9

25.2K 1.3K 94
                                    

"Nenek tak benarkan! "

Aisyah menghela nafas berat. Kan sudah aku bilang. Nenek tak akan senang-senang bagi ke luar negara tanpa dia di sisi.

"Nek, Saf okey. Nenek jangan risau! Kan ramai yang jaga Saf. Eva ada. Zaty ada. Isteri Tengku Zachary pun ada. Nenek janganlah risau. Nenek tak kesiankan dekat Saf ke?" Suara Aisyah yang tadinya mendatar bertukat menjadi bergetar. Bibirnya bergetar menahan diri daripada mengeluarkan air mata.

Sekarang, aku betul-betul nakkan ketenangan. Tenang tanpa orang yang aku sayang di sisi. Tapi kalau nenek tak bagi, takkan aku nak melawan? Kan?

"Aku risaukan kau, Saf. Itali tu tempat bahaya. Kau tak tahu bahayanya tu macam mana." Nada risau sudah Nek Timah keluarkan.

Kalau bukan dia nak risaukan Aisyah, siapa lagi? Anak menantunya bukannya suka sangat dengan Aisyah dan adiknya. Zuhairi pulak macam nak tak nak je. Tapi dia pasti yang Zuhairi balik sini sebab nak ambil anak lelakinya, Ayad. Nak jadikan waris syarikatnya la. Apa lagi.

"Insya Allah, Nek. Saf selamat. Nenek doakan Saf, okay? Ni untuk kebaikan cucu kesayangan nenek jugak kan? Nenek tak kesiankan Saf ke?"

Nek Timah mengeluh berat. Ni la jadinya bila cucu perempuan pujuk habis-habisan sampai dia lemah dan turutkan saja kemahuan cucunya.

Kalau ada peneman, tak de la risau sangat. Tapi kalau peneman Aisyah itu cucu kawan baiknya? Sorry to say, dia memang tak benarkan. Lagipun dia baru sahaja kenal cucu kawan baiknya itu. Kalau dibuatnya Aisyah tak selamat, macam mana?

"Kau suka kan tengok aku risaukan kau? Haih, nasib baik kau cucu aku. Pergilah sana. Nenek izinkan. Tapi,bersyarat!"

Tersungging sebuah senyuman di bibir Aisyah. Jarinya digigit menahan debaran. Kalau syarat melampau, memang dia lepuk kepala nenek dia.

"Syarat apa tu, Nek Timah? "

"Pertama, balik Malaysia sebulan dua kali!"

"Kedua, balik Malaysia waktu puasa, raya Aidilfitri dan raya korban! "

"Ketiga, jaga diri. Jangan susahkan orang!"

"Dan yang keempat, terima barang yang nenek hantar esok. Jangan tolak! I warn you, Aisyah Saffiya!" Tegas Nek Timah menyatakan syaratnya.

Aisyah tercengang. Syarat itu la yang dia fikirkan dari tadi. Boleh ke balik beraya dekat sini? Boleh ke balik sini sedangkan duit sesen pun dia tak ada?

"Nek, Saf mana ada duit nak beli tiket flight. Ini pun Tengku Zachary yang sponsor." Sedar tak sedar, Aisyah mengeluh perlahan.

"Itu yang nenek nak bagitahu ni! Nenek akan transfer kan duit dalam akaun bank kau. Duit tu, kau boleh la hidup dekat sana. Duit tu pun, atuk kau yang suruh agihkan memandangkan dia ada banyak duit Negara Itali. Nak suruh nenek travel? Sampai kau kahwin pun,aku tetap melekat dekat rumah aku ni." Bebel Nek Timah keseorangan.

Nek, stres ke tu?

Nek Timah memang! Kalau bab membebel, nombor 1. Bab piat telinga orang, nombor dua. Bab nasihatkan orang nombor tiga. Dan paling yang tak boleh dilupakan, nenek bebel, piat dengan nasihat Camelia. Cucu paling durjana yang Nek Timah pernah ada.

Macam mana orang tua tu tak membebel kalau si Camelia tu pakai baju tak cukup kain. Kalau pakai baju tutup aurat tapi tak pakai tudung, okey lagi. Nek Timah maafkan. Tapi kalau dah tayang betis, lengan, dada, leher, memang kau kena sebijik la dengan Nek Timah. Ingat eh, Nek Timah ni isyteri ketua mafia tau. Jangan pandang Nek Timah sebelah mata kalau kau tak nak mata kau lebam dengan penumbuk padu dia.

"Tak payah susah-susah la nek! Saf ada la duit sendiri dalam bank tu. Nanti tinggal tukar je." Aisyah tolak kebaikan neneknya.

Kalau si Camel tu, laju je pasal duit. Tak akan tolak. Walaupun lima puluh sen. Dia tetap akan ambil. Tapi, disebabkan perangai si Camel tu, semua orang tak suka dia. Ada la beberapa orang sepupu dia yang sokong dia. Sepupu terbaik la katanya.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now