50

18.2K 1K 52
                                    

Splash!

Aisyah yang sedang makan itu, terbangun dari duduknya apabila secawan minuman terjatuh di atas kepalanya.

Mereka semua yang sedang menjamu itu terbangun juga lalu meluru ke arah Aisyah. Dipanah gadis yang bertanggungjawab untuk menghantar minuman itu.

Mukanya nampak bersahaja je. Langsung tiada riak bersalah. Malah, dipandang sinis pula pada Aisyah.

"Ops! Sorry, tak sengaja. Eh? Sengaja." acuh tak acuh sahaja gadis itu meminta maaf.

"Kau ni, apasal haa? Where is your manners! " jerkah Amer bagi pihak mereka semua.

Mujur hanya mereka sahaja di dalam restoran itu memandangkan restoran yang mereka kunjungi ini merupakan sebuah restoran yang tertutup.

Mereka yang lain memandang gadis itu tajam. Seakan-akan mahu membunuh. Tidakkah dia tahu yang dia sudah membuat salah kepada orang yang salah?

"Mer, it's okay. " Aisyah tersenyum lalu mengibas-ngibaskan tudungnya dimana tempat ais air yang dipesan itu jatuh.

"See? She is fine. Why do you want to scold me?" balas gadis itu dengan riak menyampah.

Aisyah pula dipandang atas bawah. Ergh! Perempuan kampung. Low class!

Ada yang makan peluru kejap lagi karang! Macam mana boleh ada pekerja yang tak beradab dekat sini?

"I'm so sorry miss! She's a new worker. I'm so sorry behalf on her attitude."

Datang pula gadis yang mengambil pesanan mereka tadi untuk meminta maaf. Dari minggu lepas, asyik macam ni je! Lepas tu tak reti nak minta maaf.

Kenapa bos tak berhentikan dia je ni? Menyusahkan kami!

"It's okay. I'm okay. Just a little accident. "

Tengok tu, dah basah kuyup pun, masih lagi boleh tersenyum. Ya Allah, kenapa baik sangat kau punya isteri ni, Izz Farhan!

"Mel, ambilkan baju Puan dalam kereta. Dekat bahagian seat belakang." Melinda mengangguk lalu berlari anak keluar dari restoran.

Dia juga marah dengan perempuan ini. Sudah la buat salah! Tak minta maaf pula tu. Panas pula hati aku ni!

"Kau memang kurang ajar la! Malang betul orang yang ambil kau sebagai pekerja. Memang patut orang tak ambil kau sebagai pekerja. Sebab tak ada adab! Entah mana adab kau dengan orang! " ujar Irshad pula yang sedari tadi hanya berdiam diri.

Perempuan ni memang melampau! Makin lama dibiarkan, makin menjadi-jadi!

Mata perempuan itu membesar. Dia kata aku tak ada adab?

"Hello? You siapa nak kata I tak ada adab? Mak ayah I ke? "bidas perempuan tu kembali.

Harap muka je kacak, tapi mulut lancang! Baru je nak buat jadi boyfriend.

"Dah kau memang tak ada adab! Nak minta maaf pun susah! Menyusahkan orang lain nak kena minta maaf untuk kau. Harap muka je cantik, tapi hati busuk! " ujar Jay pula.

Dia memang suka situasi macam ni. Dia suka ceramah dekat orang yang suka menyalak. Best!

"You ni kan! "

"Apa? Nak lawan? Sini ah! "

Perempuan itu mengetap giginya kuat. Sakit hati betul dengan lelaki ni. Ingatkan nak back up dia. Rupanya, dua kali lima! Sama je macam lelaki tadi.

Hampeh!

"Kami minta maaf sangat-sangat atas kelakuan dia yang tidak beradab. " Waiter tadi menunduk memohon maaf berkali-kali.

Dia Mr. Mafia ✔️ Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin