Jaemin membuka pintu bilik dengan perlahan-lahan dan mengintai keadaan sekeliling. Tiada orang di ruang tamu.
"Yes, takde orang. Tapi mommy kata, kalau nak pergi keluar, kena ajak hyung. Mommy tak bagi keluar seorang diri " Ujar Jaemin apabila teringat pesanan Minyoo sebelum ini.
Jaemin keluarkan RM100 yang diberikan oleh Minyoo. Jaemin mahu beli makanan ringan di kedai serbaneka tapi dia jarang keluar kalau takde orang teman.
"Ajak Chenle hyung dengan Hansol lah pergi Seben Eleben, alang-alang boleh belanja diorang sekali " Jaemin menutup pintu dan pergi ke bilik sebelah iaitu bilik Saera.
Chenle dan Hansol merempat di bilik Saera kerana tiada bilik. Hansol dari kecil memang tidur dengan Saera sampai besar gajah, Chenle pula terpaksa pindah bilik kerana Jisung berkahwin.
Rumah mereka hanya mempunyai 15 bilik ketika telah siap dibina dulu, ditambah menjadi 18 kerana ahli keluarga makin bertambah.
Dan sekarang, Sooman mengupah lagi seorang jurutera untuk membuat tiga lagi bilik untuk mereka bertiga. Supaya mereka tak duduk di bawah ketiak ibu masing-masing. Jadi, bilangan bilik akan bertambah ke 21.
Dan bilik itu masih lagi dalam pembinaan. Pandai-pandai diorang nak nak buat kat bahagian mana, aku tak boleh fikir.
Jisung mengetuk daun pintu berkali-kali supaya orang didalam bilik membuka pintu tersebut.
"Hasnol, bukakan pintu tu. Kau kan adik yang baik" Ujar Chenle yang sedang khusyuk main telefon di atas katil.
Hansol mendengus geram dan baling bantal pada Chenle sebelum bangun dari katil.
"Nama kita Lee Hansol. Bukan Lee Hasnol! Ingat tu! " Hansol baling bantal pada Chenle lagi dan buka pintu yang asyik diketuk dari tadi.
Hansol menjengah luar pintu dan melihat adik tirinya sedang tersenyum nipis.
"Oh. Jaeminie rupanya, apa hajat kau datang ke bilik kitaorang ni? " Hansol keluar dari bilik dan menutup pintu.
Jaemin senyum lebar dan merapatkan kaki sambil menggoyangkan badan perlahan.
"Hansolie, jom ikut Jaeminie pergi kedai serbaneka. Jaeminie nak beli jajan kat sana, ajak Chenle hyung sekali. Mommy tak bagi Jaeminie keluar seorang diri tanpa orang teman walaupun Jaeminie dah boleh kahwin pun" Ujar Jaemin dengan suara yang agak--gedik.
Hansol menggaru kepala yang tidak gatal, Jaemin membulatkan mata konon-konon nampak comel di mata Hansol dan menaruh harapan.
"Pergilah seorang diri, Jaeminie sendiri yang kata Jaeminie dah boleh kahwin pada usia ni. Buat apa nak takut-takut lagi kan? Macam mana nak lindungi isteri kalau diri sendiri pun masih takut nak keluar seorang diri? " Bebel Hansol dengan panjang.
Jaemin buat tidak kisah dan korek telinga dengan jari kelingking. Tidak endahkan kata-kata abang tirinya.
"Mommy yang kata Jaeminie dah boleh kahwin. Sebab itu Jaeminie ulang balik apa yang mommy cakapkan. Alah, Hansolie~ tolonglah temankan Jaeminie. Sekejap je, kita terus balik lepas dah beli barang. Takde melencong tengok awek ke apa" Ucap Jaemin yang kedengaran seperti merayu.
Hansol melihat badan Jaemin dari bawah dan atas. Hansol menarik nafas terlebih dahulu dan memegang bahu Jaemin.
"Tunggu kejap, Hansolie nak ajak Chenle hyung sekali. Tunggu kejap tau?" Hansol masuk ke dalam bilik semula dan tutup pintu.
"Okay" Jaemin menunjukkan 'OK' dan menunggu di luar bilik.
"Hyung, Jaemin ajak pergi temankan dia beli barang" Hansol melompat di katil, membuat Chenle yang sedang main telefon hampir mati kerana terkejut.

YOU ARE READING
[S3] Keluarga Lee - NCT
FanfictionNampaknya Keluarga Lee masih lagi mempunyai cerita kerana bilangan ahli keluarga yang makin bertambah. Apakah yang berlaku? Semuanya akan terbongkar setelah membaca Keluarga Lee Musim ke 3!