49

17.8K 993 27
                                    

"Jom, Syah. Kita turun makan. Pagi tadi pun, kau makan sikit je. Susu pun tak minum. "

Aisyah menggeleng perlahan. Paksa lagi? Tak nak lah! Tak suka! Tak ada selera!

Zaty, Eva dan Melinda memandang sesama sendiri sebelum menghela nafas. Sudah puas mereka pujuk. Tetap tiada hasil. Ini mak yang merajuk ke, anak yang merajuk?

Dari pagi tadi, lepas sahaja balik dari hantar Izz dan Airiel di lapangan terbang, Aisyah terus berkunci dalam bilik. Sampailah sekarang. Langsung tak jamah apa-apa makanan lagi.

Risau? Semestinya! Izz ada kata yang malam semalam, Aisyah tak jamah apa-apa. Sekadar susu untuk mengisi perut. Takut juga kalau jadi apa-apa pada kandungan.

"Kau tak boleh macam ni, Syah. Kalau kau tak ada selera makan pun, fikir la anak dalam kandungan tu. Mak dia dari malam tadi tak makan apa-apa. Mesti dia lapar juga. " pujuk Eva pula.

Melinda mengangguk setuju. "Betul tu, Puan. Kami risaukan kesihatan puan dengan kandungan puan tu. Kalau puan sakit, mesti kami akan dimarahi. Puan tak kesiankan kami ke? " jujur Melinda berkata.

Zaty dan Eva merenung Melinda tajam sebelum diluku kepala Melinda kuat. Melinda berdecit kesakitan.

Apa? Orang cakap betul kan? Apa yang salahnya?

Dasar la anak Chew ni! Memang nak mati agaknya!

Mendengar luahan itu, Aisyah mengangkat kepalanya dari menongkat di lutut. Muka rasa kasihan ditayangkan.

"Fine! Tapi aku nak makan dekat luar. Dah lama tak makan luar. Boleh? "

Eva, Zaty dan Melinda terkulat-kulat. Pulak dah! Mel punya pasal lah ni! Makanan dekat dapur tu, siapa nak makan? Aku?

Melihat panahan mata tajam itu, Melinda tersengih menggaru kepala. Sorry guys! Tak tahu pulak dia craving makan luar.

"Boleh? " Aisyah bertanya sekali lagi. Matanya bersinar-sinar mengharapkan sesuatu.

Lama kelamaan, mereka akur. Mereka kalah. Tak dapat nak melawan. Karang kalau cakap tak boleh, berkurung pulak sampai esok.

Aisyah bersorak gembira. Terus sahaja di turun dari katil dan berlari masuk ke dalam walk in closet. Mencari baju yang sesuai untuk dipakai nanti.

Eva dan Zaty memanah anak mata Melinda tajam sekali lagi. Budak ni memang!

"Kita orang tahu, kau yang belanja Puan. " seraya itu, mereka berdua meninggalkan Melinda yang terpinga-pinga keseorangan.

Melinda membuat muka. Eleh, ingat aku tak ada duit ke? Baru je semalam King masukkan duit. Haa, kau ada ke?














"Kau nak makan apa? Dekat sini semua sedap-sedap. Izz sebelum kahwin, suka makan dekat sini. " Aisyah menayangkan riak tidak percaya.

Suaminya tak pernah cerita pun dekat dia pasal restoran ni. Suka berahsia la dia ni.

"Apa yang paling sedap? Best seller punya? " Eva mengetuk dagunya tanda berfikir.

"Aku pun tak pasti sebab jarang datang sini. " Zaty yang duduk disebelah Aisyah itu pun mengangguk setuju.

Jarang la mereka datang sini kecuali Izz yang nak belanja makan. Ngeh!

"Kalau macam tu, apa-apa je la. Aku tak kisah. Aku makan je. Kau orang pesan la sekali nak makan apa. Aku belanja hari ni. "

Amer, Arshad, Irshad, Jay, Aki dan Reed yang duduk di meja sebelah sudah menyengih apabila dapat greenlight.

Baru nak suruh belanja. Tahu-tahu je.

"Betul ke ni, Puan? Tak apalah, saya pakai duit saya sendiri. " tolak Reed dengan sopan.

Tidak mahu la dia menyusahkan adik kepada ketuanya ini. Dia ada duit sendiri. Boleh beli sendiri. Bukannya tidak mampu.

