57

19K 1K 55
                                    

Izz menggelengkan kepalanya melihat perlakuan Aisyah yang kurang menyenangkan.

Ni kalau orang lain nampak ni, conferm terkejut. Nampak sopan tapi sebaliknya...

Lantas Aisyah didekati lalu merampas plastik yang berisi makanan ringan itu. Sudah la banyak! Sampai dua plastik.

Siapa yang belikan ni? Kalau dia dapat tangkap orang yang belikan makanan ringan semua ni, memang dia pijak cukup-cukup.

Tidak tahukah yang Aisyah sedang mengandung? Hampir dengan due date pula tu. Mustahil lah kalau kata tak tahu. Tak nampak ke baby bump sebesar itu? Nak meletup pun ada.

"Siapa benarkan makan semua ni? Tahu tak semua makanan ini tak elok? " muka garang ditayangkan oleh Izz. Nak marah betul-betul pun tak boleh.

Nanti beremosi pula mak buyung ni. Makin lama, makin kuat merajuk Aisyah ni. Entah siapa yang merajuk pun dia tidak tahu.

"Ala, saya makan sikit je. Tak banyak pun. " muka comel ditayangkan. Sengaja la tu nak buat orang cair dengan dia.

"Sikit tu berapa? " tiga jari dikeluarkan lambat-lambat lalu tersengih kerang busuk.

"Kau makan 3 plastik sehari? Aisyah, seriously!" Aisyah mengangguk. Dia menunduk menekur lantai sebaik sahaja tersentak dengan suara tinggi si suami.

Jangan nangis sekarang! Tolong jangan keluar, wahai permata!

"Kenapa kau degil sangat ni? Berapa kali aku nak cakap dengan kau? Jangan makan makanan yang macam ni! Kau nak makan apa, cakap dengan aku. Aku boleh belikan tapi bukan makanan yang macam ni. Tolong la, Aisyah! Kau dah besar, dah matang. Dah nak jadi ibu. Due date pun nak dekat. Takkan perangai macam ni kau nak bawa sampai ke tua nanti? Malu lah sikit dengan anak-anak. "

Seraya itu, Izz berlalu pergi ke tingkat atas bersama plastik makanan ringan tadi. Nak marah lagi, takut Aisyah ni menangis.

Daripada dia biarkan marahnya menjadi tidak terkawal, baik dia pergi tenangkan diri. Takut ada benda yang tidak disangkakan akan berlaku. Malah, mungkin akan mencederakan Aisyah dan kandungan.

Aisyah menghantar pemergian Izz dengan pandangan yang berkaca. Tidak tahu pula yang Izz akan marah sampai macam ni. Dia ingatkan, Izz akan nasihatkan dirinya sahaja.

Kali ini, kau memang mencabar kesabaran dia, Aisyah. Kau memang dah buat suami kau kecil hati. Jangan disebabkan suami berkecil hati walaupun sedikit, kau masuk neraka. Tak dapat keredhaan suami.

Tanpa Aisyah sedar, dia mengeluh sedikit. Perut nya diusap lembut. Nak pujuk, tapi lapar! Apa yang patut aku buat? Nak suruh Izz? Tapi dia tengah merajuk.

Tak apalah, suruh Arshad sahajalah. Memandangkan dia seorang sahaja yang berjaga di luar, baik suruh Arshad sahaja yang beli.

Bukannya tak nak masak sendiri, tapi tak larat. Penat walaupun hanya bergerak sedikit. Kaki ni pun, sudah mula membengkak. Banyak sangat berjalan agaknya.

Selesai sahaja mengisi perut yang lapar, Aisyah terus berlalu masuk ke dalam bilik. Kelihatan Izz yang sudah melelapkan mata sambil baring mengiring ke kanan.

Merajuk lagi kah?

Lantas dia berlalu ke bilik air dahulu untuk membasuk muka dan menggosok giginya. Bersihkan dulu apa yang patut sebelum tidur. Tidak dilupakan juga dengan wuduk.

"Abang merajuk dengan saya ke? " tanya Aisyah sambil duduk bersila di sebelah Izz.

Pinggangnya diurut sedikit untuk mengurangkan kesakitan dari waktu petang tadi. Bila bayi dah mula menendang, kesan pada pinggang la jawabnya. Aduhai anakku!

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now