Pt. 35

310 39 27
                                    

"Lamanya Younghee ni, kaki aku dah lenguh ni!" Yong menghentakkan kaki kerana tunggu terlalu lama sedangkan ramai yang dah balik rumah.

"Dia ada tolong cikgu kot, sebab dia kan ketua kelas" Taehan cuba menenangkan sepupunya yang tidak boleh tahan marah.

"Korang nak balik ke tak? Pakcik nak pergi sekarang ni, pandai-pandai lah jalan kaki" Pemandu van itu buka topi dan kipaskan pada muka sendiri kerana aircond tidak cukup.

"Sabar pakcik, kami sedang tunggu sepupu kami lagi satu" Donghyeon cuba pujuk untuk tunggu sekejap lagi.

"Dengar apa pakcik cakap tu? Pandai-pandai lah jalan kaki nanti" Hansung meniru gaya pakcik pemandu.

"Taehan, kau kasi settle itu adik kau" Donghyeon memberikan arahan dan tengok jam di tangan.

Hampir sejam mereka menunggu tapi batang hidung Younghee pun belum muncul.

"Kakak, jomlah balik. Adik dah lapar ni dengan Taehyeong" Dohee letakkan kepala di bahu sepupu lelakinya.

"Betul tu, Taetae lapar nak makan" Taehyeong menggosok perut yang asyik berbunyi dari tadi.

"Kita tunggu Younghee sekejap lagi ya? " Doyeon minta mereka bertenang lagi.

Donghyeon mengigit bibir kerana sepupu mereka tak pernah keluar lambat.

"Kita balik jelah, nanti beritahu dekat Makcik Haera" Yong masuk kedalam van diikuti Donghyeon.

Doyeon pandang sekolah yang telah kosong dan tangannya ditarik oleh Donghyeon untuk masuk ke dalam van.

"Kami dah balik.. "

Haera yang dengar suara mereka telah balik terus ke depan untuk menyambut Younghee.

"Younghee-ah!...mana dia?" Haera pelik melihat mereka hanya berenam dan bukan tujuh seperti kebiasaan setiap kali balik sekolah.

"Kami tunggu dia sejam lebih tapi Younghee tak keluar langsung. Kami rasa yang dia ada kelas tambahan tapi tak beritahu " Taehan menunduk kerana takut akan dimarahi.

"Biar makcik telefon cikgu dia, tolong ambil Youngbin" Haera berikan kepada Hansung dan ambil telefon dari poket.

"Hello Cikgu Kim, saya Choi Haera ibu kepada Lee Younghee. Cikgu ada buat kelas tambahan untuk anak saya ke? Sebab dia tak naik van dengan sepupu dia masa balik tadi"

"Memang lepas rehat dia terus tak masuk kelas? Ah, baik terima kasih" Haera masukkan telefon semula dan pandang anak saudaranya dengan mata mula berkaca-kaca.

"Kenapa dengan Younghee?" Dohee menarik seluarnya dengan perlahan kerana ingin tahu.

"Younghee hilang, cikgu kata dia tak masuk kelas lepas rehat" Haera menangis dan dipujuk oleh Taehan serta Hansung.

"Mungkin dia lepak dengan kawan-kawan dia?" Donghyeon membuat andaian dan dibantah oleh semua orang.

"Younghee takde kawan dan dengan kita jelah dia berkawan. Aku tak percaya dia ikut kawan, takpun mungkin dia d.i.c.u.l.i.k" Doyeon membuat andaian betul dan Haera semakin kuat menangis kerana risau.

"Mungkin Bettyna tu dalang disebalik kehilangan Younghee" Ujar Taehyeong dan sekali lagi disetujui.

"Siapa Betina yang kamu cakapkan tu?" Haera pandang mereka dengan pelik kerana tidak kenal langsung dengan nama itu.

"Makcik tak tahu? Nama dia cuma Betty, tapi kitaorang panggil dia Bettyna. Appa cakap yang dia tu sukakan Pakcik Johnny" Balas Doyeon dan mata Haera membulat.

"Telefon atok dengan pakcik-pakcik kamu supaya tahu berita ni. Biar makcik telefon Pakcik Johnny" Haera mendail nombor dan menangis-nangis ketika ceritakan kehilangan Younghee.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now