak jumpa noona tapi masing-masing ada hal. Noona sedih sebab dah lama tak jumpa dia"  Renjun letakkan kepala di bahu Jeno.

"Kita tunggu balasan dari pihak polis dan kita tunggu juga apa-apa makluman dari adik-beradik kita yang sedang cari dia juga" Jeno memujuk dan belai rambutnya dengan perlahan.

"Adik noona hilang hiks" Renjun ambil tisu dan hembus hingus pada tisu.

"Ya kitaorang tahu, kita tunggu balasan dari pihak diorang ya? " Jisung cuba memujuk lagi.

"Pakcik, kenapa dengan mama? " Soal Areum sambil pegang patung beruang. Haechan yang duduk di ruang tamu terus mendukungnya.

"Makcik Jungwoo hilang dan tak dapat dijumpai. Sebab itu mama menangis sebab risau, sekarang Areum pergi main dengan adik-adik ya? " Haechan turunkan badan kecilnya dan tunjuk Hyeonmin dan Hyeonjun yang sedang main patung robot.

Areum hanya mengganguk perlahan dan bermain mainan dengan adik-adiknya.

"Cari sampai jumpa dan jangan berhenti! " Jerit salah seorang polis dalam operasi mencari Jungwoo.

Johnny dan Taeyong juga ikut mencari dengan Yangyang. Walaupun Manda telah melarang Sooman daripada ikut sekali. Tapi dia tetap berdegil walaupun kesihatannya tidak berapa baik.

Mereka mencari sekitar sekolah kerana Namjoo memberitahu itulah kali terakhir dia nampak Jungwoo.

Johnny membungkuk dan terjumpa satu beg sekolah berwarna biru tercicir dan segera periksa kandungannya.

"DADDY! BEG SEKOLAH JUNGWOO! " Johnny menjerit dan mereka semua terus datang kepadanya.

"Ya tuhan, anak aku" Sooman segera ambil beg itu dan peluknya kemudian menangis.

Yangyang terpandang sesuatu di tanah dan ambil.

"Ini getah rambut Jungwoo, Yangyang ikatkan sebelum dia pergi ke sekolah" Yangyang berikan kepada Manda untuk dilihat.

"Jungwoo, mana kamu nak?" Manda menangis semahunya dan pihak polis masih lagi mencari sebelum berhenti kerana telah masuk waktu malam.

Mereka semua bermalam di rumah Sooman kerana tidak mahu balik ke rumah yang satu lagi.

Saera dan Minyoo beri semangat kepada Manda supaya bersabar dan berharap Jungwoo dapat dijumpai dalam masa terdekat.

-TBC

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now