8

28K 1.4K 229
                                    

Aisyah duduk termenung di dalam bilik di rumah tok daddy Izz, Tengku Zachary. Pandangannya dihalakan pada langit yang hitam kebiruan. Jelas terasa sekali air mata bertakung di pelupuk matanya. Selalunya, waktu macam ni, Ayad akan berborak dengan dia. Dia akan dibelai manja sebelum tidur. Tak sampai sehari, dia sudah rindukan adiknya. Itula namanya ego! Dan dia bencikan ego! Ego yang sanggup merosakkan segala-galanya.

Aisyah tewas sekali lagi dengan air mata. Air matanya jatuh menitis di pipi. Sudah banyak kali dia tewas dengan perasaannya. Tewas dengan air mata. Ya Allah, titipkan sikap tenang dalam diri aku! Aku perlukannya! Apa yang kau buat sekarang ni, Ayd? Kau tau tak, aku rindukan kau? Kenapa kau buat aku macam ni?! Apa kurangnya aku?

Esakan mula kedengaran di bilik itu. Dia mahu bersendirian ketika ini. Dia tidak perlukan sesiapa. Dia hanya perlukan ketabahan sahaja. Ketabahan yang mampu membuatkan air matanya berhenti mengalir. Berhenti daripada mengawal hatinya.

Pergilah sedih, pergilah! Biarkan aku keseorangan bersama hati yang kosong. Biarkan aku keseorangan tanpa rasa rindu, sakit dan sedih. Biarkan lah aku diulit kebahagiaan tanpa sesiapa di sisi.

Aisyah menyembamkan mukanya di lutut. Tudung sarung hitamnya dibiarkan berterbangan. Angin malam dingin yang menyapa tubuh Aisyah langsung tidak Aisyah hiraukan. Biarkanlah dia berdikari. Selama ini, adik dia yang uruskan.

Kalau sejuk, Ayad yang tolong hangatkan. Kalau demam, Ayad yang tolong jagakan. Kalau penat, Ayad yang tolong urutkan. Kalau sedih, Ayad yang tolong tenangkan. Semuanya Ayad! Semuanya Ayad yang uruskan.

Izz memasuki bilik Aisyah dengan langkah yang perlahan. Anak matanya tertacap kepada tubuh yang duduk di tepi katil sambil menyembamkan muka di lutut. Dengan pintu balkoni terbuka.

Lantas dia dekati Aisyah setelah meletakkan dulang yang berisi nasi dan lauk makan malam untuk Aisyah. Eva kata, Aisyah kekenyangan. Mahu bersendirian dalam bilik. Semua orang tanya keberadaan Aisyah. Termasuk tok daddy dengan tok mummy. Maklumlah,tetamu bertudung..

Pintu balkoni ditutup rapat. Begitu juga dengan langsir. Lampu bilik dibuka bagi menerangi bilik yang suram itu.

"Kau kenapa ni?" Izz bertanya sebaik sahaja menghenyakkan punggungnya di atas kerusi meja solek.

Anak matanya menikam tepat pada gadis yang duduk membelakanginya itu. Berseorang dalam kegelapan. Masih lagi terasa dengan sikap adiknya la tu.

Aisyah mengangkat wajahnya lalu mengesat air mata. Dia masih berada di dalam posisi yang sama. Duduk ditepi katil sambil memeluk lutut. Jelas sekali kedengaran sedu-sedu yang terhasil disebabkan tangisan tadi.

"Aisyah, kau okey tak ni? "

Aisyah yang tadinya termenung segera menggeleng. Dia memang tak suka simpan perasaan okey tak okey nya. Kalau orang tanya dia okay ke tak, dia akan jawab jujur. Sebab dah terbiasa.

Ayad pernah bagi amaran,kalau sembunyikan perasaan okey tak okey ni, memang dia akan ditinggalkan. Dan akhirnya, memang dia berjauhan dengan adiknya.

Izz menghela nafas perlahan. "Kalau kau nak balik, aku boleh hantarkan."

Aisyah pantas menggeleng. Sisa-sisa air matanya dikesat menggunakan hujung lengan baju tidurnya. Tudung sarung hitamnya dibetulkan.

"Kalau boleh,saya dah tak nak berpatah balik. Saya nak cuba berdikari. Saya dah tak nak susahkan adik saya. Saya susahkan awak dengan kawan-kawan awak ke?"

Izz menggeleng. Riak dingin masih dikekalkan. Bukannya tidak senang dengan kehadiran gadis ini tapi,dia tak selesa dengan perempuan bertudung.

Kalau nak dibandingkan, memang berbeza. Dia pembunuh. Mafia. Tapi tak bermakna solat ditinggalkan. Kalau Aisyah pula, bertudung, alim. Memang tak sesuai.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now