Pt. 59

377 40 40
                                    

"EOMMA PAT YA! (Cepat lah)" Junghae lari sekeliling rumah tanpa pakai baju. Atau senang citer telanjang bulat.

"Eomma penat lah nak kejar kamu ni. Adik kamu pun eomma belum mandikan lagi" Jungwoo kejar dengan terhegeh-hegeh kerana terlalu penat. Junghae lari terlalu laju walaupun badannya besar. Bukan gemuk tapi berat.

Kun dan Xiaojun bersiap sedia untuk tangkap Junghae. Manakala Hendery pula sediakan tuala mahu mandikan dia.

"NAK LARI PERGI MANA HAH! " Kun menjerit dan Junghae ketawa tanpa hiraukan pakcik-pakcik dan ibunya kepenatan.

"UWEK! A'APAT! (Tak dapat)" Junghae menjelir lidah kepada Kun dan ditangkap oleh Hendery.
"Nak pergi mana? Jom kita mandi" Hendery dukung badannya dan Junghae meronta-ronta minta dilepaskan.

"APPA!!!! " Junghae panggil Hanbin dan mereka ketawakan saja.

"Tahulah appa kau dibebaskan hari ni. Teruja sangat sampai taknak mandi kenapa?" Kun pergi kearahnya lalu menggosok rambut cendawan Junghae.

Junghae mencebik bibir kerana marah dan pukul dada Hendery suruh lepaskan.

"Aduh, sakit dada pakcik kau pukul" Hendery berikan kepada Xiaojun pula. Dia dah tak nak mandikan Junghae kerana merajuk.

"Oppa kata nak mandikan dia. Kenapa abangku?" Soal Jungwoo.
"Oppa merajuk lah dengan dia. Adikku, oppa nak makan ya?" Hendery melambai sebelum masuk dapur untuk habiskan sarapan mereka semua.

"Apa ni bossku? Dasar janji korea betul dibuatnya. Dasar janji dicapati lah" Jungwoo menyilangkan tangan dan masuk bilik air untuk mandikan Miyeon.

Xiaojun mandikan Junghae walaupun anak saudaranya asyik jerit tanpa henti dan main buih sampai lantai jadi licin.

"Janganlah main dengan buih tu. Nanti nak kena beli baru lagi sebab cepat habis. Kita kena berjimat-cermat" Ujar Jungwoo sambil menggosok badan Miyeon dengan sabun.

Junghae terus berhenti dan Xiaojun senang hati anak buahnya tak nakal lagi.

"Cik jun ye wat (Pakcik Xiaojun boleh buat)" Junghae tunjuk Xiaojun yang tiup lebihan buih dalam gayung.

"Dia jarang, kamu tu hari-hari buat" Balas Jungwoo dan ambil tuala untuk tutup badan Miyeon.

"Alah" Junghae memuncungkan mulut pandang ibunya yang telah keluar dari bilik air. Badannya tiba-tiba terapung dan rupanya Junghae dukung kerana telah habis mandi.

"Kita dah habis mandi, sekarang pakai baju. Nak jumpa appa kan hari ni?" Xiaojun baringkan Junghae di katil bersebelahan dengan adik perempuannya.

"Appa?! " Junghae terus dengar kata dan Xiaojun pakaikan baju berwarna hijau. Baju yang Hanbin beri sebelum ini ketika mereka melawat.

"Kecilnya bebird, dah boleh sunat ke belum ni?" Xiaojun saja mengacau Junghae sampai menangis dibuatnya. Jungwoo cubit tangan Xiaojun dan pujuk anak sulungnya.

"Auch, apa salah oppa sampai kena cubitan padu ni?" Xiaojun tengok siku tangan yang telah merah kerana dicubit terlalu kuat.

"Tanyalah diri sendiri kenapa takutkan Junghae sampai menangis. Oppa jahat sebab buat anak Jungwoo menangis teruk macam ni! " Jungwoo pukul Xiaojun pula kerana tidak puas hati anaknya menangis tidak henti-henti.

"Oppa cuma gurau je, dia bukannya tahu pasal sunat tu pun" Xiaojun pertahankan diri sendiri tapi Jungwoo dah cebik bibir kerana telah marah.

"Dia tahu lah sunat tu apa!" Jungwoo cubit tangan Xiaojun berkali-kali sampai Junghae berhenti menangis sendiri.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now