58

19K 1K 77
                                    

"Aisyah? "

"Assalamualaikum!"

Izz mengerutkan dahinya. Mana pula pergi mak buyung ni? Dah sarat pun, still nak jalan sana sini. Mana tak bengkak kaki tu.

Kakinya membuka langkah ke ruang dapur pula. Tiada juga. Kemana Aisyah pergi ni?

Izz sudah tak sedap hati. Telefon yang berada di dalam poket diambil lalu nombor telefon Aisyah di dail.

Tut tut!

"Nombor yang anda dail..."

Izz merengus tidak puas hati. Tidak mungkin Aisyah pergi tanpa meminta izin daripada dirinya. Kalau nak pergi ke mana-mana pun, pasti akan di inform dahulu.

Kalau tak Aisyah yang beritahu, anak-anak buah dia. Tak mungkinlah anak-anak buah dia tidak beritahu apa-apa.

Belum sempat dia berfikir lagi, tiba-tiba alarm kecemasan kedengaran di setiap pelosok rumah. Keadaan bertukar menjadi tegang.

Anak-anak buah Izz mula bergerak mengikut barisan dan berkumpul di sesuatu tempat tersorok di dalam rumah itu. Termasuk Amer, Arshad, Irshad, Jay, Aki, Eva, Zaty dan Melinda. Mereka turut berkumpul bersama di bilik bawah tanah.

Dum!

Pintu dihempas kuat oleh Izz. Wajahnya merona merah tanda marah. Dia tahu apa yang terjadi.

Bilik itu bertukar sunyi. Mereka semua diam meneguk liur apabila direnung dan dipanah tajam oleh tuan mereka.

Kalau keadaan macam ni, bukan Sir dah yang ditunjukkan. Pasti King akan keluar sebentar lagi.

"Mana bini aku? "

Diam. Sunyi.

Tiada sesiapa yang menjawab pertanyaan Izz. Mulut mereka bagaikan digam kuat. Nak bercakap, tetapi suara tidak mahu keluar. Rasa seperti, suara pun gerun dengan King sekarang ini.

"Aku tanya sekali lagi. Mana bini aku! " keluar segala urat ditangan dan dimuka Izz.

Sekarang bukan masa untuk membuat lawak, bergelak sakan, berborak. Tak.

Sekarang ni dia bertanya. Mana Aisyah? Di mana Aisyah sekarang?

"We don't know... " takut-takut salah seorang daripada mereka menjawab.

Izz tergelak kecil. Kalau Izz gelak time waktu genting macam ni, sah! Dia tengah tahan marah yang meluap-luap.

Bila-bila masa je perabot-perabot dalam bilik ni rosak teruk. Semuanya disebabkan kemarahan Izz yang tidak dapat dikawal.

"Are you kidding me? You don't know? Seriously?"

Mereka mengangguk serentak. Termasuk mereka bertujuh. Arshad pula sedang fokus pada komputer ribanya untuk mengesan lokasi keberadaan Aisyah.

Kali ini, mereka betul-betul menyorokkan Aisyah di tempat yang tidak dapat diketahui. Sama ada, gudang di kawasan pedalaman, ataupun overseas...

"Kau orang makan gaji buta ke! Apa guna aku bayar kau orang tapi buat kerja macam tahi, ha? Apa tugas kau orang yang sepatutnya? Melepak? Bergelak sakan? Berborak? Macam tu! "

Mereka menelan liur lagi. Apa salah kami, Ya Allah! Sering dimaki hamun. Apalah nasib...

Izz mendengus kuat lalu menghempaskan diri di sebelah Arshad bersama komputer ribanya.

Kepala dipicit perlahan-lahan. Dekat mana kau orang sorok bini aku? Ya Allah!

"Dah ada apa-apa maklumat? "

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now