24

21.9K 1.2K 8
                                    

"Amer, macam mana dengan pembinaan dekat Petaling Jaya tu? " Soal Izz sambil menyemak fail yang mengandungi kertas-kertas yang perlu disemak dan ditanda tangan.

Kalau dekat sini dia arkitek yang berjaya, dekat Itali pula, dia business man yang berjaya. Ramai yang cemburu dengan kerjayanya tapi nak buat macam mana. Dah itu kemampuan dia.

Tidak pula papanya mahu menghalang malah lebih menyokong sepertimana tok daddy nya menyokong dirinya.

"Semuanya okay. Cuma, duit tak cukup untuk beli simen, batu-bata and whatsoever. Duit yang diperuntukkan cukup-cukup untuk beberapa tingkat je. " Balas Amer. Tumpuannya yang tadi pada IPad,beralih kepada Izz.

Izz mengangguk faham. "Transfer lagi RM 50K. Pastikan tak ada masalah lain lepas ni. Projek ini kena siap sebelum tarikh dia. Kalau tak, automatik, jadi terbiar dan rugi. "

Amer mengangguk. Arahan Izz diikut selaku bosnya,sahabatnya dan ketua projek pembinaan.

"Ada apa-apa lagi? "

Amer menggelengkan kepala. "Nope, just pasal kerja malam. "

"Malam nanti kita bincang dengan semua. Termasuk tok daddy, papa dengan Danial. "

"Okay.."










Aisyah, Ain, Eva dan Zaty mendekati Suraya dan Haura yang duduk bersembang di pondok tepi rumah. Nampak macam rancak je.

"Hai, boleh kami tumpang duduk dekat sini? "

Suraya dan Haura tersentak. Mereka menoleh memandang gadis yang tua lebih daripada mereka lalu tersenyum. Punggung dianjak ke tepi memberi laluan.

"Eh, boleh! Ni kan rumah akak. Apa salahnya." Haura membalas dengan kekok.

Mereka berempat tersenyum lalu menghenyakkan punggung di atas kayu pondok itu. Ain didudukkan di atas kerusi yang selesa di tepi pondok. Orang mengandung mana boleh naik pondok. Cari nahas tu!

Tapi kalau Ain, dia memang nak duduk atas pondok tu. Tak larat memang tak larat tapi dia teringin. Itulah port kegemarannya dengan Aisyah. Berbual, bergosip.

"Memang lah tapi mana tau Suraya dengan Haura nakkan privacy ke? "

Suraya dan Haura menggeleng. Bukan hal penting pun. Berborak pasal kampung ni je.

"Tak de la, kak!"

"Haura girlfriend Ryan kan? " Pertanyaan Ain membuatkan Haura tersipu malu.

Malu la titew!

"Eleh, malu-malu pula! Ni, Suraya? Bukan dengan Ayad ke? " Giliran Eva pula yang mengusik.

Aisyah hanya tersenyum melihat di sebelah Ain. Berkenan mungkin dengan sifat dan sikap Suraya. Lemah lembut, sopan-santun, menghormati. Cantik pulak tu. Sesuai la.

"Apa pulak akak ni? Merepek la. Kitaorang cuma rakan kumpulan je." Suraya sengih kekok.

"Aisyah, adik kau tak berkenan ke dengan Suraya ni? Cantik apa si Suraya ni. Manis, elok je. "

Haura di sebelah Suraya dah menyenggol lengan Suraya ingin mengusik sahabatnya.

Aisyah tergelak kecil. "Mana la aku tau. Pergi la tanya Ayad. Aku okay je. Tu orangnya! "

"Ayad! Along! Sinilah! " Pamit Aisyah.

Suraya dah menjegilkan matanya. Haura tergelak suka.

Ayad dan Airiel yang bersembang dengan Ryan dan Izzat menoleh. Memandang sekumpulan perempuan yang duduk santai di pondok.

Dia Mr. Mafia ✔️ Where stories live. Discover now