21

22.2K 1.2K 37
                                    

Sebulan kemudian,

Ayad duduk di birai katil memandang cermin di hadapannya sayu. Kini, dia berada di rumah neneknya untuk menyambut Syawal yang pertama. Dan, semestinya tiada kakak di sisi nya.

Baju Melayu berwarna biru beserta samping yang dipakainya dipadang sepi. Walaupun ada rakan-rakannya menemani dia di sini, tapi apa gunanya kalau kakak tak ada di sisi?

Hidup terasa sunyi tanpa kerenah kakaknya. Tanpa bebelan kakaknya. Dulu, di waktu pagi Syawal pertama, pasti jeritan dan bebelan kakaknya kedengaran. Jerit sebab dah lambat nak pergi sembahyang raya. Bebel sebab awning tudung tak betul la, baju kedut-kedut la.

Tanpa Ayad sedar, dia tersenyum nipis. Sungguh dia rindukan kakaknya. Sudah lama kakaknya tidak menghubungi dirinya. Kali terakhir, sebulan yang lepas. Lepastu, kosong je noti. Mesej tak ada. Call tak ada.

Bunyi pintu dikuak dari luar menyentakkan lamunan Ayad. Dia menoleh ke arah pintu dimana tempat Ryan berdiri segak bersama baju melayu berwarna coklat bersamping sambil tersenyum.

"Jom! Nenek dah panggil. " Kata Ryan.

Ayad melakarkan senyuman lalu mengangguk. Tubuh yang tersarung baju melayu itu ditilik buat kali terakhir sebelum songkok hitam dicapai di atas meja.

Mereka sama-sama melangkah turun ke ruang tamu yang kedengarannya seperti meriah dengan jeritan dan bualan sanak saudaranya. Tapi sayang, kakaknya tak ada. Kalau kakaknya ada, pasti meriah.

Kakaknya terlalu peramah walaupun dia tahu orang tengah pijak kepala dia. Dia masih tersenyum. Dia masih ketawa. Dia masih mahu bergurau. Bila tengok dari luar, tiada apa-apa yang berlaku. Seolah-olah tidak berkesan. Tapi, dalamnya. Dia menangis. Dia lemah. Dia sakit. Dia lebih fikirkan perasaan orang lain berbanding dirinya.

Sofa kosong di ruang tamu, Ayad dekati. Satu persatu sepupu-sepupunya ditilik. Baru dia perasan. Si camel tu tak pakai baju ketat. Si camel berbaju kurung berbunga kecil tetapi masih nampak ketat. Tidak terlalu ketat tapi masih nampak aset-aset nya. Entah apa yang buatkan si camel tu jadi sopan.

Jangan cakap dia taruh harapan dekat aku lagi sudah. Mentang-mentang aku dah ada ayah, nak dekat pulak? Dulu kalau tengok, sebelah mata je. Bila dah berduit,hm. Gatal!

Pernah sekali si camel tu luahkan perasaan dekat dia. Kira-kira seminggu yang lepas. Serta merta, kena reject. Bila aku dah tak suka, selama-lamanya aku tak suka. Take note.

Menangis juga bila direject. Tapi kata adiknya, si camel tu tengah rancang sesuatu untuk dapatkan dia. Nasib baik adik baik. Kalau tak, memang aku halau bulat-bulat. Nenek pun tak kesah. Apa nak risau?

Laungan suara memberi salam oleh seseorang membuatkan Ayad berpaling ke pintu. Membuatkan Ayad tertanya tanya apabila sanak saudaranya berkumpul. Termasuk Ryan, Haura dan Suraya.

Dia bangun dari duduknya lalu berjalan ke pintu rumah neneknya. Wajah sepupu-sepupu nya dipandang hairan apabila dia menjadi perhatian.

Wajah nenek dan ayahnya pula dipandang apabila terserlah senyuman serta air mata kegembiraan. Ayad menoleh ke luar.

Dia tergamam. Terkaku. Terkelu. Badannya mengeras. Langkahnya terhenti serta merta. Air mata mula bergenang di pelupuk mata.

Aisyah serta abangnya, Airiel yang berpakaian hari raya sedang tersenyum di hadapan Ayad. Tidak dilupakan juga dengan atuknya, Nicholas sedang berdiri di hadapan nenek nya.

Lantas Aisyah berlari mendapatkan adiknya lalu tubuh adiknya dipeluk erat. Diikuti dengan Airiel. Mereka bertiga berpelukan melampiaskan rindu yang sudah lama ditahan.

Terhambur jua tangisan Aisyah. Ayad dan Airiel hanya menitiskan air mata tanpa esakan.

"Ini bukan mimpi kan?" Tanya Ayad seraya memandang wajah kakak dan abangnya.

