Pt. 18

297 40 54
                                    

Jungwoo tepuk bantal dan baring semula untuk lelapkan mata kerana penat menjaga anaknya seharian.

Belum lama Minyoo dan Taeil keluar, seorang wanita dalam usia 40-an masuk ke dalam biliknya dan menghampiri.

"Eh, makcik salah masuk bilik ke? " Jungwoo segera bangun dan duduk tapi wanita itu hanya senyum dan duduk di kerusi.

"Tak, makcik memang mencari kamu. Nama makcik Kim Haram, nama kamu Lee Jungwoo bukan?"

Haram cuba menyentuh mukanya tapi dengan cepat Jungwoo menepis kerana takut.

"Apa hajat makcik datang cari saya? Takkan nak jual penapis air Cooway pula kat sini. Mana ada jurujual boleh masuk sini" Jungwoo menepis tangannya dari sentuh badannya dan Haram pasrah.

"Makcik adalah ibu kepada Kim Hanbin, lelaki yang pernah culik kamu dulu dan anak yang kamu lahirkan ni adalah cucu makcik juga" Haram senyum sekali dan pandang sekeliling tapi Junghae kini berada di bilik bayi.

"Makcik memang tak reti jaga anak sendiri ke sampai buat anak orang lain sampai macam ni! Kemudian sibuk tuntut anak saya sedangkan dulu tak cari pun! " Jungwoo meluahkan semua yang terpendam dan menangis.

"Makcik memang dah lama cari kamu sebelum ni tapi makcik tak tahu kamu dekat mana. Mana cucu makcik? " Haram mengoyangkan tangan Jungwoo dengan harapan yang dia akan beritahu.

"Buat apa nak cari anak saya?! Makcik boleh ambil beg dan berambus keluar dari bilik saya SEKARANG! " Jungwoo tidak mahu beritahu dan menengking Haram supaya keluar, dia tahu yang wanita tua itu akan mendesak.

"Makcik tahu yang kamu menipu, makcik pun ada hak terhadap dia sebab anak kamu adalah darah daging anak makcik. Hanbin adalah ayah dia" Haram cuba memujuk Jungwoo sekali lagi.

"Pergi sekarang sebelum saya panggil pengawal keselamatan!" Jungwoo marah-marah dan perutnya sakit kerana banyak bergerak.

"Kamu tak apa-apa? " Haram cuba letakkan tangan pada perutnya untuk urut tapi Jungwoo menahan dengan pegang tangannya.

"Tak payah berlakon baik dekat sini. Kalau anak jahat, mesti dari didikan mak ayah dia juga" Jungwoo mengerutkan dahi cuba menahan sakit.

"Makcik tak pernah ajar dia jadi macam tu. Untuk pengetahuan Jungwoo, yang dua orang bersubahat dengan dia tu adalah sepupu dia juga" Haram makin buat Jungwoo benci dengan dia.

"Bila diorang dah mati baru nak ceritakan semuanya. Kenapa makcik tak hantar mereka masuk sekolah juvana? KENAPA?! " Jungwoo cuba menahan sakit lagi dengan sedaya-upaya.

"Anak saudara makcik tu anak yatim piatu dan makcik lah yang menjaga mereka dari kecil. Makcik dah hantar mereka pergi ke sekolah sana, keluar masuk sekolah juvana tu perkara biasa bagi mereka. Masa mereka menculik kamu pun, mereka masih lagi ditahan tapi mereka berjaya larikan diri"

Jungwoo tidak dapat menahan sakit lagi dan dia menangis. Haram perasan selimut yang digunakan dikotori dengan darah.

"Eh, biar makcik panggil doktor. Luka kamu ni terbuka semula ni!" Haram segera keluar dan tarik mana-mana doktor yang dijumpai.

"Junghae.. " Jungwoo mencengkam katil dan doktor terus masuk ke dalam bilik dengan bawa peralatan.

Haram dipaksa keluar dari bilik supaya tidak mengacau doktor dan jururawat.

"Doktor, jangan bagi perempuan tu masuk bilik saya lagi dan jauhkan dia dari anak saya" Ujar Jungwoo setelah doktor memeriksa keadaannya.

Mujurlah tidak berlaku pendarahan cuma hanya darah bocor dan Jungwoo sakit perut kerana terlalu marah.

"Baiklah, kami akan beritahu kepada semua kakitangan di sini untuk perhatikan dia dan larang dari masuk bilik puan" Doktor membalas dan senyum.

"Anak saya dalam bilik bayi kan? Boleh tak saya nak bagi susu kan dia" Jungwoo cuba untuk bangun dan duduk.

"Dia sekarang sedang tidur. Puan kena berehat dan tak perlu fikirkan tentang anak puan. Kami akan mengawasi dia" Jururawat mengusap badannya dan keluar dari bilik untuk buat kerja lain. Doktor juga telah keluar untuk tengok pesakit lain pula.

Jungwoo baring semula dan cuba untuk lelapkan mata tapi tidak boleh kerana telah terganggu dengan kedatangan Haram tadi.

Haram melalui koridor hospital dan lepasi bilik bayi. Dia undur ke belakang semula dan letakkan tangan di dinding kaca pemisah.

"Mana satu cucu aku ni" Haram tercari-cari dan ternampak satu bayi lelaki besar sedang tidur nyenyak.

Haram membaca maklumat yang diletakkan dan tersenyum lebar. Airmatanya mengalir dan jatuh ke lantai kerana terlalu gembira dapat berjumpa dengan cucunya.
"Besarnya cucu nenek ni, nama kamu siapa? Kalau begitu, nenek akan panggil kamu Hanlin" Haram menatap Junghae yang sedang bergerak-gerak dalam kain kerana tidak selesa.

"Bilik 105 minta bayi semula? Okay, saya akan pergi ke sana" Satu-satunya jururawat yang menjaga bayi di situ keluar untuk beri bayi yang diminta kepada ahli keluarganya semula.

Haram pandang sekeliling yang lengang dan kosong tanpa ada manusia seperti biasa.

"Nenek akan jaga kamu, sebab nenek tahu yang ibu kamu takkan benarkan nenek berjumpa kamu" Haram membuka pintu dan masuk untuk ambil Junghae.

Junghae terbangun dan menangis ketika Haram cuba mendukungnya.

Dia bergerak minta dilepaskan dan menangis lebih kuat tapi tiada satu orang pun berada di situ. Bilik Jungwoo pun jauh darinya.

"Kita pergi ya? Hanlin jangan menangis lagi" Haram menepuk badannya dan keluar ikut pintu kecemasan.

-TBC

PERANGAI MACAM HARAM LAH SI HARAM NIIIIII

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now