44

21.4K 1K 93
                                    

"Kau orang tunggu sana. Siapkan semua, lagi 10 minit aku sampai."

Seraya itu talian dimatikan. Baju nya diganti dengan baju T berwarna hitam dan jaket berkulit hitam. Cap yang tersangkut di penyangkut di ambil lalu dipakai.

Kau memang cari mati dengan aku, Alfred!

"Abang nak pergi mana tergesa-gesa ni? "

Izz mengerling isterinya yang berada di atas katil. Terpaksa la mereka bermalam di sini kerana keadaan Aisyah tadi yang tidak mengizinkan. Biasalah, orang mengandung mesti ada ragam dia. Tipulah kalau dia kata tidak penat.

Tapi kalau penat untuk isteri, dia tidak kisah. Penat Aisyah yang membawa anak mereka kehulur kehilir lagi itu dua kali ganda lebih penat berbanding dengan penat dirinya bekerja.

Jadi apalah sangat dengan penat kerja. Bukannya dia tidak pernah kerja lebih masa.

"Aku nak keluar sekejap. Jumpa Amer. Aku tak tahu aku balik bila. Jadi, jangan tunggu. Kalau kau ngantuk, tidur je. Aku pergi dulu. " pesan Izz pada Aisyah sambil mengucup dan mengusap ubun-ubun Aisyah.

Belum sempat Aisyah mahu membalas, Izz terlebih dahulu hilang disebalik pintu bilik yang mereka duduki. Aisyah menghela nafasnya.

Penting sangat ke kalau nak dibandingkan dengan aku yang tengah sakit ni? Entah-entah, aku memang tak penting. Dia cuma pentingkan anak yang aku kandungkan ni je.

Ye tak?

Haish, apa yang kau cakap ni Aisyah? Bawa mengucap! Jangan ikutkan kata hati sangat. Kau tu tengah mengandung. Tak elok buruk sangka tau!

Malas mahu berfikir, Aisyah sambung membaca novel tadi. Mood nak tidur belum sampai. Alang-alang si suami keluar balik lambat, apa salahnya tidur lambat kan?

Sejak dia mengandung ni, susah betul nak tidur lambat. Asyik tidur awal je. Siapalah kalau bukan si suami yang memaksa.

Ala, kau tidur pun bukannya kena suntik ubat tidur. Kena dodoi. Tepuk punggung dulu baru boleh tidur. Kan?

Diam! Sibuk je! Laki aku bukannya laki kau!




"Alfred tu memang dasar orang tua tak sedar diri tahu tak! " amuk Jay lalu menyepak tayar kereta milik Irshad.

"Kau dengan dia dua kali lima je. Cerdik tu simpan sikit. Aku tahu kau tak ada kereta macam aku tapi tak payah la nak sepak-sepak. Aku sepak kepala kau baru tahu. " Jay dijeling tajam oleh Irshad.

Kereta baru kut. Ferrari 488 Spider. Baru seminggu yang lepas dia beli. Guna duit sendiri tau. Bukan duit mak ayah. Haa, kau ada?

"Eleh, setakat Ferrari lapuk macam ni. King punya lagi rare la! Bugatti. Haa, kau ada? " Jay memeluk tubuh.

Bila gaduh, masing-masing tak nak kalah. Nak menang je.

"Okay, kalau kereta aku ni lapuk, balik nanti, jangan balik dengan aku. Jalan kaki. Aku malas nak tumpangkan orang tak reti bersyukur macam kau. " giliran Irshad pula berpeluk tubuh sambil menyandarkan badan pada keretanya.

Nasib baik aku tak melenting. Kalau aku melenting, bukan Jay seorang yang kena, Amer, Arshad, Aki sekali kena. Eva dengan Zaty pun sama.

Dasar Jay anak pungut!

"Lama lagi bos kau orang mahu datang? Kita orang dah malas nak tunggu. Buang masa! " sampuk anak buah Alfred, Vian yang mengetuai anak-anak buah bosnya yang lain.

Mereka bertujuh menjeling Vian tajam. Eh, eh dia ni! Banyak pula complain.

"Kau diam boleh tak? Dari tadi memekak je kerjanya. Sabar la! Kau fikir dia boleh pecut ke sini ke? Fikir guna lutut agaknya. " bidas Jay.

Dia Mr. Mafia ✔️ Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora