Pt. 91

349 36 201
                                    

Siyeun membuka kunci kereta dan keluar dari kereta selepas selesai menemankan anak dan anak saudara pergi ke ke kedai.

"Eh, dah pukul 6 petang? " Siyeun terkejut melihat waktu di jam tangan. Yang lain sudah masuk ke rumah untuk berehat.

Juno dan Areum tidak masuk kerana mahu membantu Siyeun mengangkat barang-barang yang dibeli tadi.

"Makcik Siyeun, terima kasih sebab temankan kami pergi kedai dan bawa pergi jalan-jalan kat taman tadi" Ujar Areum sambil menjinjing beberapa beg plastik.

"Sama-sama sayang, lepas ni Areum pergi mandi dan bersiap-siap untuk makan malam" Balas Siyeun dengan senyuman terukir di bibir.

Areum mengangguk dan berlari masuk ke rumah. Juno ketawa kecil melihat kakak sepupunya lari.

"Eomma, tadi Pakcik Winwin jaga Jena. Ada susu adik tak yang tinggal?" Soal Juno kepada Siyeun.

"Jangan risaulah, eomma dah pesan kat pakcik kamu yang ada letak susu dalam peti ais. Eomma dah perah susu sebelum pergi " Balas Siyeun dan telah masuk rumah.

Selesai selesai letakkan barang basah di peti ais. Mereka pergi ke dalam bilik pula untuk letakkan barang yang lain pula.

Juno membuka pintu perlahan-lahan dan nampak Jeno sedang tidur nyenyak di atas katil, sebenarnya Jeno telah dibius ketika luka sedang dibersihkan.

Siyeun tersenyum melihat suami yang dicintainya. Mereka masuk dan tutup pintu. Barang-barang diletakkan di bawah.

"Juno, kamu pergi mandi dulu ya? Nanti nak makan malam " Pesan Siyeun kepada anaknya, Juno mengganguk laju dan segera capai tuala di penyangkut baju.

Siyeun duduk di tepi katil dan mula mengusap rambut Jeno, Siyeun juga mengucup seluruh wajah suaminya kerana rindu walaupun cuma beberapa jam tidak jumpa.

"Abang tetap kacak walaupun orang kata badan abang dah kurus macam mayat hidup, muka abang cengkung, tak dapat banyak bergerak. Abang sajalah satu-satunya di hati Siyeun" Siyeun mencium dahi suaminya lalu ambil tangan Jeno didalam selimut.

Mata Siyeun membulat kerana terkejut melihat pergelangan Jeno berbalut dengan kain kasa. Siyeun tahu, Jeno sudah kelar tangannya tapi berjaya diselamatkan.

"Abang, kenapa abang buat macam ni, abang dah tak sayang saya ke? Sekalipun, awak tak pernah susahkan saya dan awak tak pernah menyusahkan saya. Jangan lah buat saya sedih" Siyeun menangis dan pada masa itu juga tangan Jeno mula bergerak.

"Sayang.." Panggil Jeno setelah sedar dari kesan dibius, Siyeun menyeka airmata dan buat seperti tiada apa-apa.

"Abang dah bangun, abang nak minum atau mandi? Saya boleh tolong sediakan air suam " Ujar Siyeun lalu memegang tangan Jeno.

"Maafkan abang, abang banyak susahkan orang sejak lumpuh ni. " Ujar Jeno.

"Mana ada awak susahkan saya, saya yang susahkan awak ada lah. " Balas Siyeun tidak mahu Jeno rasa bersalah.

"Kka-kalau, saya mati sejak dulu mesti lagi best. Awak dapat banyak duit insurans, hidup awak tak susah. Tak payah susah-susah minta duit kat keluarga saya untuk beli lampin saya" Kata Jeno walaupun suara agak perlahan kerana menahan sakit.

"Sudah-sudahlah menyalahkan diri awak tu. Tak baik tau asyik fikir nak mati je, saya okey je walaupun saya kurang duit " Balas Siyeun lagi.

Jeno tunjukkan tangannya yang luka pada Siyeun. Siyeun mengganguk kerana tahu apa yang suaminya lakukan.

"Saya cuba nak bagi awak duit dengan insurans ni. Kalau saya mati nanti awak boleh guna" Ujar Jeno.

"Dahlah, jangan asyik fikir pasal duit je. Awak kena makan banyak untuk sihat macam dulu, duit tu nanti-nanti boleh cari. Awak tak payah fikirkan sampai mudaratkan diri sendiri" Pujuk Siyeun.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now