59

18.8K 1K 84
                                    

Tiga hari berlalu dengan cepatnya. Pencarian Aisyah masih lagi diteruskan. Berita kehilangan Aisyah sudah tersebar sehingga ke telinga orang di kampung terutamanya Nicholas dan Nek Timah.

Bukan main terkejut lagi mereka apabila mendapat berita ini. Nicholas dan anak-anak buahnya turut membantu dalam misi pencarian Aisyah.

Tengku Zachary, Tengku Lola dan anak-anak buah mereka juga turut sama terlibat. Namun, pencarian mereka gagal.

Orang yang menculik langsung tidak meninggalkan sebarang bukti. Mereka benar-benar cekap dan penculikan ini seperti sudah lama dirancang.

Hari berlalu demi hari, Izz masih lagi bekerja kuat dalam misi pencarian isterinya tanpa memikirkan kesihatan dirinya yang kian merosot. Kerap batuk, selesema dan suhu meninggi dari yang biasa.

"Rehat la dulu, biar kita orang yang cari. Kalau kau sakit, macam mana nak pimpin kita orang nanti kalau bukan kau... "

Izz tetap dengan muka tegangnya. Tiada masa mahu mendengar bebelan rakan-rakannya. Dia juga malas mahu memikirkan hal kesihatan. Selagi Aisyah tidak dijumpai, dia tidak akan senang duduk.

Bila-bila masa sahaja mereka boleh mengapa-apakan Aisyah yang sedang sarat itu. Sungguh dia risau. Makan dan minumnya terjaga kah? Lena kah isterinya tidur? Bagaimana dengan pinggang dan kaki Aisyah tanpa diurut?

Semakin banyak dia fikirkan hal itu, semakin banyak air mata yang akan jatuh. Inikah balasan untuk dirinya kerana tidak bersyukur dahulu?

Dimanakah azam nya dahulu yang mahu melindungi Aisyah daripada bahaya? Dimanakah azam itu sekarang? Berikan aku kekuatan, Ya Allah!

Setitik air mata jatuh di atas pipinya. Dia terlalu rindukan Aisyah. Dimanakah keberadaan Aisyah sekarang ini?

Izz meraup wajahnya yang sebal. Apa yang perlu aku buat?
















"Lepaskan la aku! Kau orang nak apa dari aku ni? " Aisyah bertanya sambil menangis.

Badannya kesakitan, perutnya juga memulas. Sudah dua hari dia tidak dibenarkan untuk menjamah makanan. Hanya air mineral sahaja diberi.

Dia tidak bimbangkan kesihatan dirinya tetapi dia bimbangkan tentang anak di dalam kandungannya. Dia mahukan yang terbaik untuk anaknya.

Dia tak nak kalau anaknya diejek tidak sempurna oleh orang lain. Dia nakkan anaknya sentiasa gembira. Sentiasa tersenyum. Bukan murung.

"Lepaskan kau? Takkan, Aisyah. Aku takkan sesekali lepaskan kau. Kau mati sekali pun, aku tak kisah. Yang penting, aku dapat apa yang aku nak." balas Declan dengan angkuhnya.

Mengapa perlu kasihankan isteri musuh sejatinya ini? Biarlah dia nak pengsan ke, mati ke, terberanak ke. Dia tidak akan ambil peduli. Tidak akan sesekali.

"Kau nak apa dari suami aku? Kenapa perlu sampai bermusuhan?"

Declan tergelak besar. Tak lama itu, gelaknya mati. Mukanya bertukar serius dan bengis.

"I want his title he has now! He took the title from me! He took everything which is mine! "

Aisyah memejamkan matanya apabila dijerkah. Matanya bergenang. Kuatkan aku, Ya Allah! Demi suami dan anak aku.

"Tapi kenapa perlu libatkan aku? " Aisyah masih lagi bertanya sedangkan dia sudah menggigil ketakutan.

Dia tahu gelaran apa yang Declan mahukan. Dia tahu kenapa Izz dan Declan bermusuhan. Dia tahu semuanya tetapi sengaja buat tidak tahu.

"Sebab, kau isteri dia. Kau kelemahan dia. Dengan adanya kau, bila-bila masa sahaja aku boleh jatuhkan dan musnahkan dia which is today. "

Mata Aisyah membulat.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now