Special Chapter 5

6.6K 452 13
                                    

Flashback,

"Banyak lagi ke barang yang kau nak beli?"

Aisyah meletakkan jari telunjuk didagunya tanda sedang berfikir. Tak lama itu, dia gelengkan kepala. Rasanya dah cukup kut. Semua bahan-bahan dah ambil.

"Ini je kut. Tapi, sekejap. Kenapa macam ada yang kurang eh?" Aisyah berfikir lagi. Mahu ingat kembali apa yang ingin dia beli.

"Apa, Syah? Cepat ingat balik. Sekejap lagi aku dah kena masuk office."

"Sekejap. Saya lupa lah. Bagi saya ingat sekejap."

Aisyah menggaru kepalanya. Gelisah. Apa yang aku lupa ni. Cepatlah ingat balik. Aduhai! Time macam inilah boleh lupa.

"Ini ke yang Aisyah lupa?"

Satu huluran daripada seseorang membuatkan Aisyah menunduk. Matanya bersinar tatkala bertemu dengan satu bar coklat dairymilk. Terus tangannya merampas coklat itu. Lalu coklat itu ditunjukkan pada Izz yang memandangnya pelik.

"Ha, inilah yang kurang tu. Aduh, macam mana boleh lupa ya. Terima kas- "

"Tapi sekejap. Macam mana dia boleh- Eh?"

Aisyah membuat muka terkejut. Langsung itu dia terus bersembunyi dibelakang Izz. Okay, ini macam tibeh, tapi sumpah! Aku tak kenal orang ini. Tiba-tiba tegur orang.

Nak menggatal eh? Maklumlah, kita ni kan lawa orangnya. Hohoho!

"Awak ni siapa? Saya kenal awak ke?" tanya Aisyah polos.

Lelaki yang menghulurkan coklat bar tadi tergelak. Dia gelengkan kepala.

"Kau buat apa dekat sini? Jarang nampak kau datang tempat macam ni?" tanya lelaki itu.

"Teman adik kau ni lah beli barang dapur. Memang sepatutnya aku half day hari ni, tapi tiba-tiba ada hal sekejap lagi."

Aisyah mengerutkan dahinya. Adik? Abang? Airiel? Tapi bukan Airiel hilang tak dapat dijejak ke? Macam mana boleh ada dekat sini?

Ei, aku peninglah. Janganlah macam ni!

"Adik apa ni? Awak ke adik dia?"

Izz pula yang mengerutkan dahinya. Tak sah kalau tak jadi polos sehari. Aduhai!

"He's your brother, Aisyah. Airiel. Muhammad Airiel."

Automatik mata Aisyah mrmbulat besar. Mulutnya ternganga luas. Biar betul? Tak kanlah abang aku boleh handsome sampai macam ni? Pakai skincare apa ni? Ada tips? Sharelah.

"Tak mungkin! Abang saya dah lama menghilang. Lagi pun, tak kanlah dia handsome sampai macam ni sekali. Sebabnya dulu Airiel ni orangnya comot. Tak sah kalau tak lap hingus dia guna baju. Lepas tu, boleh pula dia calit hingus dia dekat orang. Pengotor betul!"

Uh, sungguh mengaibkan bagi Airiel.

Kutuk abang dekat belakang ❎
Kutuk abang depan-depan ✅

Izz yang mendengar sudah tergelak besar. Seriuslah Airiel dulu macam tu orangnya? Kalau macam inilah, bolehlah dia bahan Airiel ni setiap hari.

Manakala, Airiel pula meraup wajahnya kasar. Astaghfirullah, Aisyah ni kenapa! Kenapa dia pergi cerita dekat orang! Aib aku tu, Syah!

"Hei, aib aku tu. Tak payahlah cerita dekat orang!" Airiel menahan malu. Mujurlah orang-orang di sini tak faham bahasa melayu. Kalau tidak, memang malu tujuh keturunan lah gamaknya.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now