18

21.9K 1.2K 90
                                    

Dahi Aisyah berkerut seribu tatkala rakan-rakannya berulang-alik sejak maghrib tadi. Tak senang dia mahu membuang air. Ada sahaja yang akan mengetuk pintu dan bertanya.

'Siapa dekat dalam tu? Cepat sikit!'

'Siapa dekat dalam tu? Lama betul! '

Naik pening Aisyah dibuatnya. Bukannya tidak mahu ke bilik air yang ada dalam bilik sendiri tapi dia malas. Bilik solat dekat bawah. Ruang tamu dekat bawah. So, tak ada la dia ulang alik naik turun.

Mahu sahaja dia menjerit berhentikan pergerakan mereka. Dari tadi, berlari sana sini. Dengan bogel paras atas bagi yang bujang. Dengan bathrobe bagi anak dara.

Yang paling buat jiwanya terusik bila Izz berjalan selamba mengambil telefonnya yang berada di atas meja ruang tamu dengan hanya bertuala. Dengan rambut dia yang basah. Air menitik jatuh ke muka.

Aw, my crush!

Bahu Aisyah disapa dengan satu tepukan. Tepukan itu membuatkan Aisyah tersentak lalu mengurut dada. Boleh mati katak aku dekat sini.

"Syah! Apa yang kau buat dekat sini lagi? Semua orang tengah bersiap, kau masih duduk relax!"

Suara Zaty meninggi sedikit tanda terkejut. Tidak terlalu tinggi. Bukan tengking, bukan marah. Cuma terkejut.

Aisyah berkerut dahi. Kepalanya yang tidak gatal di garu. Sengihan di bibir Aisyah membuatkan Zaty menjongketkan kening.

"Bersiap pergi mana? " Zaty menepuk dahinnya.

Sah minah bertudung ni lupa!

"Tok mummy tak bagitahu apa-apa ke? "

"Bagitahu apa? "

Serius tak tipu! Dia betul-betul tak ingat apa-apa sekarang ni selepas teringatkan badan dan wajah crush nya yang.... Sexy!

Hot gicieuw!

"Event? "

Aisyah cuba mengingati sesuatu. Event? Event mana? Tok mummy ada bagi tahu ke?

'Aisyah, nanti malam, kawan Izz ada buat Event. Kawan Izz jemput kita semua. Aisyah bersiap-siap, ye? '

Mata Aisyah membulat besar. Dahinya ditepuk kuat. OMG!

"Masalah sekarang ni, aku tak ada baju, Zaty! Kau nak aku pergi sana pakai jubah ke apa,!" Tanya Aisyah sedikit kalut. Dia betul-betul lupa. Ya Allah!

Zaty tergelak kecil. Kepala Aisyah ditunjal. Muka je cantik, tapi pelupa!

"Aku dengan Eva dah sediakan baju dalam bilik kau. Pakai la baju tu. Tudung pun aku dah sediakan. Nanti aku dengan Eva hias kau. Go! Go!" Badan Aisyah ditolak oleh Zaty pergi meninggalkan ruang tamu.

Dengan kalutnya Aisyah berlari naik tangga dan masuk ke dalam bilik. Bila dilihatkan, nampak seperti tupai naik tangga. WTHELL?

Sedar yang dia tak bersiap lagi, segera dia membawa diri ke bilik baju yang tergantungnya baju-baju mereka ke majlis-majlis yang diadakan. Ada tuxedo, dress labuh, dress sendat untuk Arena. Dress tak cukup kain untuk Tengku Maria. Dress labuh dan tidak terlalu ketat untuk dia dan Eva.



"Wey, mana diaorang ni? Nanti lambat... " Rungut Jay di sebelah Danial yang duduk bermain game di dalam telefon.

Danial mengangguk setuju. "Tok mummy pun perempuan. Tapi tak de la lama bersiap sampai nak terberak aku menunggu dari tadi... Auch! "

Pandangan mereka semua terhala kepada Danial yang mengaduh kesakitan sambil memegang kepalanya yang terasa sakit apabila dibaling dengan objek yang keras.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now