27

22.5K 1.1K 15
                                    

"Dari mana ni? Berpeluh bagai. " Tanya Tengku Lola memandang cucunya atas bawah yang basah dengan peluh.

Izz mendekati peti ais lalu diambil sebotol air sejuk bersama segelas cawan. Air sejuk itu dituang ke dalam gelas lalu diteguk rakus.

"Gym, dengan Danny tadi."

Tengku Lola mengangguk faham. Sudah kebiasaan pada pagi hujung minggu. Pasti Izz dan adiknya meluangkan masa bersama sama ada di gym, gelanggang bola keranjang, futsal, bilik menembak ataupun boxing.

Memang itu rutin mereka mereka. Jika ada kesempatan, rakan-rakan Izz akan turut serta. Ada kalanya mereka sibuk dengan hal masing-masing.

Tak boleh nak selalu lepas sama-sama. Tapi hari yang paling diaorang semua suka, Ahad! Hari bergembira dan bersuka ria. Dapat lelapkan mata lama-lama.

Dia punya feel tu, memang tak boleh bawa berbincang.

"Okay la tok mummy. Izz naik atas dulu. Nak mandi. " Pamit Izz selepas membasuh cawan yang digunakannya tadi.

Puas Aisyah melarang, tetapi tetap juga nak basuh. Dan akhirnya, Aisyah kalah apabila dipanah tajam oleh si suami.

Kalau melawan lagi, takut dicopkan derhaka pula. Baru kahwin sehari, dah mendapat title isteri derhaka. Nauzubillah!

Tengku Lola mengangguk lalu dipandang kelibat cucunya sehingga hilang dari pandangan. Di dalam hati, sudah tertanya-tanya dengan diri sendiri.

Boleh ke Izz jaga Aisyah?

Boleh ke Izz bahagiakan Aisyah?

Boleh ke Aisyah terima pekerjaan Izz nanti?

Boleh ke?

Boleh ke?

Naik pening mahu menjawab sendiri. Kadang-kadang, rasa yakin tu ada dan kadangkala, rasa kurang yakin itu pun ada.

Izz tu bukannya boleh fokus dalam satu perkara sahaja. Ada je nak uruskan itu, uruskan ini. Akhirnya, diri sendiri yang sakit. Tapi, bila diri tu lah yang jarang sakit, macam-macam nak dibuatnya.















"So, he's married? "

Blade mengangguk. Wajah ketuanya dipandang dengan riak menyampah.

Dia hanya seorang anak buah King yang ditugaskan untuk menjadi spy di dalam kumpulan mafia ini, yakni kumpulan BlackLeo yang diketuai oleh Ian Declan.

Musuh ketat ketuanya.

Masuk sahaja kumpulan ini, terus jadi orang kanan Ian dan makin senang la kerjanya bagi membantu King untuk menumpaskan kumpulan ini. Setakat ini, tiada sesiapa lagi yang perasan akan tindakannya dan gerak gerinya. Betul apa yang King katakan. Kumpulan ini tidak cerdik tetapi kuat dan hebat dalam melawan.

"What we need to do next?"

Ian menyeringai sinis. Badan disandarkan di kerusi sebelum kakinya disilangkan.

"Find information about his wife. Update to me ASAP! "

Blade mengangguk faham. Dalam diam, dia tersenyum sinis.

You'll not get what you want cause I will take the first step!

"Le istruzioni sono seguite! (arahan dipatuh!) " Balas Blade seraya menunduk lalu melangkah keluar daripada bilik.

Tak dapat hapuskan kau, bini kau pun jadilah. Baru puas tengok kau merana, melalak merayu dekat aku.

Baru kau tahu siapa yang lebih hebat!










Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now