Aisyah dan Airiel berpandangan sebelum tersenyum. Mereka menggeleng.

Ayad melakarkan senyuman yang paling bahagia. Ini la hari yang paling dia nanti-nantikan. Bersama-sama dengan keluarga. Walaupun tidak lengkap tanpa ibu.

"Eiii, dah besar dah adik along ni! Makin hensem." Kata Airiel sambil mengepit kepala Ayad di ketiaknya.

Nasib wangi! Bau sexy and soft!

"Along pun apa kurangnya. Dua kali ganda lebih hensem daripada Ayd. Tegap pulak tu. Jeles! " Airiel ketawa berdekah-dekah.

"Aku tak nak pulak tegur. Makin cantik ke. Makin kurus ke. Sampai hati! " Sampuk Aisyah di tepi. Wajah sengaja dimasamkan. Mahu mengusik adik dan abangnya. Sudah lama tidak bergembira seperti ini.

Airiel dan Ayad berpandangan sebelum muka jelek di tayangkan. Perasan cantik!

"Kau memang dari dulu lawa!" Airiel mengusik adik perempuannya dengan merosakkan tudung shawl yang Aisyah sudah cantik belit di kepala.

Ayad hanya tergelak dan mengangguk setuju dengan kata-kata abangnya.

"Apa along ni! Rosak dah tudung Aisyah! "

Aisyah memarahi Airiel sambil membetulkan tudungnya kembali. Penat-penat kita belit sana sini, dia rosakkan pulak!

Semua orang ketawa melihat telatah mereka adik beradik. Ada yang terjatuh suka apabila melihat Airiel yang makin kacak dan tegap. Ada yang terpenggun apabila melihat Aisyah yang makin cantik.

Mereka bertiga boleh dikatakan seperti model terkenal. Memang tak dinafikan. Mereka tersangatlah kacak dan cantik. Ramai juga yang cemburu dengan apa yang mereka ada. Walau apa-apa pun, mereka tidak pernah memilih untuk berkawan. Mereka kawan sesiapa sahaja kecuali dengan orang yang berhati busuk. Mereka tak hamak. Benci.

"Abang pergi mana selama ni? Sampai hati tinggalkan Imah." Nek Timah bertanya dengan air mata yang bercucuran. Tersedu-sedu Nek Timah menahan tangisan.

"I'm sorry, Imah! Abang tak ada niat nak tinggalkan Imah seorang-seorang. Abang buat semua ni, bersebab. Abang tak nak keluarga kita dalam bahaya. Imah sendiri tahu kan keadaan abang macam mana? " Nek Timah mengangguk faham.

Faham sangat. Kerja sebagai seorang ketua mafia sangat lah susah. Malah kena sentiasa berhati-hati. Musuh ada mana-mana sahaja. Silap-silap, boleh mati kalau tak berhati-hati.

"Abah apa khabar? Sihat? " Atuk Nichole mengangguk. Dipandang wajah anak sulungnya itu dengan penuh kasih sayang.

"Ini abah la! Sentiasa sihat. Lebih sihat bila dapat tengok ibu kamu ni. " Atuk Nichole memandang Nek Timah yang tersipu-sipu malu itu.

Atuk Nichole tergelak. Alhamdulillah, akhirnya dengan bantuan sahabat-sahabatnya, dia mampu pulang di pangkuan keluarga.

"Eh, masuk la dalam. Kenapa berdiri dekat luar. Maaflah, rindu sangat sampai terlupa!"

Kata Nek Timah kepada sahabat nya dan suaminya. Tengku Zachary dan Tengku Lola.

Diikuti dengan menantu dan cucu mereka. Tuan Mokhtar, Izz, Danial, Amer, Arshad, Irshad, Jay, Aki, Eva dan Zaty. Mereka awal-awal lagi dah plan nak balik Malaysia memandangkan mereka tidak dapat balik ke sini semasa berpuasa.

Mereka semua mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam rumah mewah milik Nicholas dan Fatimah.

Makin meriah jadinya apabila semua berkumpul. Anak menantu cucu Nicholas dan Fatimah. Sahabat-sahabat Nicholas dan Fatimah. Memang usah dikatakan. Tersangatlah meriah.

Kedatangan Nicholas dan Airiel yang telah lama menghilang membuatkan mereka semua tak henti-henti bertanya apa yang terjadi. Dengan ringan mulutnya, mereka menjawab dengan bantuan Tengku Zachary dan Tengku Lola.

Hari pertama syawal mereka raikan bersama. Dengan kepulangan Nicholas dan Airiel serta kedatangan Tengku Zachary dan Tengku Lola sekeluarga, menambahkan lagi kemeriahan banglo tiga tingkat itu.







Tbc..

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now