Pt. 49

336 40 19
                                    

PRAKK!

Renjun turunkan badan untuk kutip kaca cawan pecah yang dia tak sengaja terlepaskan tadi.

"Ada sesuatu berlaku ke?" Renjun bermonolog seorang diri dan satu jari jarinya terkena kaca.

"Mama! " Areum berlari kearah ibunya sambil peluk patung beruang dan pandang Renjun yang sibuk buang kaca tanpa hiraukan darah di jari.

"Eh, jangan dekat nanti kaki kamu yang luka pula" Renjun suruh pergi jauh dan ambil penyodok untuk sapu kaca halus.

"Macam mana cawan ni boleh pecah? Mama jatuhkan ke?" Areum duduk di kerusi dan perhatikan Renjun sibuk sapu lantai.

"Mama tak sengaja terlepas masa minum tadi, mana baba dengan adik-adik kamu?" Renjun masukkan dalam tong sampah dan dukung Areum setelah selesai.

"Baba pergi kerja lah, adik-adik main dengan nenek. Mama! Jari tu luka!" Balas Areum dan minta diturunkan.

"Benda kecil lah luka ni, baba kau dah janji nak bawa pergi main kat taman. Janji jeonjang betul" Renjun ambil aid-kit dalam rak dan balut jarinya.

Hyeonjun dan Hyeonmin berlari kearah Renjun dan peluknya dengan erat. Mama Jisung masuk dapur dan gosok rambut Areum.

"Mama, kitaorang lapar lah" Ujar Hyeonmin sambil mengosok perutnya dengan kasihan. Matanya ikut Jihoon dan agak pendek serta agak berisi berbanding abangnya Hyeonjun.

"Nak mama masakkan apa ya?" Renjun menggosok rambutnya dan ambil bahan dari peti sejuk.

"Nasi goreng kimchi dengan ayam pedas korea! " Balas Hyeonmin sambil tepuk tangan dengan Areum.

"Orait, mama masak banyak sikit nanti baba balik boleh makan juga" Renjun basuh tangan dan pakai apron untuk kebersihan.

"Bagus lah kamu pandai masak. Kalau tidak, tak dapat lah anak-anak rasa air tangan ibu mereka" Jisung sengaja cakap dengan kuat sedikit tapi Renjun tidak terasa sebab dia pandai masak, buat apa nak terasa.

"Ini semua berkat ibu saya paksa masuk dapur. Dulu saya tak pandai bezakan kunyit dan lengkuas, sekarang dah pandai banyak hal" Renjun ambil papan pemotong dan potong sayur-sayuran sampai kecil.

Sebenarnya tak tahu lah apa masalahnya dengan Puan Hwang aka Yoon Jisung ni.

Dia selalu cari pasal dengan menantu dia yang bernama Lee Renjun ni. Dulu kata bagi restu tapi bila kahwin, asyik pandang Renjun kerek.

Bila Areum lahir pun tak berapa gembira sangat sebab dapat cucu perempuan. Bila si kembar lahir, semua benda yang mereka nak terus dapat pada masa tu juga.

Sebenarnya Areum ada mengadu dekat ibubapa dan atoknya sebab cara Jisung layan mereka sangat berbeza, nasib baik mereka dengar dan tak gunakan ayat " Kau kena lah mengalah kat adik, kau kan paling tua" .

So, kalau nampak si Jisung layan Areum baik-baik, itu semua lakonan dan sebenarnya Renjun dapat kemurungan teruk tu selepas keguguran puncanya dari dia juga.

Doktor cakap yang janin itu adalah lelaki walaupun baru tiga bulan. Memang teruk Renjun kena maki hamun sampai tak siuman sekejap. Minhyun pun ada marah sebab asyik salahkan Renjun walaupun benda nak jadi.

"Mama? " Areum mengoyangkan bahunya dan Renjun tersedar dari lamunan.

"Ya sayang? " Renjun sambung potong bawang holland dan hiris ayam nipis.

"Mama okay?" Areum pelik lihat muka ibunya kelihatan tak bermaya walaupun dia sihat.

"Mama okay, nenek pergi mana?" Renjun tarik hingus kerana potong bawang bombay pula dan tak pasal-pasal menangis sebab penangan bau yang sungguh enak.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now