41

22.7K 1.1K 36
                                    

Tok! Tok! Tok!

"Izz, ada orang nak jumpa kau. "

Izz mendongak tatkala suara garau Amer memasuki gegendang telinganya. Dia menjongketkan sedikit kening kirinya.

Siapa yang mahu berjumpa dengannya? Setahu dia, dia tidak mempunyai temu janji dengan sesiapa.

"Bagi dia masuk. " Amer mengangguk sebelum memanggil orang itu.

Tak lama itu, kedengaran pintu bilik dibuka dan ditutup kembali. Tidak pula Izz mendongak. Dia seakan-akan kenal gerangan siapa yang mahu berjumpa dengan dirinya.

"Selamat Datang, abang ipar. " sapa Izz bersama riak mengejek. Pen yang dipegangnya tadi diletakkan di atas meja.

Sinis sahaja sapaan adik iparnya di telinga. Nasib baik suami adik aku, kalau tak dah lama lebam sebelah.

Airiel jeling menyampah. Kerusi di hadapan Izz, dia ambil. Kaki disilangkan gaya bossy.

"Kurang ajarnya kau dengan aku en?"

Izz tergelak sinis. Jari jemarinya disatukan selepas menyandarkan diri pada kerusinya.

"Dengan kau buat apa aku nak cakap baik-baik? Setakat abang ipar, tch.. "

Riak sungguh kata-kata Izz dipendengaran Airiel. Maklumlah, 'king' . Bahasa mana pernah nak elok.

Makin geram Airiel dibuatnya. King tak king, karang ada yang kena tembak sekejap lagi.

"Kau nak apa semak dekat sini? "

"Aku nak bincang pasal... " belum sempat Airiel menghabiskan ayatnya, Izz terlebih dahulu memotong.

"Pasal tu, aku tak bincang siang hari. Kalau nak cakap apa-apa pasal tu, malam. Kalau siang, aku tak berminat nak dengar. Tu je kan?
So, boleh la berampus dari sini kan? " Airiel menggeleng tidak mahu.

Masing-masing annoying sungguh perangai. Nak je aku libas pakai penyapu acik cleaner.

"Kau nak apa lagi ni? Aku nak balik, nak lunch dengan bini aku. Tolong jangan bazirkan masa aku boleh tak?" suara sedaya upaya ditahan supaya tidak meninggi. Kawan tetap kawan. Tetapi, status abang ipar tu kena jaga juga.

Airiel mendapat akal. Bibirnya mengukirkan senyuman senget. "Memandangkan aku dah lama tak merasa air tangan adik aku, so aku ikut kau balik la. Lagipun,mesti adik aku rindu aku kan? "

"Tak ada! Tak ada! Kau ingat bini aku maid ke apa? Dia tu dah la tengah mengandung. Karang kau minta dia masak macam-macam. Bukan boleh percaya kau ni! " laju sahaja Izz membidas. Tidak setuju dengan Airiel yang mahu ikut pulang bersamanya untuk makan tengah hari.

Airiel hanya menayangkan riak tidak bersalah. "Kau tengok muka aku. "

Izz turuti. Dia memandang wajah hodoh Airiel bersahaja. Nampak polos!

"Ada aku kesah? " habis sahaja Airiel menutur kata, Izz terlebih dahulu mengambil langkah untuk membelasah Airiel.

Airiel kalau tak diajar, perangai macam babi! Sama macam rakan-rakannya. Kalau tak menganjing, membabi. Kan dah mencarut lebih.

"Kau ni memang tak guna lah, hanat!"

"Argh! Sakit! Lepas anjir! Wey, sakit la tho!"

Jeritan mereka berdua memenuhi ruang pejabat Izz. Nasib sahaja bilik itu kedap bunyi, kalau tidak habislah pekerja-pekerja syarikat itu tahu perangai sial bos mereka.

Amer, Arshad, Irshad, Jay yang sedang berkumpul di satu meja itu menggeleng perlahan. Dua diantara mereka mengurut pelipis dan dua lagi menepuk dahi.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now