51

20.2K 1K 66
                                    

Dari Kuala Lumpur Malaysia ke Moscow Rusia, memakan masa hampir berjam-jam. Tapi itu bukanlah masalah buat Izz dan Airiel. Sudah biasa. Selalu juga mereka laluinya. Kalau diikutkan, setiap bulan, dua tiga kali mereka akan berulang-alik dari satu negara, ke negara yang lain.

Maklumlah, orang kaya. Boleh la gelak orang kaya!

Tiba mereka di satu Villa yang tak jauh dari Rusia Airport. Sebuah Villa yang terletak di kawasan pedalaman. Biarpun begitu, permandangannya masih cantik dan semestinya udara di sekitar Villa itu segar-segar belaka.

"Bila kau nak mula? " tanya Izz sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas sofa di dalam Villa itu.

Besar. Tapi tak sebesar Villa milik tok daddy dan tok mummynya.

"Esok malam. Hari ni, kita rehat-rehat dulu. Benda ni bukanlah semudah yang kau fikirkan. " Izz tergelak kecil.

Tak semudah apa yang aku fikir? Seriously?

Airiel membuat muka pelik. Kening kirinya terangkat. Dah kenapa? Salah ke apa yang aku cakap?

"Izz Farhan tak mudah untuk ditumpaskan, Airiel. So, bagi aku, itu semua petik jari je. Tak ada apa yang dapat menghalang aku daripada terus berkuasa. "

Airiel berdecit menyampah. Mula lah nak riak sana sini. Tolong kutip balik sebelum aku pijak sampai lumat.

"Menyampah la aku cakap dengan kau. Buat sakit hati je. By the way, bilik kau dekat hujung tingkat dua. Sebelah bilik aku. Kalau kau nak apa-apa, cari aku. Ketuk pintu, panggil 'Master' bukannya Airiel, Riel atau sedengan dengannya. Kalau tak, automatik aku tendang kau keluar dari sini."

"Ingat Izz, dekat sini aku yang berkuasa. Aku yang berpengaruh kuat. Kau bukannya sesiapa lagi. So, baik kau dengar cakap aku. Da! Da! " Airiel melambaikan tangannya sebelum berjalan masuk ke dalam lif bersama bagasi yang dibawa.

Izz perhatikan gerak geri Airiel sehingga hilang dari pandangannya lalu berdecit.

"Etot mal'chik deystvitel'no glup. (bodoh betul budak ni.)"

Dia pula bangun dari duduknya lalu berjalan masuk ke dalam lif bersama bagasinya.

Nak rehatkan badan, rehatkan minda. Duduk dengan Airiel ni, memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Karang kalau sabar aku dah melebihi had dia, boleh hilang kepala abang ipar aku.




















Apa khabar Aisyah eh sekarang ni? Tapi kalau aku call sekarang, nampak sangat aku rindu dia.

Call nanti pun boleh kan? Tak salah kan? Jangan merajuk pula mak buyung tu. Entah dia dapat tidur ke tak tanpa aku.

Sleep well, Aisyah and my baby.

Sedang dia mengelamun sendiri, telefon di atas meja lampu berdering. Telefon khas yang wajib ada di setiap bilik.

Dengan langkah yang perlahan, Izz turun dari katil lalu mengangkat telefon itu. Bebola matanya berputar tatkala mendengar suara di talian.

Siapa lagi kalau bukan abang iparnya. Ceh! Abang ipar padahal umur sama. Blah la kau! Semak je ikut lahir tahun yang sama!

"Kau nak apa? " acuh tak acuh Izz bertanya.

"Turun makan sebelum aku melahap sampai habis. " seraya itu talian dimatikan.

Aishh! Nak aje aku carut dengan dia ni.

Wait! Dia cakap apa tadi?

Makan?

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now