Aisyah tersenyum manis. "Tak apa, saya ikhlas nak belanja. Pesan je. Bukan selalu saya dapat keluar rumah. "

"Ceh, jual mahal! Bukan selalu Aisyah ni nak belanja orang. Maklumlah, Izz tu kan macam singa. Pantang isteri susah sikit, terus melenting! " Aisyah mengangguk setuju.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Jay itu. Suaminya bukan boleh dibawa berbincang. Sikit-sikit melenting. Sikit-sikit mengamuk. Ngeh!

Reed berfikir dua tiga kali. Nak ke tak eh? Perut pun dah berbunyi lain macam dah ni.

"Tak pe, Syah. Dia nak tu. Kau pesan je la apa-apa. Kita orang makan je. Janji masuk perut dan kena dengan selera kita orang. " mereka mengangguk setuju.

Aisyah mengangguk. Waiter yang disedarinya tadi dipanggil untuk memesan.

"Selamat datang, Puan. Pesan? " tanya gadis kecil ini. Nampak gayanya seperti budak sekolah.

Bagus! Kecil-kecil dah pandai cari rezeki.

"Saya ambil set yang ni. Untuk dua meja. " jari ditundingkan pada buku menu.

Gadis itu tersenyum lalu mengangguk. Ditulis pesanan itu di atas buku kecil.

"Itu sahaja? "

"Kau orang nak apa-apa lagi ke? " untuk kepastian, Aisyah bertanya lagi. Mana tahu, tak cukup untuk mereka nak isi perut.

"Kitaorang nak ni, ni dengan ni. Boleh? "

Jari mereka ditundingkan pada menu Chicken Chop, Lamb Chop, dan lain-lain. Mahal-mahal pula tu. Sengaja je dia orang nak buli si Aisyah ni.

Aisyah ni pun satu, lurus bendul! Ikut je kepala dia orang. Aku pula yang geram!

"Agak-agak la wey! Kalau King tahu yang kau orang buli dia macam mana? Mati kita! " Jay membuat muka.

Annoying pula aku dengan perempuan ni!

"Dia tak akan tahu kalau kau tak buka mulut murai kau tu! "

Mata Zaty membulat besar. Dia kata aku mulut murai! Dasar Jay anak ngak ada akhlak!

"Amboi kau! Habis mulut tu? Mulut longkang!" balas Zaty pula. Geram pula aku dengan anak pungut ni.

"Melebih la kau, perempuan!" Jay sudah bangun dari tempat nya mahu menyerang Zaty yang selang beberapa kerusi dari tempat nya.

Belum sempat Jay mahu menarik rambut ekor kuda Zaty, Arshad terlebih dahulu menghalang. Gentle gitcheww!

"Duduk tempat kau sebelum pecah muka kau dekat sini. Tak malu ke orang tengok? "

Jay mendengus tidak puas hati. Melihat senyuman mengejek daripada Zaty itu, menambahkan lagi kemarahannya. Kalau tak disebabkan Arshad ni halang dia, dah lama dia tarik rambut Zaty tu sampai botak.

Menyampah la aku!

"Nak gaduh-gaduh buat apa? Pesan je la apa-apa. Izz tak marah nya. Diam-diam sudah la. Ni rahsia antara kita." ujar Aisyah sambil mengeluarkan sejumlah wang dari beg silangnya untuk diberikan kepada waiter tadi.

Hampir seratus ringgit juga habis untuk 10 orang makan. Tapi tak mengapa. Asal perut kenyang, sanggup berhabis duit.

Aisyah tersenyum lalu menghantar pemergian waiter tadi ke dapur. Baik budak ni. Sopan.

Agak-agak nya, Izz jatuh cinta tak dengan budak ni? Tak mustahillah kan Izz jatuh cinta dekat budak ni. Sudah la baik, cantik. Manis pula tu senyumannya.

Sesiapa sahaja boleh jatuh cinta. Termasuk suaminya.

Beberapa minit selepas itu, pesanan mereka tiba. Penuh juga meja panjang ni dengan makanan-makanan yang dipesan. Ni belum lagi termasuk air.

Entah habis ke tak. Insya Allah, habis memandangkan selera mereka semua besar. Maklumlah, dah lama tak makan macam ni. Asyik sayur je!

King punya pasal lah! Paksa-paksa pula!















Tbc...

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now