4

30.9K 1.6K 95
                                    

"Macam mana dengan Aqif? Any news? "

Arshad anggukkan kepala. Matanya ralit memandang skrin komputernya. Papan kekunci ditekan-tekan. Skrin yang menunjukkan maklumat tentang musuhnya mahupun orang-orang terdekat.

"Dia tengah cari dua beradik tu. Dia takkan sesekali lepaskan dia orang kalau dah dapat. Dan... "

"Ada orang tengah cari dia jugak." Arshad menikam tepat ke arah Izz yang duduk tenang bersandar di sofa.

Izz kerutkan dahinya. "Siapa?"

"Engku Fatimah... " balas Arshad lalu mengetik lagi papan kekunci komputer ribanya.

"Siapa Engku Fatimah?" Tanya Jay di sebelah Irshad.

Irshad dengan Jay memang rapat. Dekat mana ada Irshad, dekat situ la Jay. Senang je nak cari Jay ni!

"Nenek aku..."

Balas Ayad dari arah belakang. Mereka semua tersentak lalu menoleh ke belakang. Arah tangga. Tempat di mana Ayad sedang menghampiri mereka semua dan melabuhkan punggungnya di atas sofa sebelah Amer.

Semua mata tertumpu pada Ayad yang duduk tenang. Tertanya-tanya. Apa yang membuatkan dia ke sini.

"Kau dengar semuanya?" Tanya Izz dingin. Marah mungkin dengan tindakan Ayad yang seakan-akan kurang ajar.

Ayad tergelak sinis. "Nampak gayanya, macam tu la."

Izz menahan sabarnya. Kalau bukan disebabkan Engku Fatimah tu nenek budak ni, memang mati aku kerjakan.

"Kau nak buat apa dengan nenek aku?"

Ayad beriak dingin selepas ketawa sinis. Satu-satunya ahli keluarga yang dia dan Aisyah ada. Yang sudi membantu mereka.

"Kita orang cuma nak siasat pasal nenek kau je. Yang lain,tunggu arahan Izz." Jawab Amer.

"Jangan sesekali sentuh nenek aku!" ujar Ayad berbaur amaran keras. Pantang kalau neneknya diusik sikit. Izz tergelak sinis. Dia memandang Ayad dengan riak mengejek.

"Aku tak janji... "

Ayad sudah mengepalkan tangannya membentuk penumbuk. Hatinya panas.

Kalau bukan sebab lelaki ni dah beri keselesaan dekat aku dengan kakak aku, dah lama muka kau pecah.

"So, lepas ni kau nak buat apa?" Tanya Irshad bagi meredakan ketegangan diantara mereka.

"Aku nak pergi jumpa Engku. Nak tanya pasal Aqif. Aku harap kau boleh bantu..." kata Izz seraya memandang Ayad dengan senyuman senget. Tangannya disilangkan di dada. Keluar segala urat-urat hijau di tangan.

Ayad jeling menyampah lalu mengangguk setuju. Lebih baik setuju. Lagipun dah lama tak jumpa nenek. Entah sihat ke tak orang tua tu.

"Boleh, tapi dengan satu syarat."

Mereka semua menjongketkan kening tanda tertanya-tanya.

"Kakak aku kena ikut sekali."

Bunyi dengusan kasar membuatkan mereka berpaling. Dan Ayad...

Tersenyum sinis. Suka dapat balas balik.

"Kau tahu kan? Kalau kita angkut dia sekali, Aqif akan dapat jejak! Kau nak ke dia jadi buruan?" marah Izz lalu naik ke bilik.

Bam!

Pintu dihempas kasar oleh Izz membuatkan bahu mereka terhinjut. Semua sudah gelisah tapi bukan bagi jejaka yang bernama Muhammad Ayad.

Makin lebar senyumannya. Kita tengok macam mana keadaan esok pagi. Dia bagi Aisyah pergi punya. Sebab kalau Aisyah tak pergi,aku pun tak akan pergi. Kalau aku tak pergi, makin susah la kerja dia orang.









Aqif menghembuskan asap rokok di udara. Baju kemeja dengan butang tiga teratas terbuka membuatkan dirinya menjadi tumpuan perempuan-perempuan di club.

Bunyi muzik yang berdentum kuat langsung tidak menghalang dia daripada duduk lama di dalam club itu. Makin dia suka adalah.

Rata-rata mereka sedang berjoget tanpa malu, teguk air arak tanpa rasa berdosa. Diraba dan meraba tanpa rasa tidak selesa. Allahuakbar! Sungguh Allah murka dengan mereka!

"Macam mana dengan dia orang? Dah dapat jejak?" Tanya Aqif sambil mengemam rokok tadi.

