54

18.4K 1K 88
                                    

"Kau nampak tak apa yang aku nampak?" tanya Izz sambil berpeluk tubuh. Matanya tetap memerhati gerak geri anak-anak buah Airiel yang sedang berlatih.

"Apa yang kau nampak? " Airiel mengerutkan dahinya. Airiel memang tak boleh pakai.

Macam mana Nicholas boleh ambil Airiel sebagai peganti dia ni? Ayad lagi better dari budak ni. Takkan kepala dia terhantuk mana-mana bucu, lepastu jadi bengong tak bertempat?

Masalah betul!

"Guo Conda people." anak mata Izz menikam tepat ke arah Paul bersama dua lagi rakannya yang sedang berbual.

"How did you know? " minat Airiel yang tadinya memerhatikan anak-anak buahnya kini beralih kepada Izz.

"Cara dia menembak. Cara dia perhatikan sesuatu dan cara dia menerima arahan."

Guo Conda sebuah kumpulan yang lebih suka memerhati daripada bertindak. Sebuah kumpulan yang kecil tetapi licik. Sudah banyak kumpulan yang tumpas dengan kelicikan kumpulan ini.

Cara menembak mereka pun lain daripada yang lain. Izz kenal kerana Izz pernah bekerjasama dengan kumpulan itu dahulu. Pernah menjadi kawan baik. Ahli kongsi perniagaan. Mereka sangat rapat. Tidak pernah berenggang.

Tetapi semua itu hanya seketika. Semuanya disebabkan oleh ketua Guo Conda, Dylan yang membelot Izz sendiri untuk merampas title The King of Mafia's World.

Title dimana Izz pegang sekarang ni. Ketua segala-galanya. Dan Aisyah pula, Permaisurinya. The Queen of Mafia's World. Tapi sayangnya, Aisyah tidak tahu pun tentang semua ini. Dia juga tidak tahu yang dia sedang diburu oleh ketua-ketua mafia yang lain.

Mujur sahaja rakan-rakan Izz membantu dalam menyembunyikan keberadaan Aisyah sekarang ini.

"And now you believe me? " Izz menjongketkan kening kirinya lalu mengukirkan senyuman senget.













"Dia tak nak cakap dengan kau. Dia menangis."

Kedengaran bunyi orang menghela nafas di talian dan itu membuatkan Jay terasa kasihan. Dalam masa yang sama, dia tergelak di dalam hati.

Padan muka! Siapa suruh tak angkat call bini. Seminggu pergi, seminggu tu juga off telefon. Memang kena la penangan isteri.

"Sambungkan talian dekat dalam bilik." Jay mengangguk lalu menyambungkan talian.

Sementara menunggu Izz habis bercakap dengan Aisyah, baik dia sambung makan. Apa lah? Orang tengah makan, tiba-tiba kacau. Tercekik tahu tak!

Nasib tak mati. Aku mati, bayar insuran dekat mak ayah aku! Dasar anak ngak ada akhlak!

"Aisyah? "

Aisyah yang termenung itu cepat-cepat tersedar apabila satu suara yang tidak asing baginya kedengaran di dalam bilik.

Tetapi, tidak pula dia menjawab. Dia hanya kaku dan mendiamkan diri. Air mata mula bergenang dipelupuk matanya.

Sampai hati!

"Aisyah, did you hear me? " tanya Izz tak putus asa.

Tengah cuba nak pujuk ni. Jangan dimatikan sudah!

"Aisyah, jangan diam. Aku risau. Aku call banyak kali, kau tak angkat. Kenapa? Marah aku? "

Jatuh setitik air mata di pipi Aisyah. Dia tak marah. Cuma, kecewa.

Penat dah nak berharap. Harap, semua ni hanya mimpi. Bangunkan aku dari mimpi ini, Ya Tuhanku!

"Aisyah... " meleret suara Izz memanggil Aisyah. Itu bermakna, kesabarannya sudah kian menipis.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now