55

19.2K 1K 31
                                    

Bang!

Bang!

Gudang tempat penyimpanan bekalan senjata haram dan dadah itu bingit dengan bunyi tembakan yang tidak henti-henti dilepaskan.

Ramai anak-anak buah daripada kumpulan Guo Conda mati ditembak, dipukul dan ditetak dengan Airiel, Izz dan anak-anak buah Airiel. Anak-anak buah Airiel pula sekadar cedera ringan.

Nak tahu kenapa?

Sebab, awal-awal lagi Izz sudah ajar macam-macam teknik untuk menembak, melawan, mempertahankan diri. Itu tidak termasuk yang hebat punya. Teknik-teknik yang hanya boleh dipelajari jika menjadi anak buah Izz Farhan.

Teknik yang sangat hebat. Tidak mampu dipelajari dengan hanya 2-3 hari. Paling kurang pun, setahun.

Airiel dan Izz menghela nafas kepenatan. Dari tadi tak henti-henti berlawan. Disebabkan anak-anak buah Dylan terlalu ramai, agak susah juga untuk menang. Mereka juga tak kurang hebatnya.

Dan semua taktik ini, dia yang ajar Dylan. Sebab itu dia senang dapat menumpaskan mereka semua kerana sudah menghafal gerak geri taktik-taknik ini.

"What do you want, huh? This is my place, not yours! Please accept it."

Airiel menggeleng tidak mahu. Tempat ini, bukan tempat dia. Tempat ini, kepunyaan atuknya, Nicholas. Atuknya yang bersusah payah bina tempat ini untuk dijadikan markas anak-anak buahnya berehat.

Bukan tempat penyimpanan bekalan dadah, hanat!

"Not yours, Dylan! My grandpa never share this place with you! This is his place." balas Airiel lantas dengan riaknya yang bengis.

"What proof that you have? He gave me to take care this place. Why you want to deny it? "

"Cause, you're a liar, old man! "

Seraya itu, Airiel melepaskan tembakan ke arah Dylan yang berdiri bersama orang kanannya.

Lintang pukang Dylan dan orang kanannya melarikan diri. Orang kanan Dylan mengeluarkan pistol miliknya lalu melepaskan tembakan ke arah Airiel.

Tetapi, belum sempat orang kanan Dylan menarik picu, dadanya terlebih dahulu ditembak sebanyak dua kali.

Larian Dylan terhenti. Dia menoleh kebelakang sebelum mendapatkan tubuh orang kanannya yang tinggal nyawa-nyawa ikan.

"Hey, wake up! Zen, wake up buddy! Zen! Zen! " teriak Dylan kuat.

Zen tersenyum nipis dalam kesakitan. Nafasnya mula tersekat-sekat saat dia mahu menuturkan kata.

"My job is complete! Take care, Dylan. See you."

Pegangan Dylan terasa lemah. Mata Zen yang tadinya terbuka, kini tertutup. Dadanya juga sudah tidak lagi berombak.

Tanda sudah mati.

"No! "

Teriakan Dylan membuatkan Airiel dan Izz tersenyum sinis. Puas hati mereka dapat melihat Dylan sengsara.

Sudah la penipu, pengkhianat pula tu! Memang tak layak nak hidup lagi!

"He's already died! So, it's your turn Dylan. "

Dylan mengangkat wajahnya daripada menekur. Matanya yang berkaca itu membulat tatkala anak matanya bersambung dengan anak mata Izz.

Izz berdecit perlahan. "Are you scared with me? Hurm? "

Pistol diacukan di tepi kepala Dylan dan membuatkan Dylan ketakutan. Pada masa yang sama, Dylan cuak dan mukanya berubah pucat.

Sudah dia kata. Jangan pernah bermain dengan Izz Farhan, brother. But, kau degil. Tersangatlah degil sampaikan semua orang kau nak songlapkan perniagaan mereka.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now