Pt. 25

323 40 33
                                    

"DADDY! KATA NAK PERGI DAFTAR NAMA! SEKARANG DAH PUKUL BERAPA?! " Younghee bangun dari kerusi dan pergi ke pintu keluar.

Mereka semua terkejut dengan suara lantangnya bila bercakap. Dapat genetik dari mak dia lah tuuu.

Johnny dan Haera bangun dari kerusi lalu keluar rumah. Younghee diluar telah menunggu dan tidak sabar untuk sahkan Youngbin sebagai adiknya.

"Daddy! Nama dia Lee Youngbin tahu bukan Youngmin" Ujar Younghee setelah masuk kedalam pejabat dan didalam sana agak lengang walaupun hari cuti.

"Ya sayang ku" Johnny ambil borang dan menulis semua bahagian termasuk tarikh lahir dan waktu lahir Youngbin walaupun mereka cuma dapat agak saja.

"Sayang, kita beri nama penuh dia Lee Youngbin kemudian nama panggilan english dia Jonathan. Sebab nama inggeris daddy bermula dari J dan nama kamu pun Jennifer Lee" Haera mengusap rambutnya dan dia hanya mengganguk biasa.

Nasib baik segala urusan mereka dipermudahkan. Selepas selesai semuanya, Johnny bawa mereka pergi ke pusat beli-belah untuk membeli barang.

"Daddy! Nak stoking biru dengan teddybear tu untuk adik! "

"Mommy! Stroller untuk bawa adik jangan lupa dengan bedak!"

"Daddy tolong ambilkan sabun mandi dengan baju merah atas tu! Younghee tak sampai nak ambil"

Mereka hanya mampu geleng kepala lihat anak sulung mereka terlalu teruja beli barang untuk adik lelakinya.

Mereka sebenarnya dah pergi hospital untuk buat doktor buat pemeriksaan terhadap Youngbin sebelum datang sini.

Bila sampai masa untuk bayar semua barang. Sebenarnya Johnny agak terkejut melihat jumlah yang perlu dibayar tapi memang patut kerana mereka ambil banyak barang.

Johnny keluarkan kad bank dari dompet dan berikan kepada juruwang.

Jangan risau kalau takut mereka akan songlap lebih, Haera pernah mengisi jawatan sebagai ketua gengster tak bergaji sebelum bertemu bodoh eh jodohnya iaitu Youngho yang kacak manis.

Mereka keluar dari butik--ehem kedai sebenarnya dan Younghee berhenti jalan menyebabkan mereka berhenti di tengah jalan juga.

"Lapar lagi" Dia gosok perutnya yang berbunyi dan buat muka sedih untuk raih simpati.

Haera tidak sampai hati dengar perutnya berkeroncong dan mereka semua pergi ke restoran Oitai Wat Kofi.

Johnny sempat kira duit dalam bank dengan tangan sebelum masuk kedai dan ternyata duitnya semakin nipis.

Tapi apa salahnya bahagiakan anak bini bukan? Bukan selalu mereka paw duit Johnny cukup-cukup ㅋㅋㅋ

"Ya, mahu order apa? " Seorang pelayan mendekati mereka dan berikan menu.

"Saya nak dua set nasi ayam dan satu chocolate ice untuk si comel duduk sebelah saya ni. Awak nak apa pula?" Haera berikan menu kepada Johnny tapi dia asyik termenung tentang tabung babi di rumah.

"Large huh? Eh saya nak makan---" Johnny terpandang pelayan yang berdiri disebelah dan terpesona melihat kecantik-- takdelah lawa mana huhu.

"Airnakyou--"

"Apa dia encik? " Pelayan itu cuma berlakon yang dia tak dengar apa dicakapkan tadi.

"Jantan ni cakap dia nak order set yang sama dengan kitaorang tadi dan nak kopi perisa penampar eh tak maksud saya dia mahu kopi regular" Haera cuba senyum walaupun api didalam hati akan meletus tak lama lagi seperti gunung berapi yang masih aktif.

Teruk betul perumpaan(?) aku ni.

"Ha bb-betul! " Johnny mula sedar dan terpaksa bersiap sedia terpaksa tadah telinga dengar bebelan isterinya bila balik nanti.

Pelayan itu beredar dengan perasaan geli-geliman bila Johnny tidak sengaja terbuat pickupline.

Dan tak lama kemudian dia bawakan makanan yang telah dipesan tadi.

"Makan banyak-banyak ya nanti kita kuat" Haera ambil Youngbin supaya anaknya tidak susah makan dan dia akan makan kemudian.

Johnny ambil makanan dan alihkan muka kerana tidak sanggup pandang muka bengis isterinya.

Mereka pulang selepas seharian keluar rumah. Younghee bawa adiknya masuk kedalam rumah dan duduk di ruang tamu untuk tengok tv.

Johnny dan Haera keluarkan barang dari bonet kereta kemudian letakkan didalam bilik.

Johnny baring di katil kerana penat dan dia dah terlupa isterinya masih lagi marah tentang kejadian yang berlaku tadi.

Haera masih lagi berdiri dan dia pergi ke pintu lalu kunci supaya tiada siapa boleh masuk termasuk anak mereka.

"Sayang, saya minta maaf sebab tak tersengaja mengorat adik pelayan tadi. Maafkan saya" Johnny turun dari katil dan melutut.

"Saya nak je cili mulut awak tadi! Nasib baik lelaki tak mengandung, kalau tidak setiap kali kita bergaduh biar awak asyik rasa sakit bersalin je tapi itu semua takkan berlaku macam fanfic dari negara seberang! "

Haera menangis dan tidak tahu sebab terlalu beremosi sangat walaupun dia tahu yang Johnny tidak sengaja tadi.

Johnny segera peluk dan cium pipinya untuk pujuk. Haera lap airmata yang keluar dan pandang suaminya.

Haera senyum lebar dan Johnny tidak faham petunjuk yang diberi.

"JANGAN ROGOL KANDA TIDAKKK! "

"APA KANDA-KANDA?!  KANDANG ADALAH!"

Mark yang lalu depan bilik hanya mengerutkan dahi kerana pelik dengar suara tak sepatutnya.

Nak bermesraan tu boleh tapi fahamlah perasaan adik-adik yang masih membujang tu.

Nasib baik anak mereka tak terdengar sebab bilik mereka berada di tingkat dua.

-TBC

kat S3 ni, aku perasaan aku letak banyak tak sepatutnya walaupun tak terlalu direct.

Maaf ya wahai pembaca semua kalau ada rasa tak selesa tu. Anda nak berhenti baca dan buang dari library pun takpe sebab itu hak anda semua.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now