13

22.9K 1.3K 57
                                    

Seusai makan malam, mereka bercadang untuk membuat hal masing-masing memandangkan esok mereka sudah mula bekerja. Susah jugak jadi tuan punya bangunan. Haihlah..

Aisyah mengambil keputusan untuk duduk di tepi kolam renang yang terdapat di tingkat dua. Sambil-sambil tu, boleh la dia rasa angin malam serta dengar bunyi ombak. Huhuhu, best nya!

Ditangannya, terdapat telefon pemberian neneknya yang berwarna mineral blue. Dari tadi dia fikirkan sama ada mahu menghubungi neneknya ataupun tidak. Kalau call waktu sekarang, mesti neneknya sudah dilena mimpi. Kalau dekat Italy sekarang pukul 10.35 malam, dekat Malaysia pasti sudah pukul 5 pagi. Tapi, selalunya nenek dah bangun untuk solat tahajud. Betul tak?

Nak ke tak telefon? Nak tak? Nak tak? Telefon je la. Lagipun, kau tengah rindu orang sana kan?

Nombor nenek nya dicari. Tertera nama 'nenekbrutal' di senarai kenalannya. Nenek memang brutal. Gila dia lain macam. Segera dia menekan butang hijau. Jantungnya seperti biasa. Berdegup laju tanpa sebab. Bibir bawahnya digigit sedikit menahan debaran yang memuncak.

Kedengaran talian di angkat membuatkan Aisyah tersenyum suka. Walawei, kan dah kata! Nenek dah bangun punya!

"Hello, assalamualaikum nenek!" Ceria sahaja suara Aisyah. Rindu nenek la katakan. Uhuks!

"Waalaikumussalam,Saf! Allahu, rindunya aku dekat kau. Kau sihat? "

Aisyah menggaru kepala nya yang tidak gatal. Baru sehari aku tak ada, dah rindu? Macam-macam la nenek ni.

"Sihat, alhamdulillah nek. Nenek sihat? Tengah buat apa tu? " Anak mata Aisyah tertacap pada laut yang terbentang luas di hadapannya. Kakinya yang dicelup di dalam kolam digerak-gerakkan.

Sejuk pula air kolam ni tiba-tiba. Dengan angin malam lagi. Memang kau tengah tempah demam, Syah!

"Sihat je. Macam kau tak kenal aku. Biasalah, waktu macam ni kan aku tengah solat sunat. Kau tu, awal bangun? Pelik je.. " Aisyah ketawa kecil.

"Nek, dekat sini waktu malam. Baru pukul 11 malam. Takkan nenek tak tahu? "

"Oh ye! Aku lupa. Maklumlah,dah tua. Lagipun dah lama nenek tak jejak sana sejak atuk kau tak ada. "

Serba salah pula Aisyah apabila mendengar suara Nek Timah yang bertukar sayu itu. Ahh, lupa! Macam mana kau boleh lupa atuk dah tak ada!

"Nek, sorry! Saffiya tak de niat nak buat nenek teringatkan atuk. Sorry.. " Aisyah menggigit jari telunjuknya. Arghh!!! Lupa. Lupa. Lupa!

"Setiap masa memang aku teringatkan atuk kau! Haihlah kau ni!" Protes Nek Timah.

Nek, stres ke tu?

"Ayd macam mana nek? " Suara ceria Aisyah tadi berubah sayu. Teringat pula dekat adiknya.

Marah, kecewa mana pun dia, dia tetap sayangkan adik dia. Dia tetap risaukan adik dia. Dia tetap rindukan adik dia.

"Macam tu la, Saf! Dari malam tadi badan dia panas. Suruh makan ubat tak nak. Degil! "

"Macam mana boleh demam nek? Tak pernah-pernah dia demam? " Ujar Aisyah bernada risau.

Nek Timah menghela nafas. Punggungnya dilabuhkan atas katil.

"Demam rindu. Dari semalam dia menangis rindukan kau. Ajak makan pun tak nak. Berkurung je dalam bilik. " Giliran Aisyah pula menghela nafas.

Adik, adik! Kalau kau tak buat aku risau, tak boleh ke? Suka buat aku sengsara kan?

"Takkan ayah tak pujuk? " Sengaja dia menekan 'ayah' supaya jelas di pendengaran neneknya.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now