29

24K 1.2K 51
                                    

"Airiel, Ayad."

Mereka berdua menoleh. Susuk tubuh atuk mereka singgah di mata mereka. Mereka tersenyum lalu mempamit atuk mereka duduk di sebelah mereka.

"Ada apa, tuk? "

Atuk Nichole mengambil tempat di antara dua cucu lelakinya. Masing-masing dah besar. Dah matang. Boleh jaga diri sendiri.

Sungguh dia bangga dengan cucu-cucunya.

"Kalau atuk bagitahu something ni, jangan terkejut pula. " Atuk Nichole tergelak kecil.

Sudah lama sebenarnya dia memikirkan tentang hal ini dan mahu memberitahu kepada dua cucu lelaki kesayanganya, tetapi tiada masa.

Bukannya dia tidak mshu memberikan amanat ini kepada cucu lelakinya yang lain, tapi cuma kepercayaan itu tak ada untuk mereka. Kepercayaan ini hanya ada pada Airiel dan Ayad sahaja.

Airiel dan Ayad berpandangan sebelum menggeleng kecil. "Kalau benda tu tak mengarut, tak de la kita orang terkejut."

Atuk Nichole menganggukkan kepala. Nafas ditarik dan dihembus dengan rasa berat sekali. Niat tidak mahu membebankan orang lain, tapi dia betul-betul perlukan pewaris.

"Atuk nak kamu berdua ambil alih kumpulan atuk. "

Airiel hanya beriak biasa manakala Ayad terlongo besar. Riak wajah Ayad seakan-akan tidak percaya.

Ma... Mafia?

"Tapi, Loise kan ada untuk handle?"

Atuk Nichole mengangguk setuju.

"Memang Louise ada, tapi dia bukan dari keturunan atuk. Seorang ketua mafia yang mempunyai keturunan perlu mengambil keturunannya sebagai pewaris untuk masa hadapan. Jadi, atuk amanatkan kamu berdua untuk ambil alih supaya kumpulan atuk tidak jatuh ke tangan yang salah. Jika jatuh ke tangan yang salah, serta merta orang yang tidak bersalah pun ditindas. "

Airiel anggukkan kepala tanda memahami. Wajah adiknya dipandang. Ayad masih lagi dalam terkejutnya.

Lantas Airiel menyenggol bahu Ayad untuk menyedarkan adiknya dari terus termenung. "Kau kenapa ni? "

Atuk Nichole turut memandang Ayad. Dia tahu yang Ayad terkejut, tapi dia perlu atau wajib memberitahu. Bukan kehendak dia untuk menjadi seorang ketua mafia yang terhandal.

Ada sebab mengapa dirinya terbabit dalam dunia gelap ini. Dan biarlah itu menjadi rahsia untuk dirinya.

"Ayd tak percaya yang atuk ketua mafia. " Atuk Nichole sedikit mengeluh.

"Ayd, apa yang atuk perlu buat untuk Ayd percaya yang atuk ketua mafia? Riel pun tahu. Nenek pun tahu. Ayah pun tahu. Mama pun tahu. "

"Kakak? "

Airiel dan Atuk Nichole terdiam.

Ayad tergelak sinis. Riak mengejek ditayangkan. "Kakak tak tahu kan? Kenapa? Kenapa kakak tak tahu? Kenapa orang lain boleh tahu, sedangkan kakak tak boleh tahu? Jangan buat dia jadi orang bodoh la! Aisyah pun ada hati dan perasaan. Kalau dia tahu kita rahsia kan semua ni dari dia, tak mustahil dia akan berkecil hati. "

Seraya itu, Ayad menyarungkan seliparnya dan berlalu pergi meninggalkan Airiel dan atuknya berdua.

Kelibat Ayad hilang dari pandangan mereka berdua. Airiel memerhatikan atuknya. Tampak muram dari biasa. Terasa hati dengan kata-kata Ayad, mungkin?

"Atuk, biarkan Ayad tu dulu. Bagi dia masa. Lama-lama nanti, dia akan faham jugak dengan situasi ni. Buat masa ni, biar Louise uruskan. Bila Ayd dah okay, baru kita bincang balik. "

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now