Pt. 46

383 42 28
                                    

Haechan membuka pintu wad dan menghampiri katil abang kembarnya, dia duduk di kerusi dan menatap Jeno dengan sayu.

Hanya dia saja yang datang dan Jeno pula tiada siapa jaga kerana sibuk dan Siyeun pula balik rumah sekejap selepas jaga suaminya.

"Jeno. Dengar tak apa aku cakapkan ni? " Haechan pegang tangan kirinya dan Jeno perlahan-lahan buka mata kerana sedang tidur semasa dia datang tadi.

"Uh..uh.. (Boleh)" Jeno kelip mata sebanyak dua kali dan Haechan tersenyum dia dapat memberi respon.

"Kau bertambah sihat dengan kacak lah. Apa rahsia kau hah?" Haechan cuba menyembunyikan kesedihan dengan senyum dan ketawa tapi Jeno boleh tahu yang dia menipu.

Jeno hanya pandangnya dengan sayu kerana tidak dapat membalas selain gerakkan mata dan keluarkan suara yang orang tidak boleh faham langsung.

"Aku lupa yang kau dah tak boleh cakap macam dulu. Tapi aku harap suatu nanti kau boleh bercakap walaupun cuma satu perkataan je" Haechan menunduk dan bunyi tangisan kedengaran.

Jeno sekali lagi kelipkan mata dan berharap boleh sentuh Haechan supaya dia boleh bertenang.

"Jangan menangis, aku pun sedih tengok kau macam ni"  Jeno tidak mahu orang sedih lihat keadaan dia yang telah terlantar tapi mereka tidak boleh faham apa yang dikatakan.

Lucas masuk ke dalam bilik dan pakai sarung tangan untuk lihat keadaan Jeno sama ada semakin pulih atau sebaliknya.

"Jeno ada beri apa-apa respon tak semasa Haechan borak dengan dia? " Lucas tukar iv bag kepada yang baru kerana yang lama telah habis.

"Ada, dia kelip mata dua kali dengan keluarkan suara tapi Haechan tak faham apa yang dia mahu katakan" Haechan menggengam tangan Jeno erat. Lucas hanya mengganguk perlahan dan letakkan stelekop pada dada Jeno.

"Degupan dia normal macam biasa. Kita letakkan ubat kat luka ya?" Lucas ambil gunting dan menggunting pembalut kepala Jeno.

Hati Haechan berkecai bila lihat bekas jahitan pada kepala Jeno selepas Lucas buka balutan dan sapukan ubat dengan perlahan kerana takut Jeno akan sakit.

"Hyung, bila Jeno boleh keluar hospital? Haechan cuma tanya je kalau dia boleh balik dalam masa terdekat ni"
Haechan lihat Lucas yang tengah buka sarung tangan dan buang dalam tong sampah selepas digunakan.

"Sekurang-kurangnya kena tunggu dia sembuh sikit. Baru kami boleh benarkan, tapi disebabkan dia lumpuh satu badan. Mungkin kami hantar guna ambulans" Lucas mencatat laporan dalam buku khas.

"Kitaorang boleh gunakan kereta kan? Bawa dia dengan kerusi roda lepas tu dukung dia masuk kereta" Haechan alihkan muka dari Lucas kemudian mengelap peluh di muka Jeno dengan tisu di meja.

"Boleh je tapi kena jaga kepala dia lah, takut sesuatu terjadi nanti dekat dia" Lucas keluar dari bilik selepas selesai menjalankan tugas.

Haechan tarik nafas supaya bertenang dan pandang Jeno semula.

"Kau akan balik, itu janji kitaorang" Haechan tidak lagi sebak seperti tadi dan pandang seseorang yang baru masuk bilik.

Siyeun keluarkan sepaket tisu yang baru dibeli di kedai dan mengelap muka Jeno sehingga tiada lagi peluh.

"Abang lapar? " Siyeun mencium dahinya dan Jeno mengganguk perlahan sambil tersenyum lebar.

"Haechan, tolong keluarkan bekal dalam beg hitam tu. Ada tupperware kecil warna hijau" Siyeun tunjukkan beg yang dia telah letak di atas meja kayu.

Haechan bangun dan keluarkan bekas yang disebut tadi serta mencium bau sedikit.

"Sup cendawan, boleh ke dia makan ni?" Haechan berikan kepada Siyeun dan duduk semula kerana sakit kaki.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now