Pt. 24

314 36 33
                                    

Mereka semua berganding bahu menjaga bayi yang dijumpai Yuta itu. Alessia keluar dari bilik dan menghampiri mereka semua.

"Sekarang siapa yang nak bertanggungjawab terhadap bayi yang tak bersalah ni. Takkan nak hantar pergi rumah anak yatim kot, kesian dia" Ujar Taeyong dan mereka semua setuju dengan kata-katanya.

"Papa kahwin dengan orang lain ke? Papa tak sayangkan mama lagi?" Soal Alessia sambil peluk teddybear ketika melihat bayi itu dalam tangan Yuta.

"Bukan sayang, papa awak selamatkan satu nyawa semasa pergi buang sampah tadi" Taeil angkat badannya dan jelaskan supaya tidak berlaku salah faham.

"Johnny, kau ambil lah dia sebagai anak angkat. Younghee kan nak adik sangat. Alessia tak kisah bukan? " Yuta menoleh ke belakang dan Alessia mengganguk setuju.

"Alessia nak anggap sebagai sepupu je. Nanti dia tak boleh menyusu badan" Dia pandang semuanya dan mengganguk lagi.

Bapa dia dah bagi lampu hijau, Alessia pun taknak kedudukan dirampas kahkahkah.

"Mana boleh macam tu, Yuta yang jumpa tiba-tiba nak bagi kat Johnny pula. Younghee faham yang mak dia dah tak boleh mengandung lagi" Johnny bukannya tidak mahu tapi rasa seperti tidak adil.

Younghee keluar dari bilik dan pergi kearah mereka kerana terdengar bunyi bising semasa tidur.

"Daddy, bunyi apa tadi tu? " Younghee menggosok mata dan Johnny segera dukungnya masuk kedalam bilik semula.

"Nothing, betul ni daddy tak tipu" Johnny pulas tombol pintu dan Younghee perasan sesuatu.

"Oh my god, is that my little brother or sister?!" Younghee segera turun dari badan Johnny dan berlari kearah bayi yang diletakkan atas sofa.

"Yes, dan sekarang awak dah ada adik " Yuta mengusap rambutnya dengan perlahan dan Younghee amat gembira.

Haera pandang Yuta dan mengganguk sebagai tanda terima kasih kerana berikan bayi itu kepada mereka.

"Tak kisahlah dia adik kandung atau adik angkat. Dia tetap adik Younghee. Annyeong dongsaeng!" Younghee memberanikan diri cucuk pipi dia dan bayi itu ketawa kerana suka.

"Younghee, dia lelaki dan awak nak beri nama untuk dia tak?" Saera mengusap rambut cucu tirinya dan dia terlalu gembira kalau dilihat dari muka.

"Annyeong Lee Youngbin! This is your noona" Younghee memberanikan diri ambil badan kecilnya dan cium berkali-kali.

Jaehyun menitiskan airmata melihatnya dan lap hingus pada baju Mara. Isterinya perasan dan terus beri penampar manja kerana telah kotorkan baju edisi terhad yang dibelinya.

"Baru perasan yang beberapa ketul je bangun. Memang kalau rumah bergegar tak bangun katanya" Sooman menggeleng dan mereka ketawa.

"Jaga elok-elok ya? Pakcik Yuta dah bagi dekat awak" Junghee mengosok rambutnya sampai kusut.

Younghee mengganguk dan angkat tangan kanan sebagai telah bersumpah akan jaga adiknya dengan sepenuh jiwa.

"Bila Youngbin dah besar nanti, harap sangat takde siapa yang akan ungkit pasal kisah dia dan cakap bukan-bukan. Esok, siapa-siapa tolong jelaskan kepada semua yang belum tahu tu" Sooman menasihatkan mereka dan masuk bilik Saera untuk sambung tidur semula.

Mereka semua masuk bilik semula dan buat seperti tiada apa-apa berlaku. Tinggal lah Johnny, Younghee dan Haera duduk di ruang tamu.

"Nanti pagi kita daftar nama dia ya? " Younghee angkat badan Youngbin dan masuk dalam bilik.

"Ya sayang, kemudian kita beli barang keperluan dia juga. Baju dengan botol susu ni milik Minhae dan Sungjae" Haera tutup pintu dan baring semula.

Younghee mencium pipi Youngbin dan tidur semula sambil peluk adiknya.

Johnny dan Haera senyum melihat anak mereka seperti kucing dapat whiskas.

Seperti kera dapat bunga tu macam kejam pula nak letak 😂😂

Keesokkan harinya, Younghee bangun awal dan lebih bersemangat tidak seperti dulu lagi. Dia bangun dari katil dan matikan jam penggera yang berbunyi.

"Daddy wake up~ DADDY WAKE UP! " Younghee menjerit di telinga dan Johnny terbangun kerana terkejut.