"Belum,Tuan. Mereka hilang macam tu je. Saya rasa seperti mereka dilindungi oleh seseorang. Dan mungkin orang tu orang yang paling berpengaruh?" Jawab Man sebagai orang kanan Aqif yang duduk di sebelah bosnya.

Aqif kerutkan dahinya. Rambut dikuak kebelakang menghalang daripada halang pandangannya.

"King? " Man menjongketkan bahunya.

"Saya pun tak pasti. Boleh jadi berkemungkinan besar ataupun mustahil. Itu je yang dapat saya katakan." Aqif mengangguk faham. Dahi berkerut sambil memikirkan sesuatu.

Tak mungkin King akan bantu dia orang. King tak pandang orang macam dia orang.

Dalam diam, ada dua orang sedang memerhatikan perbuatan dia. Bertopi dan berjaket hitam di tempat yang jauh daripada penglihatan orang-orang Aqif.

Mereka berdua tersenyum sinis sebelum berkata menggunakan earpiece yang terletak elok di sebelah telinga.










Aisyah mengerutkan dahi sambil menutup pintu bilik. Tujuan dia keluar dari bilik untuk melegakan tekaknya yang haus tapi tergendala tatkala terdengar bunyi suara orang bergaduh dekag ruang tamu. Terus dia tidak jadi mahu ke dapur.

Langkah dituju ke arah katil yang berada di tengah bilik. Katil queen dengan cadar berwarna merah jambu lembut. Dipadankan lagi dengan dinding bilik yang berwarna merah jambu. Memang bilik untuk perempuan. Macam tahu-tahu je warna kegemarannya berwarna merah jambu.

Aisyah menghenyakkan punggungnya di atas katil dengan wajah yang berkerut. Takkan la diaorang gaduh sebab aku dengan Ayad dekat sini? Tapi kenapa aku macam terdengar suara Ayad? Dia ke yang bergaduh?

Semakin kusut fikiran Aisyah apabila memikirkan hal yang terjadi sebentar tadi. Dia ke puncanya?

Aisyah mengusutkan rambutnya dan menayangkan riak wajah stres. Salah satu cara untuk mengetahui yang dia stres. Dan salah satu cara untuk dia menghilangkan stres.

Lama kelamaan, Aisyah terlena di atas bantal yang empuk. Boleh gila dia jadinya apabila berfikir panjang. Sebab tu dia tak suka sangat bersosial. Boleh mengusutkan minda dia. Apa-apa, dia akan serahkan pada Ayad dan biar Ayad yang selesai.

Di tingkat 3 pula, Izz merenung ke arah langit yang hitam kebiruan di balkoni biliknya. Bunyi cengkerik memeriahkan lagi suasana malam nya. Otak nya bercelaru. Fikirannya kusut. Hati nya panas.

Haih! Izz mengeluh tanpa dia sedar. Entah apa yang dia nak marahkan sangat bila Aisyah akan ikut sama dalam perbincangan tadi. Bukannya tak boleh. Boleh. Tapi dia risaukan keselamatan Aisyah.

Risau jika Aqif dapat jumpa dan culik Aisyah. Risau dengan keadaan sekeliling yang akan membahayakan nyawa Aisyah. Entah apa yang merasuk dirinya. Tak pernah-pernah dia serisau ini. Risau pada seorang gadis pula tu. Gadis yang bukan kenalan dia mahupun berkenalan dengan dia.

Adik Aisyah pula. Cukup buat dia rasa tercabar. Mahu sahaja dia menumbuk muka lelaki itu tadi, kalau tak disebabkan lelaki itu berguna untuk misi esok, memang lunyai dia kerjakan.

Pantang bila orang cabar diri dia tanpa memikirkan apa yang akan terjadi. Jangan sesekali mencabar kalau diri sendiri akan jatuh. Itu pesanan buat dirinya.

Lama Izz berfikir. Dan dia akur. Dia membenarkan Aisyah mengikuti mereka. Kalau tinggal dekat rumah, mungkin Aisyah akan keseorangan memandangkan semua orang akan bekerja.

Tak lama itu, Izz mengambil keputusan untuk dibuai lena. Jam pun sudah menunjukkan jam 1 pagi. Mata sudah mula memberat. Mulut tak henti-henti menguap. Tidur je la!

Tepat jam 1.10 pagi, Izz terlena di atas katil selepas mencuci muka dan menggosok gigi. Lampu bilik ditutup dan lampu tidur dibuka.

Malam yang dingin menyapa mereka semua. Angin malam menyapa tubuh mereka membuatkan mereka membungkuskan diri dalam selimut tebal.





Tbc.....

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now