31

24K 1K 133
                                    

Aisyah berlari anak mendekati Izz yang sudah berdiri di pintu rumah sambil memakai kasut. Sambil berlari, dia mengikat rambut panjangnya. Amat merimaskan tetapi Izz sendiri tidak bagi potong. Izz lebih suka panjang seperti ini.

Jadi, dia ikutkan sahaja kata suami. Apa yang terbaik, dia ikut.

"Aku pergi dulu. Kunci pintu. Aku ada bawa kunci spare. Jangan tunggu aku balik. " Aisyah mengangguk. Bibirnya tak lekang daripada mengukirkan senyuman manis.

Kedua-dua tangannya dihulurkan dan membuatkan Izz tertanya-tanya. Dipandang tangan itu dengan kening yang terjongket.

Melihat kebingungan Izz, Aisyah tergelak kecil. "Nak salam. "

Izz tergamam. Speechless. First time and feel dia lain macam. Walaupun begitu, dia tetap menghulurkan tangannya untuk disalam dan dicium oleh Aisyah.

Aisyah tersengih selepas bersalaman. Dia pun terkejut sebenarnya. Tiba-tiba sahaja berperangai pelik. Macam mana tak terkejutnya si suami tu.

"Take care. Jangan balik lewat."

Izz menahan senyum. Tingkah laku Aisyah berjaya mencuit hati kerasnya. Nampak seperti tak lama lagi hatinya akan cair dengan kecomelan Aisyah Saffiya.

Izz mengangguk. Dirinya didekatkan dengan diri Aisyah lalu bibirnya hinggap pada ubun-ubun Aisyah. Dicium lama seperti tiada hari esok.

Mata Aisyah terpejam saat bibir Izz hinggap pada ubun-ubunnya. Syahdu. Jantung macam nak terkeluar pun ada. Terlalu drastik.

Izz melepaskan ciuman lalu berlalu pergi mendekati kereta mewahnya, audi berwarna hitam.

Deruman enjin kereta menyentakkan lamunan Aisyah daripada terus angau dengan suami sendiri. Suaminya nampak sahaja dingin dan beku tetapi tersimpan kenakalan dan kemanisannya.

Bila kau dah terbuai dengan kenakalan dan kemanisan nya, automatik...

Zup!

Terperangkap dalam cinta asmara yang dia bina sendiri. Kau takkan dapat tolak disebabkan aura dia yang kuat.

Macam Aisyah. Memang dia tak dapat tolak sifat nakal suaminya. Terlalu nakal sampaikan dia relakan sahaja.

Aisyah melambaikan tangannya sehingga kereta milik Izz hilang daripada pandangannya. Dia tersenyum sendiri bersama pipi yang kemerahan.

Sama ada malu, suka, panas atau pun entah lah. Dia sendiri pun tidak pasti. Tetapi, serius suami dia sweet.

Lemah lutut jadinya. Sudahlah cukup pakej. Allah! Memang tak salah lagi pilihan dia. Semoga engkau lindungi rumah tangga kami, Ya Allah!










"Welcome, King! "

Anak-anak buah Izz yang berjaga di luar menunduk hormat apabila ketua mereka berjalan masuk ke dalam markas.

Izz mengangguk sedikit. Wajahnya yang dingin dan serius membuatkan anak-anak buahnya menunduk.

Sepuntung rokok yang hulurkan oleh anak buahnya diambil. Hujung rokok itu dikemam sebelum muncung rokok di bakar dengan mancis.

Izz Farhan kalau datang markas tak sah kalau tak merokok. Kadangkala ikut mood juga. Sama seperti Amer, Arshad, Irshad, Jay dan Aki. Nampak sahaja seperti malaikat tetapi perangai serupa setan.

"How was it this afternoon? Nice games? "

Izz tergelak kecil. Asap rokok dihembuskan ke ruang udara sebelum membalas. Langkah diatur bersama menuju ke bilik penyeksaan yang berada di tingkat bawah tanah.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now