25

22.6K 1.2K 136
                                    

Hari berganti demi hari. Sudah tiba masanya Aisyah untuk memberi tahu keputusan kepada keluarga Tengku Zachary sama ada mahu berkahwin dengan Izz, cucunya Tengku Zachary ataupun tidak.

Kalau diikutkan, Aisyah patutnya yang kena beri jawapan sendiri tetapi memandangkan dia tidak sihat, terpaksalah Nek Timah dan Atuk Nichole yang jawabkan.

Encik Zuhairi? Awal-awal lagi kena pulang ke rumahnya. Katanya, banyak kerja pejabat mahu diuruskan. Airiel pula, masuk pejabat seminggu lagi. Nak tenangkan diri.

Dah lama tak jejak Malaysia. Dah lama tak rasa bebas. Semua dah lama sampaikan rupa ibunya pun tidak ingat. Begitu juga dengan nama. Bagi Airiel dan Ayad, dia tidak layak dipanggil ibu.

Mereka tersangatlah yakin yang Puan Hayati bukannya ibu kandung mereka. Bukan wanita yang melahirkan mereka. Bukan wanita yang menyusukan mereka. Tak sama sekali bukan.

Pasti ada agenda lain yang berlaku beberapa tahun lepas. Itu hanyalah andaian Airiel dan Ayad.

Tapi kalau betul, alhamdulillah. Mereka pun tidak suka dengan Puan Hayati. Mulut manyak sangat longkang! Suka mengumpat sana sini. Bagi penampar sejibik baru tau!

"Jadi, apa keputusan Aisyah? "

Atuk Nichole dan Nek Timah berpandangan sebelum wajah Airiel dan Ayad dipandang untuk meminta kepastian.

Airiel dan Ayad mengangguk sahaja lalu tersenyum. Senyuman yang penuh dengan muslihat. Pasti ada kejutan untuk Aisyah di majlis perkahwinannya nanti.

Kejutan yang akan membuatkan Aisyah menangis. Bercampur dengan terkejut, gembira dan lain-lain.

"Aisyah setuju. Kalau itu yang terbaik untuk dia, dia terima. "

Tengku Zachary dan Tengku Lola tersenyum bersyukur. Tidak perlulah mereka berpenat lelah mencari jodoh untuk cucu sulung mereka.

"Bila tarikhnya? "

"Izz ada bagitahu yang dia nak mempercepatkan pernikahan dan persandingan mereka. Mungkin bulan depan? Okay tak? "

Airiel dan Ayad mengangguk setuju sahaja. Ayah? Awal-awal lagi dia bersetuju. Tak kira apa-apa pun. Kalau itu yang terbaik untuk satu-satunya puteri dia, dia bersetuju.

Kalau orang itu ikhlas menjaga dan membimbing puteri nya, dia okay sahaja. Tetapi kalau ada niat untuk disakiti, maaf. Akan dia tentang dan bantah habis-habisan.

"Kami okay je. Tak ada masalah tapi sempat ke nak siapkan semuanya? Tarikh pun hampir-hampir je sekarang ni. "

Tengku Lola tersenyum. "Pasal semua tu, tak perlu risau. Izz awal-awal lagi dah siapkan. Tunggu jawapan daripada Aisyah sahaja. "

"Iyalah! Harap-harap pernikahan dan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar."

Mereka semua megangguk setuju. Masing-masing tak sabar dengan pernikahan di antara jejaka dingin yang digelar King dalam dunia mafia dan gadis berwajah manis lagikan pemalu.

Pasti meletop!












"Macam mana? "

Dengan nada yang perlahan bersama suara serak, mata kuyu, Aisyah bertanya sambil meletakkan kepala di kepala katil. Bibirnya serta mukanya pucat habis.

"Tengku ada bagitahu yang pernikahan akan dicepatkan. Bulan depan katanya. Permintaan Izz sendiri. "

Ayad mengangguk tanda betul. Tak sangka pula yang Si Izz tu akan percepatkan pernikahan dia dan kakaknya. Bukan apa, cuma dia tak bersedia lagi nak berjauhan dengan kakak kesayangannya.

Dia Mr. Mafia ✔️ Onde as histórias ganham vida. Descobre agora