"Kenapa sayang menjerit? Terkejut mommy dengan Youngbin" Haera menggosok telinga kerana sakit dan Younghee hanya ketawa besar sebab berjaya kenakan ibubapa dia.

"Daddy bangunlah sebab kita nak pergi keluar dengan baby Youngbin hari ni" Younghee tampar Johnny dengan kuat tapi ayahnya hanya menghiraukan dan malas buka mata.

"Kita pergi selepas sarapan lah. Cium dulu baru daddy bangun" Johnny tunjukkan bibir sendiri yang sengaja dimuncungkan.

Younghee menyilangkan tangan dan menggeleng kepala. Johnny tarik selimut dan sambung tidur kerana dah malas mahu bangun.

"Chup chup muah" Younghee cepat-cepat cium dan beri bonus di kedua belah pipi lagi.

Johnny buka mata dan terus peluk Younghee yang berdiri didepannya.

"Saya mandikan dulu Youngbin dulu tahu? " Haera lipat selimut dan dukung Youngbin masuk bilik air manakala Johnny dan Younghee asyik balas ciuman di pipi tanpa henti.

Mereka keluar dari bilik dan makan sarapan sebelum keluar pergi daftar kelahiran dan berjalan-jalan ambil makan udara.

"Sejak bila ai Kak Haera ngandung? Hyung guna minyak pengasih kah?" Jisung pandang Youngbin yang dipegang Johnny dan kepalanya kena tunjal dengan Haechan yang duduk disebelah.

"Itu adik angkat Younghee lah. Nasib baik Yuta hyung ambil langkah yang bijak iaitu buang sampah pada waktu malam dan terjumpa Youngbin!" Haechan bangga dapat cerita dan sambung makan nasi goreng kimchi campur strawberi resepi dari Amat Masdo (faham-faham lah ya)

"Eh, Yuta hyung yang jumpa tapi kenapa Johnny hyung yang jadi ayah angkat dia? " Chenle menggaru kepala dan Doyoung telah buka selipar sebagai persediaan mahu hempuk kepala dia tapi Yeri sempat tahan dengan tangan.

"Yuta bagi sebab Younghee nak sangat adik sebelum ni tapi korang dah faham kan dengan keadaan Kak Haera?" Johnny letakkan nasi dan lauk kedalam pinggan kemudian suap anak serta isterinya.

"Tapi bukan ke proses nak ambil anak angkat rumit dan ambil masa lama? " Mark letakkan cawan semula selepas minum kopi.

"Mungkin senang kalau diberi keizinan oleh-Nya" Balas Yeri dan suap anak-anak makan tapi Doyoung setia pegang selipar belah kanan kalau ada orang cakap sesuatu menyakitkan hati.

"Hyung jumpa dia dalam pukul 12:03 pagi jugalah. Agak-agak dia baru lahir 10 atau 15 minit sebelumnya sebab darah dekat badan dia tak dibersihkan dan tak dimandikan dulu" Yuta cakap walaupun mulut masih mengunyah makanan.

"Dalam surat beranak nanti nak letak tempat kelahiran dia kat mana?  Dalam kotak susu tepung ke sebab ada orang dia punya 'dalam perjalanan ke hospital'. " Soal Yesung kerana teramat musykil.

"Takdelah, letak alamat rumah ni lah" Balas Sooman.

"Macam mana nak isi bahagian ibubapa? " Soal Jisung dan tangan Doyoung ditahan oleh Yeri kerana tak habis-habis nak pukul adik-beradiknya guna selipar.

"Tengoklah macam mana nanti, entah boleh letak nama Lee Youngho dan Choi Haera pun belum tahu lagi" Johnny makan nasi sehingga habis dan bangun untuk basuh pinggan.

Youngbin menangis kerana lapar belum diberi susu dan Winwin serta-merta ambil satu botol susu yang telah dibancuh.

Sebenarnya Yujun buat untuk Sungjae tapi Winwin minta untuk buatkan dua kerana mereka belum beli barang Youngbin lagi.

"Ya ampun! Maaf adik, noona lupa yang awak belum minum susu lagi" Younghee ambil susu dari tangan Winwin dan suapkan adiknya.

"Ten,Winwin, nanti aku bayar balik barang yang korang bagi untuk Youngbin sebelum ni. Bagi tahu harga and aku akan bayar balik" Johnny pandang mereka dan mereka berdua geleng kepala kerana seikhlas hati mahu beri percuma.

"Tak payah lah nak ganti balik, kami rela hati bagi baju dan susu tu" Balas Ten dan senyum melihat Johnny serta Haera.

-TBC

JENG JENG JENG, YOUNGHEE DAPAT ADIK SUDAH HAHA

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now